Sunday, October 04, 2015

Mini Reunion bersama Pengantin Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seronok dapat berjumpa kawan lama. Tambah pulak, secara diam-diam classmate dua orang ni menyulam kasih senyap-senyap tetiba terus kahwin!
Sweet kan?
Paling kelakar, part nak cari hadiah untuk pengantin baru. Pusing punya pusing Berjaya Times Square, tau tak benda apa yang dibeli? "FIRST AID KID"

Siapa cakap benda ni tak penting. Lagi penting tau, sepatutnya dalam setiap rumah kena ada satu. Tapi memang ni hadiah kahwin paling rare! Tapi berguna tau..

Dapatlah berjumpa dengan 3 orang coursemate zaman matrikulasi Peghlih*perlis dulu. Pastinya kami berempat adalah orang Kedah. Seronok jumpa orang kampung di KL.
Disebabkan tak pi kenduri depa, kali ni kami belanja pengantin baru ni habis-habisan. Makan-makan & enjoy sampai kekenyangan. Alang-alang aku ada staff meal punya kad, jomlah makan Nandos! Kita lanje.. ☺
Sampai terduduk kenyang. Masing-masing pun blur sebab tak biasa dengan Times Square, jenuhlah dok baca peta macam dalam Running Man. 
Pastu Din pulak belanja kami main bowling. Kiranya dah dua kali aku main bowling sini. Hari tu datang sini untuk Assistant Patraos Day Out. Kelakar, asyik masuk longkang. Nasib baik orang yang main sebelah kanan & kiri kami pun lebih kurang je.. 

Lepas tu, pusing-pusing Times Square, memang seronok cuci mata sini. Semua barang dia mampu milik, kiranya harga dia semua berpatutan! Memang satu tempat yang menarik kalau nak shopping! Bahaya keluar time ada gaji ni. 

Dulu semua macam budak-budak. Mengadap buku 24jam, student matrikulasi pulak. Sekarang masing-masing ada kerjaya, bina rumah tangga. Tak terlambat lagi kot untuk ucap, 
Selamat Pengantin Baru kepada Hanim & Izham

P.s. InsyaAllah jumpa lagi nanti ya..

6 comments:

  1. selamat pengantin baru !

    sakan ea jalan... seronok dah dok sana..???

    ReplyDelete
  2. lepas ni turn Timm pulak ler yaa..hihihi

    ReplyDelete
  3. yang tu yang best.. dalam diam.. tau2 kawen =)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com