Tuesday, February 17, 2015

Tips: Menabung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/10985367_858710957523437_4760487594266538523_n.jpg?oh=9a44ecc5ad0eacd90f881d8724894d01&oe=555AA8AF&__gda__=1435539397_906dfc64bab56839b68594ccca0c9cfa 
 
Tips Menabung*khasnya untuk golongan macam aku yang baru nak kenal dunia pekerjaan
 
1. Hapus Hutang
Hutang yang menjadi priority bagi aku adalah hutang PTPTN. Semua orang boleh cakap, 'Kau tak belajar pandai-pandai, sebab tu kena bayar, kalau tak boleh jadi biasiswa je!' 
Bro, kalau dah tahap diri sendiri sampai di tahap tu sahaja nak buat macamana. Lagipun, secara logiknya kalau dah semua orang dapat result gaban 4.OO++ kang, parah pulak PTPTN tu kan..
Nyampah gila dengan website dia sebab asyik server problem. Aku nak check penyata yang aku dah bayar asyik tak keluar je. Surat yang sampai kat rumah asyik cakap tak bayar. Memanglah dia tulis, 'Sila abaikan surat ini jika pembayaran telah dibuat'. Benda tu boleh pulak dihantar, kenapa penyata yang membuktikan aku dah bayar tak boleh hantar kat rumah sekali. Penyata tu pulak akan dapat kalau buat pembayaran dikaunter PTPTN. Hurm, kalau setiap daerah ada kaunter tu ok la jugak. Bagi yang tak berkemampuan nak pi kaunter macam aku ni memang secara online bankinglah yang paling senang. *eh, banyak membebel pulak pasal hutang kan..

2. Simpan Dahulu, Belanja Kemudian
Aku ada khaskan satu buku nota kecik yang aku gelar 'Money Book'. Sengaja reka nama sendiri kan. Setiap kali aku dapat gaji, aku sentiasa tulis. Memang kena bertabahlah sebab kekadang mula-mula saja excited. Lepas tu, buku ke mana, perbelanjaan ke mana. Alhamdulillah, masih lagi istiqamah mencatat walaupun baru 2 bulan. Hahaha!
Sekarang memang sedang menyimpan duit untuk beli kenderaan sendiri. Budget macam nak beli kereta, sedangkan moto je. Sebab aku nak beli secara cash atau deposit yang lebih tinggi. Nanti bulan-bulan tak adalah parah sangat nak membayar. Hurmm..
 
3. Syiling Juga Wang
Kekadang bersepah-sepah duit syiling kan. Janganlah macam tu, busuk-busuk pun kalau kumpul bebanyak boleh jadi banyak tau. Sentiasalah simpan dalam tabung, dah banyak nanti boleh tukar dengan kedai dekat-dekat rumah. Diorang suka tau duit pecah sebab kalau nak pi tukar di bank kena cas..

4. Berhenti Merokok?
Disebabkan aku bukan dari golongan perokok. Kita tukarkan kepada Berhenti Shopping! Dengan dunia sekarang shopping hanya menggunakan alam maya sangat merbahaya kepada kaki-kaki shopping diluar sana oih. Senang, tak payah nak bersiap-siap, nak redah traffic, nak cari parking.. cuma scroll-scroll je, tekan, terus beli. Ya, aku juga pernah terjebak dengan penyakit ini. Nasib baik aku bekerja sekarang ni. Hilang terus penyakit ini. Huahuahua. Bagus kan, sebab kerja di shopping complex, aku tengok ada juga barang yang lebih kurang sama. Tapi harga lebih kurang dan boleh tawar-menawar :)

5. Buka akaun Tabung Haji
Kalau buka sahaja, tapi kalau tak ada menyimpan dalam tu pun tak guna jugak kan. Setelah aku balik ke rumah selepas belajar, baru aku tahu yang aku dah ada pun akaun Tabung Haji. Arwah ayah aku rupanya dah bukakkan akaun untuk aku. Aku tak pasti sama ada aku sendiri yang terlupa atau aku memang tak tahu.
Lepas ni, sedikit duit gaji kena simpan dalam Tabung Haji juga. In Sya Allah ada rezeki dapatlah menunaikan rukun islam yang ke-5. Amin~
Read More

Monday, February 16, 2015

Spider dalam Fridge!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Aku sangkakan semalam aku bermimpi. Rupanya memang betul-betul ada!
 Al-kisahnya semalam tak boleh tidur, mana tidaknya bila mata dok terbukak tengok cerita Teman Lelaki Upahan secara online. Tetiba perut lapar berkeroncong. Pemalas punya pasal, curi maggi goreng abang cik sebungkus dengan seketul hot dog.

