Sunday, May 24, 2015

Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
3 Mei 2015
Sumber: Google
Ya! Akhirnya sampai di Masjid Selat untuk menunaikan solat dulu sebelum berjalan-jalan. Seriously Masjid Selat sangatlah cantik! Seni binaan dia sangat unik, waktu kami ke sana ramai pelancong di sana. Bukan orang islam je, orang bukan islam pun ada.  
Selepas solat, kami pun berphotography. Baru perasan, pintu masjid ni ada security guard untuk pastikan pelancong yang nak masuk dalam masjid mematuhi etika berpakaian. Baru perasan jugak ada satu almari yang penuh jubah kalau pakaian kita terlalu menjolok mata. Kan tak sesuai nak masuk masjid macam tu..
 Selepas itu, kami terus ke tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka.
Sangatlah ramai manusia. Agaknya sebab cuti umum kan..
 Frozen je memanjang tema beca ni hah. Pengaruh sungguh, tengok pengayuh beca pun muda-muda belia. Bukannya orang tua pun..
 Dengan berbaju kurung, anak-anak sedara pun berjubah bagai ghabat jugak naik A'Famosa ni teman maksu yang excited punya pasai. Sanggup, inilah benda yang agak gila pernah buat. Kak Pah memang stay bawahlah, tak sanggup nak naik tangga..

 Ya, saya berbaju kurung. Sangatlah pelik antara pelancong-pelancong di situ. Dari jauh nampak baju dengan tudung aku je..aiyak..
Di kawasan Christ Church, memang kiri kanan umat manusia saja. Tak nampak macam lautan manusia nak surut pun. Makin ramai adalah.

Melaka pun ada River Cruise macam di Waterfront, Sarawak. Rindu pulak dengan Sarawak..
Tak kan nak tengok je kapal ni dari jauh. Alang-alang dah sampai kan, masuk dan redah je.
 Melayanlah maksu depa yang ngek ni..haha!
Habis hilang kecomelan gadis melayu pakai baju kurung sebab dok panjat-panjat kapal ni. Fuh, rasa macam ala-ala Jack Sparrow dalam Pirates of Caribbean.
Perut lapar sebab puas berjalan. Makan-makan dulu di Johnny's Restaurant.
Lepas makan, terus dari Melaka-Hulu Selangor. Abang ipar sorang ni kalau bawak kereta memang macam Fast & Furious ya. Dalam pukul 1am lebih dah sampai pun rumah. Fuh, balik memang tidur dengan lenanya. Kesian anak sedara sorang tu. Esok paginya kena bersiap-siap balik ke UiTM.

Day 1: Ke Melakakah Kita?
Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala
Day 3: A Journey with a Train..again..

10 comments:

  1. Lya pernh skali ja ke melaka tu pun x puas ronda2

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas dah pergi jenjalan Melaka. Minggu depan ni nak pergi lagi. Sebab haritu tak bawak abang lagi sorang. Kali ni pergi khas untuk dia. Hihi, okey tak sabar ^.^

    cikbungas.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Melake satu je problem kalau hujung minggu. Jalan sesak. hehe.

    ReplyDelete
  4. Rindu overnight kt bandar melaka. hehhehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak turun ke Melaka...

    ReplyDelete
  6. Tak sampai lagi di bumi Melaka.. Ruginya saya..

    ReplyDelete
  7. seronok ke Melaka ni, tak tahan traffic jam je.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com