Friday, October 09, 2015

Officially 24 yo!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selalu suka peram entry kan. Alhamdulillah 29 September lepas, genaplah umur aku 24 tahun.
Baru nak feeling-feeling sedih sebab sorang-sorang di KL, malam tu dah teruk aku dikerjakan dengan staf-staf ni.
Kejam gila, aku sangkakan air mop dalam kedai je. Jenuh la tukar baju. Dah bawak baju spare dah sebab dah tau agenda depa ni. Tapi, paling aku tak expect, keluar je dari bangunan nak ke LRT, teruk aku kena dengan telur & tepung. Memang speeechless!
Maka, baliklah dengan LRT bertepung dan bertelur. Masuk LRT adalah budak-budak Nandos dari tempat lain. Semuanya suka betul tengok manager kena macam tu ye..
Terima kasihlah sebab made my day. Orang sedih sebab duduk perantauan. 

Untuk azam aku pada umur 24 tahun, benda yang aku nak kecapi adalah;
1. Kerja tetap, alhamdulillah sekarang dah dapat! Cuma kena tunggu conformation.
2. Braces, rasa nak pakai. Sebab? Baru seminggu lepas aku ke klinik gigi sebab gusi membengkak. Masalahnya bila aturan gigi kita tak teratur, nak berus gigi pun susah. 
3. Kenderaan sendiri, cukuplah dengan motosikal. Lesen kereta belum ada lagi. Bila nak amik pun tak tau..

P.s. mak, terima kasih sebab susah payah lahirkan maksu di dunia ni. Tanpa mak, siapalah saya 😀

12 comments:

  1. happy birthday darling =)
    semoga murah rezeki panjang umur.. jaga diri sentiasa ya..

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun kelahiran yang ke 24 timm...
    semoga diurniakan ilmu, rezeki dan umur yang berkat.
    semoga berjaya dunia dan akhirat.

    Sentiasa melakukan kebaikan

    apapun keesokkan harinya hari ulantahun kelahiran saya pula.... :)

    ReplyDelete
  3. hepi belated Bday Timm..semoga diberkati semoga dirahmati..Aamiiin!

    ReplyDelete
  4. hepi belated besday.. smoga panjang umur dalam mentaati Allah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ~ nikmat menginjak setahun lagi usia...

    Bila kerja fast food memang macam tu.. nasib baik tak kena air grease trap.. kalau tak..?? erkk !

    ReplyDelete
  6. la.. yer ke..? hepi besday jugak untuk arz..

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir.

    All the best!

    ReplyDelete
  8. p/s sy ada pos something... pakai pos biasa je...nnt check ya kt peti merah kt umah kg.. ;-)

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday timm

    semoga tercapai apa yg diimpikan :)


    ___________

    Reply your comment on http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/09/wedding-review-baju-nikah-by-zawara.html

    Yup betul2
    merelit-relit gitu
    Konpius tengok eh ni baju raya ke baju kawen ni hik3~

    zaman gst sekarang kita kena beli sumthing yang bole buat 2 in 1
    tak gitu? huehuehue~

    DIY Photo Props
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/10/wedding-review-diy-photo-props.html

    DIY Photo Booth
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/10/wedding-review-diy-photobooth.html

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com