Punya pemalas sampai semua benda rendam dengan air panas je. Rajinlah bukak peti ais yang sejuk beku. Terkejut tengok labah-labah besar dalam tu! Terus tutup balik!

Esoknya cerita dekat abang cik kejadian semalam. Dia cakap aku mengantuk + mengigau kot. Punya aku tak puas hati, beranikan diri selongkar. Eiiyek! 

Memang ada! Tapi dah mati, badan dia dah pecah-pecah sebab kena hempas dengan plastik biskut oreo. Agaknya badannya mengeras macam ais kot, pastu sebab fragile, patah-patah anggota badannya. Tunjuk kat abang cik.

Tak pepasal kena gelak. Kecik je pun..

Tapi kan, tadi sedang meng'gugle'..

Depa kata labah-labah tu jenis merbahaya?? Memang bentuk dan warna lebih kurang macam species kat atas tu..hurmm..

Aku pun dah jadi macam Ron Weasley dalam Harry Potter. Takut dengan labah-labah..
 
Read More

Mini GA By Nina + Anies

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
http://aniesandyou.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html 
Bersempena dengan aku bercuti hari ini, dapatlah berblogging seketika. Itu pun dengan menggunakan lappy abang. Lappy aku rosak! Agaknya virus sedang bermaharajalela dalam tu sebab tak sempat nak install antivirus baru. Aduhai, sebab tu buat mood bloggig kurang sebab segala benda mak nenek dalam lappy tu. Eii, rimas betul la kena benda camni. Ok, back to topic..
 
Untuk Mini GA ini, aku dikendaki untuk ;
1. Follow blog Nina & Anies.
Hai Nina, selamat berkenalan. Bertambahlah rakan baru blogger.
Hai Anies, kita dah lama kenal kot, selalu je Anies jadi top komentator blog aku. Timaseh yer..
 
2. Entrynya dah confirm-confirm Mini GA By Nina & Anies.

3. Banner GA dah dimasukkan dan dibacklink ke blog Anies. Jadi kepada sesiapa yang nak join boleh klik je banner di atas.

4. Link entry akan diletakkan di blog Anies.

5. Aku nak tag Cik Fafa & Kak Ct untuk bersama-sama meriahkan GA ini. Kalau rajin hampa join la noh :)
 
6. GA ini akan berlangsung dari 16 Februari-28 Februari. Sekejap sahaja, itu yang aku suka. Tak payah nak tunggu lama-lama kan. 
 
7. 10 orang pemenang akan dipilih berdasarkan Random.org. Ada rezeki, adalah kan. Sekurang-kurangnya boleh dapat kawan baru :)
 
  p/s: Huu, tak bersedia untuk bercuti hari ni, sepatutnya bercuti hari Sabtu. Kena tukar pulak..huu...
Read More

Wednesday, February 11, 2015

Resipi: Swiss Roll Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Resipi ini adalah dari buku Kek Gulung Berlukisan, Wendy Kor dari Penerbitan i rasa. Buku ini sangat best dan sesuai untuk orang yang baru nak belajar basic untuk membuat kek gulung atau pun swiss roll.
 
Kek swiss roll yang aku buat ini adalah yang paling simple dan memang menjadi. Swiss roll ini jenis macam kek span.
 
