Thursday, August 13, 2015

Panik dapat UNIMAS??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik, pejam celik dah setahun aku tinggal UNIMAS. Rindu? Sangat-sangat rindu. Sekarang ni keputusan UPU dah keluar kan?

Confirm ada yang panik gila dapat sambung di Sarawak. Chill semua chill. Mana taknya, orang sebut Sarawak mesti cakap pergi kelas naik sampanlah, ada orang main sumpit, orang pakai cawat, adoilah, mentaliti orang semenanjung tersangatlah sempit.

Selak-selak Twitter, ada pulak #TipsMasukUnimas yang buat aku sangat-sangat-sangat rindu zaman study dulu..

1. Sangatlah penting sebab sangatlah panas litlit kalau tengahari. Tak pepasal muka burn. Sebab jarak antara satu kelas ke kelas lain tu agak ja-------uh. 

2. Kekadang dalam drama TV semuanya indah-indah belaka. Jumpa boyfriend/girlfiend sebab terlanggar ke sampai bersepah buku kan. Emm, tak ada maknanya. Nota banyak-banyak tu hanya akan muncul kalau waktu nak exam. 
Pendrive sangatlah penting. Kalau boleh belilah bebanyak, tak payah yang 16gb bagai, 4gb pun dah cukup. Asalkan dapat download nota-nota, lepas tu pepakat sharing satu kelas.
3. Sepanjang aku study sini sentiasa pakai sneakers walaupun dah ayu dengan baju kurung. Sebab rutin harian sentiasa berjalan je tau. Tak payah nak ber'wedges' bagai, tak pepasal korang tertonggeng jalan sebab ada jalan berbatu-batu yang berliku..
4. Tempat untuk student bershopping bekalan makanan, baju ke, makan ke. Selalu beli roti kat Kedai Chin Chan. Yumyum. Betul-betul depan kampus timur, lintas je dah sampai.
5. Dekat sini sangatlah ramai yang ala-ala k-pop, dah la semua muka jambu. Hari jumaat ja hampa dapat detect orang tu muslim atau tak. Melting kot tengok yang ala-ala chinese pakai baju melayu berjalan kaki pi masjid. Auww..

Cukuplah 5 tips tu. Nak tau banyak-banyak pi sendiri baru tau pengalamannya macamana. Pastinya pengalaman yang orang lain tak dapat rasa. Memang rasa macam jauh sangat, rasa nak putus asa sebab jauh dari famili. Tapi, InSyaAllah kalau niat kita betul untuk MENUNTUT ILMU, segalanya akan dipermudahkan. Amin..

13 comments:

  1. namun saya di universiti banyak yg mcm dlm tv.

    ReplyDelete
  2. Lain tmpt lain suasananya kan

    ReplyDelete
  3. Hahahha...xde la naik sampan dik oii..cuma first semester dpt duk kampus..pas tu duk luar la kan...sana best...tahniah...selamat explore mee kolok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Ni pesanan utk adik² bkal unims je..timm da habis study pun..

      Delete
  4. Best dapat belajar jauh dari kampung halaman, zumal belajar dekat sangat dengan rumah...

    ReplyDelete
  5. hat no.5 tu btul...
    kwn akak dl muka mcm melayu skali pkenal diri nama omputeh2 ckit...ms tu xtau lg...p kelas plak pkai bj kurung.pstu dok kutuk dgn kwn2 ckp...org melayu guna nama omputeh...bajet bagus2...hahahaha
    dh lama2 br tau dia Cina Melanau ke Bidayuh...lupa plak...hahahaha... :p

    ReplyDelete
  6. teringat masa makan angin ke sana.. ntah bila nak terjah lagi.. suka makan mee koloknya..

    ReplyDelete
  7. kalau sis JM suka je dapat masuk UNIMAS tu..dapat lah rasa new enviroment kan...so kepada new student jgn panik...cuba adapt dengan dunia baru...tapi Timm dah habis kan...dh nk start keje pun

    ReplyDelete
  8. yg pastinya bila dpt seberang sana mesti dah cuak gabra gilaa.. tp niat nak belajar kan inshaAllah segalanya dapt ditempuhi dgn sabar..:)

    ReplyDelete
  9. haa tudia senior dah bersuara.. tayah takut adik2..
    hehehe akak time p srawak ritu.. bestnye lahai srawak..

    ReplyDelete
  10. Assalam timm,
    jauh perjalanan luas pemandangan kan3
    blajor idup kat negeri oarng :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com