Friday, April 17, 2015

Bawal Satin pulak..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Kredit photo dari en. Google
Sekarang ni trending dengan fesyen bawal satin kan. Mesti semuanya pakat-pakat kena penangan Yuhanis dalam drama Hati Perempuan. 

Bukannya apa, tudung bawallah tudung paling simple dan senang nak pakai. Kalau material kain elok, senanglah nak terbentuk. Tak ada la sekejap 5 minit nak hembus-hembus ja tudung tu hah.*aku tak termasuk dalam golongan penghembus tudung tegar hokehh

Rasa macam teringin je nak beli satu tudung satin ni. Kawan cakap tudung ni senang bentuk. Aduhai, perempuan memang bernafsu tengok benda cantik. Orang kalau dah cantik, pakai apa pun cantik. Hehehe..

Tunggu dapat gaji nanti nak grab 1 tudung bawal satin ni. Dapat pakai jenjalan bulan 5 ni! Oh, sangat excited nak bercuti. Mana tidaknya, kerja-kerja-kerja. Memang langsung tak ada life. Cuti pun penting untuk rehatkan minda, refresh balik tenaga, buangkan aura negatif yang tak best..

Aku masih lagi berfikir nak quit kerja ni dan cari kerja lain. Tapi, itulah..masih lagi mencari..

Read More

Sunday, April 12, 2015

Cuti jugak Akhirnya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Alhamdulillah, masih lagi hidup lagi blog aku ni ye. Hari ni nak update sebab aku cuti. Punya seksa juga nak tunggu cuti hari Ahad. Masa rasa perlahan sangat!
 
Ceritanya, kucing aku si Wawa Jenal dah mula gatal. Asyik bunyi ja kerjanya. Setiap masa kena layan untuk tutup mulut dia. Dah la bunyi garau macam jantan. Kucing jantan yang mai pun reject nanti Wawa oi..
 Keluar awal pagi ke Stesyen Bas Kulim & Stesyen Keretapi KTM Bukit Mertajam untuk beli tiket. Jeng-jeng-jeng. Aku akan ke Melaka awal bulan 5 ni untuk pi kenduri Amni. First time nak naik bas sensorang dari Kedah-Melaka ni. Takutnya..teruk kan, Sarawak dah slumber + teror pi sensorang. Dalam semenanjung failed..iya lah..takkan nak pi Sarawak naik bas pulak kot. Memang setahunlah tak sampai-sampai. Last aku naik bas pi jejauh pun zaman matrikulasi dulu. Itu pun Butterworth-Perlis. Sekentut jer..
Makin cantik stesyen keretapi Bukit Mertajam ni. Tapi satu je aku tak berkenan. Segala urusan tiket, toilet, nak naik keretapi semua kena naik tingkat atas. Aiyak, macam complicated. Semuanya gara-gara aku pernah sekali nyaris-nyaris nak terlepas train sebab, aku dahlah sampai lambat, pastu kena naik lif bagai pulak, pastu turun pulak naik tangga untuk naik train. Complicated..grrr!

Selesai urusan tiket, perut rasa teringin dengan Mee To'Kun. Kawasan sini memang famouslah dengan mee to'kun ni. Memang sedap sampai menjilat pinggan*amboi! overnya kau!
Di saat panasnya matahari, biasalah aku dengan abang memang naik motor ja kalau nak ke mana-mana. Muncullah aiq nyioq gelas besar. Memang perhhh..layan.. Licin aku makan sampai tudung aku yang vogue pun makan sekali mee kuah ni. 

Perut kenyang, singgah pulak ke Megamall Penang & Aeon Jusco. Bukannya membeli pun, pusing-pusing window shopping. Pastinya rasa jakun sekejap sebab ramai gila orang dekat mall. Biasalah hari Ahad. Masalahnya aku yang tak biasa, sebab selalu cuti hari biasa. So, mall legang je, gawang-gawang tangan pun tak langgar orang. Hari Ahad, berjalan sikit, langgar buntot orang.