Bahan-bahan:
4 biji telur
80g gula
10g ovalet
35g susu
35g minyak
90g tepung kek halus (aku guna tepung biasa, tapi DIY untuk mendapatkan tepung kek halus)
2g serbuk penaik (aku main agak-agak je sebab penimbang rumah jenis analog, mana ada 2g)
 
Cara-caranya:
1. Telur + gula + ovalet dipukul sehingga ke tahap puncak lembut. Jangan lupa panaskan dulu microwave dalam suhu 160C.
2. Masukkan tepung dan serbuk penaik, guna spatula dan buat kaedah kaup balik.
3. Dah sebati tepung tadi, tambahkan susu dan minyak dan kaup balik sehingga semua bahan sebati. 
4. Tuangkan adunan dalam loyang kek jenis leper dan panjang. Pastikan loyang tu dilapik dengan kertas minyak dulu tau. Hentak-hentakkan sikit loyang berisi adunan untuk buangkan buih-buih chinta dalam tu.
5. Bakar dalam ketuhar sekejap je, sebab nipis melayang kan. Dalam 15-20 minit kek dah masak. 
 
Tips Penting!
6. Trick ini sangat penting untuk mendapatkan kek swiss roll yang gebu gebas macam muka retiss tu. Waktu kek tengah panas-panas dari oven, terbalikkan atas dulang dan biar sekejap. Ini untuk kita kupaskan atas layer kek yang garing tu. Terbalikkan balik dan gulung sekejap dengan berhati-hati.
7. Agak-agak dah sejuk sedikit, potong tepi kek dengan kemas. Bolehlah letak inti whipping cream dan susunlah apa-apa buah yang disukai. Aku menggunakan buah kiwi. Gulung swiss roll yang dah siap dan simpan dalam peti ais.
Yum-yum-yum, sangatlah sedap sehingga menjilat jari. Sunnah Nabi tau. Hihihi.
Dua kali aku try untuk mendapatkan ketebalan yang memudahkan kita untuk menggulungnya. First try kek tak boleh nak digulung sebab terlalu tebal. Percubaan kedua baru menjadi. Usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti untuk terus mencuba ya. 
 
Untuk tepung kek paling halus atau pun tepung superfine, terlalu mahal dari tepung biasa. Jadi, aku buat sendiri je. Caranya, ayak tepung sekali. Lepas tu, masukkan dalam dulang dan jemur tengah-tengah panas. Kalau rajin boleh goreng dalam kuali, jangan letak minyak pulak! Alih-alihkan tepung sampai semua dah agak-agak berjemur. Sebelum simpan, ayakkan lagi tepung tadi. Sebelum guna untuk buat kek, ayak sekali lagi. Keputusannya, tepung sangatlah ringan halus dan boleh disimpan lama tanpa ada dubuk yang kekadang ada dalam beras tu. Kek atau kuih yang menggunakan tepung ini memang sedap dan gebu!
p/s: Selamat Mencuba!
Read More

Top Commentator Januari 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jari Manis | Mama3Farhanah | CT Humairah | Dunia Zumal | Cetusan Minda | Cik Fafa | Ahmad Zu Mal | Najib Ariyan | Maria Firdz | Asha Lya

Semuanya pakat mengupdate top commentator. Baru aku pun teringat nak check. Terima kasih sebab ingatkan. Dalam masa yang singkat ini, tak sangka dapat berjumpa blogger travelog baru iaitu Najib Ariyan. Selamat Berkenalan, ramah orangnya. Silalah terjah ke blog beliau ya..

Punya lama entry ini tersimpan dalam draft. Nampak sangat pemalas di situ. Nak buat macamana, ada komitmen lain yang lebih penting kan. I'Allah akan diupdate berpukal-pukal sebab hari ini aku cuti. Alhamdulillah. Dapat berehat sebentar sambil dating Encik B.

Ini adalah 1st status dalam tahun 2015. Semua benda aku update dalam Intagram, dalam Facebook memang taklah sebab Insta lebih privacy dan Facebook terlalu terbuka. Seriously memang aku bukan kaki update status yang setiap masa dan minit nak update dalam tu. Upss, ada yang terasa. Ikut suka andalah ye, Facebook sendiri kan. Kan, kan, kan. 

Dah lama tak menulis, mula rasa canggung. I'Allah akan menyusul entry resipi swissroll dan aiskrim oreo. Sebab kawan-kawan mula minta, tak baik kita kedekut ilmu kan.

Till then..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com