Monday, August 24, 2015

KLCC di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah seminggu lebih aku tinggal di ibu negara Malaysia ni. Cabaran gila nak cari kedai duplicate kunci. Aku rasa berlambak wujud, cuma mungkin tak perasan kot. Aku kan newbie. Lagipun kawasan tempat tinggal aku ni macam pelik sikit. Roomate pun cakap sini kawasan panas *ada kumpulan gangster.

Mak ada call 2 hari lepas. Rindu la tu. Mak sentiasa pesan, solat jangan tinggal, keluar rumah baca 3 Qul. InSyaAllah semua pesanan mak aku akan amalkan. 

Selamba badak je ke Alamanda Putrajaya semata-mata untuk duplicate kunci. Pertama kali tengok Putrajaya depan mata. Cantik & tersusun, tapi tak ramai orang. 

Dua hari lepas pun aku ke KLCC. Pertama kali jejakkan kaki setelah beberapa tahun yang lepas. Lama sangat tak mai sini. Kali ini mai KLCC dengan public transport je. Nasib baik ada kawan matrikulasi sanggup teman di KLCC. 
Kawan pun nama je kerja area sini, nak mencari fountain pun tak jumpa. Fountain? Air terjun sebelah KLCC yang cantik warna warni tu. Tapi sini tak payah risau sebab kaunter reception ada di setiap penjuru. Tanya ja depa sedia membantu. Kami solat Maghrib dulu. Puaih berjalan untuk cari surau. Punya la ramai manusia, guard pun ada tunggu walaupun dalam surau. Lepas tu, takeaway KFC terus ke fountian.
Ramai sangat pengujung sebab malam hujung minggu!
Kuala Lumpur di malam hari. Selalu nak pergi kerja dapat tengok dari jauh je :)

P.s. sentiasa rindu family di Kedah..

12 comments:

  1. amboi timm jalan2 ye... nnti boleh la jalan2 skli...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Timm. Sampai ke alamanda ye g duplicate kunci. Hehehe. Take care di tempat baru!

    Jemput singgah ke blog akak, VitaminSuci. Akak dah add link blog Timm di bloglist akak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. rebut peluang sementara ada kat tempat org..:)

    ReplyDelete
  4. saya baru sekali je rasanya pergi klcc ni.. itupun dah berkurun..hihii

    #BU

    ReplyDelete
  5. lepas ni lepak KL lew Timm eh.. ehehe.. hati2 ya..
    betul pesan mak tu.. sentiasa bringat =)

    ReplyDelete
  6. Zumal baru 2 kali p KLCC... Ramai gila orang ^-^

    ReplyDelete
  7. Pernah g KLCC masa tahun 2005 lama kan hahahahah

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com