Toodles eberibadeh!
Read More

Friday, April 10, 2015

Penuh Gambar Amni Jer..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Ingat tak entry lepas pasal ini, alhamdulillah Amni sudah pun berusia 3 bulan lebih. Disebabkan keluarga ada group WhatsApp sendiri, memang penuh dalam phone aku ni gambar baby koala ni ja..
 Penuh kan? Geram betul dengan baby koala ni. Tau kenapa aku panggil baby koala?
Aku kena babysit Amni kejap sebab Kak Yu kena drive kereta dari Penang-Kulim. Terpaksalah aku yang tak reti nak jaga baby kena jaga. Elok-elok dia tidur kat seat, tetiba dia bangun pulak. Ulik-ulik nak bagi tidur, macam-macam style buat, dia tak mau jugak. Last-last peluk dia macam mummy koala pegang baby dia. Baru nak tidoq..sejak tu aku memang panggil Amni ni Baby Koala.
 Suka dia dengan buku ni. Buku yang aku beli kat sini. Setiap kali maktok dia pegang buku ni, excited dia bercakap-cakap sensorang dengan buku tu. Kita la lenguh nak pegang buku untuk dia. Tengok la tu, badan kena ikat sebab buaih sesangat. Mak kata orang dulu-dulu ikat lagi kuat tau untuk jaga postur badan bayi. Nanti dah besar jalan tak kengkang. Hehehe..
Amni ni pun cucu pertama yang mak mengasuh sebab Kak Yu kerja di Kulim. Senang nak menghantar dan ambil. Amni ni pelik, suka merengek menangis mengada-ngada. Bukan nak menangis betul-betul. Saja tau..
Cepat membesar jadi anak yang solehah ye Amni..
Read More

Saturday, April 04, 2015

CPUV Nuffnang 63 --> 86 (Februari & Mac)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Jom kita review sikit Nuffnang di bulan Februari lepas,
Walaupun busy, Nuffnang tak lupa lagi nak kasi hadiah. Memang teruk gila sebab bulan Februari ada 5 entry jer. Time tu dah mula rajin nak up entry. Semuanya telah selamat dikreditkan. Alih-alih entry ke mana, aku ke mana..
 
 Seterusnya bulan Mac pulak,
 Dahsyat jugak rezeki di bulan Mac. Ada yang sudah dikreditkan, ada yang masih on going. Alhamdulillah walaupun entry pun jarang-jarang nak keluar. 

Hari ni pun kerajinan melanda disebabkan cuti. Cuti pun seminggu sekali, badan masih rasa tak cukup rehat. Ya Allah, semoga pintu rezekiku sentiasa terbuka dan tabahkanlah hatiku bekerja di situ walaupun kekadang hati dah rasa tak seronok dah. Pernah minggu lepas aku rasa macam nak resign terus. Sebab badan terlalu penat, kekadang aku bekerja sebagai service crew, pastu tukar ke kitchen crew pulak, kekejap ke barista pulak. Aku rasa terlalu penat dan rasa diri ni macam diperlakukan macam robot. Kau rasa nak tolak aku ke sini, tolak, kau rasa nak tolak aku ke sana tolak..

Seriously kekadang rasa pissed-off. Kalau disebabkan aku tak ada aim untuk bayar PTPTN, nak beli motosikal, dah lama aku resign. Letih oih, macam tak berbaloi kerja teruk-teruk tapi tak setimpal dengan apa yang kita dapat. 

p/s: Salam takziah kepada keluarga yang terlibat dengan kemalangan helikopter tadi T_T
Read More

Friday, April 03, 2015

Big Bad Wolf Book Sale Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Setelah lama berlalu baru ada entry kan. Teruk betul tuan blog ni. Walaupun cerita dah basi tetap nak cerita jugak sebab terlalu rindu!

Pertama kali Big Bad Wolf buat jualan buku di Pulau Pinang. Sebelum ni, asyik di ibu kota je. Macamana nak pi kan sebab kita ni duduk di utara. Cuma venue dia di Times Square buat aku blur dekat mana kawasan ni, rupanya Pulau Pinang pun ada jugak Times Square, betul-betul sebelah Komtar.

Bersemangat pagi-pagi bersiap ke sana awal-awal pagi. Walaupun masih awal, sudah ramai pengunjung. Mula-mula troli kosong je. Orang lain punya penuh trolinya. Pusing-pusing selama lebih kurang 5 jam, baru dapat fikir nak grab buku apa. 
Puasnya mai ke sini, walaupun dah ada budget yang sepatutnya dihabiskan, tetap ter'over' beli. Huwa!! Yang pastinya dapat grab buku-buku international yang lebih murah. Lagi satu, buku-buku keluaran Malaysia sangatlah sedikit, kebanyakan buku di sini adalah keluaran luar negara. Sangatlah rugi kalau pencinta buku tak datang ke sini. Di harap team Big Bad Wolf datanglah lagi ke Penang ya..
Buku untuk si tecik Amni pun ada beli. Belajar pepandai ye, walaupun Amni baru je 3 bulan lebih. Teruk betul maksu dia ni. Hahaha!

p/s: Terlalu penat dengan rutin kerja, memang blog terabai..aduhai..rasa macam nak stop berblogging jeh..tapi sayanggggg
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com