Friday, September 18, 2015

Penyakit Anjing Gila?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam tengok berita, ada 3 negeri yang diisytiharkan penularan penyakit anjing gila. Di Perlis, Kedah dengan Pulau Pinang. Tergaru-garu kepala sekejap, penyakit ni apa eh?

Rupanya penyakit ni disebabkan oleh virus RABIES yang akan menjangkiti manusia kalau kena gigit dengan haiwan yang ada penyakit.
Sumber: encik google
Sumber: encik google
Manusia yang terkena boleh jadi demam, pening-pening, lumpuh ataupun halusinasi yang boleh buat seseorang jadi agresif. Wah! Dahsyat kan..

Tengok sidang media semalam, depa cakap langkah pencegahan adalah dengan menghapuskan anjing liar? Serius? Macam terdetik dalam hati aku, kesiannya anjing-anjing ni. Walaupun depa berpenyakit, memang ini je caranya ke? Kekadang kalau kita pandang dari sudut lain, salah manusia jugak kan sebab tak control pet macam ni. Kiranya macam kucing jugak, pandai bela, pandai la jaga. Ini kalau dah taknak, buang merata-rata. Anak sendiri pun orang sanggup buang, inikan pulak kucing dengan anjing!

Untuk maklumat lanjut boleh ke Myhealth.

Oh, teremo pulak pagi-pagi. Bukannya apa, sekadar pendapat dari seorang marhain biasa :)

P.s. hari ni closing shift..semoga keluarga di utara sihat-sihat saja dan terlindung dibawah jagaanNya..huhu..

10 comments:

  1. moga2 kita semua dijauhkn drpd penyakit ni

    ReplyDelete
  2. Sama la cik kumbang pun dapat tahu masa tgk berita semalam
    seram pula bila baca efek gigitan tu kan huhu
    ____________________

    Cik Kumbang reply your comment at
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/08/wedding-review-bunga-tangan-fresh-flower.html

    TQ dik
    wangi juga sbb ada bunga ros hihihi

    ReplyDelete
  3. Sama lah, semalam dengar berita tertanya-tanya jugak penyakit anjing gila ni macam mana. Btw, thanks the info! ;)

    ReplyDelete
  4. kt umah akak anjing tbiar bsepah2.kdg tu smpai menakutkn kita nk jln

    ReplyDelete
  5. baru tau pasal ni. risaunya. seram. betul, takde ke langkah pencengahan lain dekat anjing2 tu. macam orang kurang waras,, kita tak tembak bunuh kan.

    ReplyDelete
  6. belah utara dh bebas dr jerebu timm.. hujang kerap turun. alhamdulillah
    tak nampak lg anjing ke manusia yg gila

    ReplyDelete
  7. menakutkan kan.. sekarang nih nampak anjing pun bertambah takutnya.. tapi setakat sekarang tak dengar laa kes anjing gila dekat ngan kawasan tempat tinggal..

    ReplyDelete
  8. kat penang banyak gak kes ni.. kalo ngan anjing liar slalu jadi..
    yg dibela jaga elok rasanya xpa..

    ReplyDelete
  9. kat penang bukan saja penyakit anjing gila...tapi penyakit orang gila pandu kereta pun banyak hehehe....main cilok tak bagi signal light...okk lari tajukkk....hahha

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com