Thursday, July 23, 2015

Reunion Raya!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kesiannya dengan diri sendiri, orang lain dah mula bekerja, aku baru nak bercuti. Itu pun sehari ja pun. Kesiannya anda..
Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke rumah. Tahniah jugak kepada rakan sekolah rendah, Nadzirah yang selamat mendirikan rumah tangga. Amboi, segak sungguh berbaju kuning. Minta maaf tak dapat nak join kenduri kawin. 
Bila berjumpa kawan-kawan sekolah rendah ni, benda pertama tengok sama ada hang ni makin meninggi ke, makin chubby ke..aku rasa dulu aku paling petite dalam kelas. Selalu duduk depan kalau perhimpunan. Sekarang aku dah tinggi! Nampak tak apa puberty dah buat dengan badan kita. Hehehe.. 

Sekarang masing-masing dah bekerja, ada yang baru habis study, ada yang dah berumahtangga. Tak tahulah kalau 5 tahun akan datang, apa pulak yang jadi. Sempat ke tidak untuk sama-sama berjumpa lagi :) 

Esoknya ada reunion, aku tak dapat join sebab kerja. Sangatlah sweet depa ni sanggup berjumpa aku di tempat kerja. Terharu gila!

Semoga kita berjumpa lagi na.. :)
Read More

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan blogger. Tahun ini berlainan dari tahun-tahun lepas sebab aku kena KERJA. Lagipun, semua pakat-pakat tak balik beraya Kulim. So, daripada memblurkan diri dekat rumah. Lebih baik bekerja, dapat jugak gaji double. 

Baju raya? Tahun ini aku tak beli pun. Baju yang ada pun adalah baju 2 tahun lepas. Malas nak membazirlah. Lagipun semua baju bukan selalu pakai pun. Elok lagi..

Sepanjang Ramadan? Sentiasa penat dengan kerja. Sebab tu balik rumah terus tidur. Memang blog ntah ke mana. Actually dah terlupa pun ada blog. Nasib baik adanya Zumal masukkan aku dalam Group Blogger Utara. Alhamdulillah ada semangat nak berblog lagi! 

Rezeki? Hmm, awal bulan Julai aku ada interview di UTC Alor Setar. Alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar. Nasib baiklah segalanya diatur dengan sempurna oleh Allah SWT. Bersyukur sesangat. Keputusan temuduga? Alhamdulillah, aku dah dapat. Cuma tunggu offer of letter baru aku cerita kerja apa yang aku dapat..

p/s: Terlalu banyak yang aku nak ceritakan, tetapi tak ada masa dan idea untuk mencoret di blog..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com