Friday, April 10, 2015

Penuh Gambar Amni Jer..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Ingat tak entry lepas pasal ini, alhamdulillah Amni sudah pun berusia 3 bulan lebih. Disebabkan keluarga ada group WhatsApp sendiri, memang penuh dalam phone aku ni gambar baby koala ni ja..
 Penuh kan? Geram betul dengan baby koala ni. Tau kenapa aku panggil baby koala?
Aku kena babysit Amni kejap sebab Kak Yu kena drive kereta dari Penang-Kulim. Terpaksalah aku yang tak reti nak jaga baby kena jaga. Elok-elok dia tidur kat seat, tetiba dia bangun pulak. Ulik-ulik nak bagi tidur, macam-macam style buat, dia tak mau jugak. Last-last peluk dia macam mummy koala pegang baby dia. Baru nak tidoq..sejak tu aku memang panggil Amni ni Baby Koala.
 Suka dia dengan buku ni. Buku yang aku beli kat sini. Setiap kali maktok dia pegang buku ni, excited dia bercakap-cakap sensorang dengan buku tu. Kita la lenguh nak pegang buku untuk dia. Tengok la tu, badan kena ikat sebab buaih sesangat. Mak kata orang dulu-dulu ikat lagi kuat tau untuk jaga postur badan bayi. Nanti dah besar jalan tak kengkang. Hehehe..
Amni ni pun cucu pertama yang mak mengasuh sebab Kak Yu kerja di Kulim. Senang nak menghantar dan ambil. Amni ni pelik, suka merengek menangis mengada-ngada. Bukan nak menangis betul-betul. Saja tau..
Cepat membesar jadi anak yang solehah ye Amni..

7 comments:

  1. Part kaki kena ikat tu memang ade bukti depan mata, so kepada ibu2 pastikan kaki anak2 kena ikat masa baby. Sebab akan berlaku kesan yang ketara bila dorang boleh berjalan nanti... #anakbuahdahjadicamtu ):

    ReplyDelete
  2. itu la untung bila ada group family dlm whatsapp.. hari2 ada cerita walaupun semua stay negeri lain. hehe

    comel amni :)

    ReplyDelete
  3. takleh blah nama baby koala hahaha.. gitula kalo ada baby dalam family..
    samalah ngan fam wasap akak.. kang kakak A tayang anak dia..
    kakak B pun tak mo kurang.. tayang gak.. syukur da block siap2 media dr terus save kat phone.. kalo dak penuh memori..

    ReplyDelete
  4. selalunya baby mmg mudah tidur bila kita peluk dia ke dada kita ...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com