Thursday, August 20, 2015

Kehidupan warga baru Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam masa seminggu hidup aku 100% dah berubah. Kenapa?
Sebab aku dah meninggalkan rumah di Kedah untuk bekerja.
Alhamdulillah aku dah berjaya masuk ke kelas Induction selama 4 hari di Citta Mall (headquarters). Penat memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Penat nak adapt kawan baru, tempat baru, kerja baru..
Benda penting yang sentiasa ada dengan aku;
PETA. Nampak je berserabut, tapi senang sangat. Alhamdulillah aku tak pernah tersilap lagi.

KAD TOUCH & GO. Senang untuk naik lrt, bas rapid, blablabla..

GOOGLE MAP. Aku sentiasa tengok untuk tau kat mana lokasi aku. Biasalah, orang tak biasa kan..

Semoga jalan yang aku pilih adalah jalan yang terbaik. InSyaAllah niat aku cuma 1. Untuk dapatkan pengalaman kerja, nak bayar Ptptn, sekurang-kurangnya ada pengalaman kerja yang lebih profesional. 
Bukannya senang untuk menjadi senang. Bersusah susah dulu, InSyaAllah semoga Allah lindungi aku di sini..

p.s: disebabkan terlalu rindu blog, sanggup beli tab untuk update. tipu kalau cakap aku tak rindu staff Secret Recipe..staff 'nasi kandar hussain'. hehe...

11 comments:

  1. AlhamduLILLAH dan tahniah dik.. kerja kuat-kuat ok :))

    ReplyDelete
  2. Good luck Tim..

    Semoga yang baik2 sahaja kat tempat orang...

    ReplyDelete
  3. Timm..kawan akak ada kerja kat ctu..nama dia Norbahyah Ibrahim..tapi akak tak tau bahagian ape

    ReplyDelete
  4. semoga timm berjaya di tempat baru..

    ReplyDelete
  5. selagi tak keluar dr tempat yg sedia sedap ni kita tak kan tahu kebolehan kita kan kak timm.. husna suka, baru boleh kutip pengalaman.. all the best k.timm..:)

    ReplyDelete
  6. Assalam timm,
    moga segalanya dipermudahkan
    AMIN

    pssstt : chaiyok3 timm #bloggerutara

    ReplyDelete
  7. nti lama2 smua tu celah gigi ja...terer la

    ReplyDelete
  8. Tim keje kat nasi kandar hussin belah mana tu sblm ni pernah p tu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com