Friday, August 28, 2015

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua blogger!
Nak menang hadiah lumayan tak?
Nak kawan-kawan blogger baru?

Jom join GA dari kak Sha, tak rugi pun sebab ada banyak hadiah menanti para pemenang.
Timm pun salah seorang dari yang sponsor hadiah.
Kalau nak join klik banner 👇ini;
Jangan lepaskan peluang ini tau.
Lagi ramai, lagi meriah 👋

P.s. saya sentiasa rindu rumah, mak, keluarga, dulu kat Sarawak tak homesick gini pun.
Read More

Seronok ke duduk Condominium?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
First time duduk condominium, itu pun sebab hostel company dekat sini. Mula-mula canggung jugak. Biasa pun masa study duduk rumah flat biasa. Kali ni condo..
Best ke duduk rumah macam condomunium?
  • Keselamatan. Security guard sentiasa meronda sekeliling condo, setiap pintu masuk dan keluar, kiranya 24jamlah. Kena ada pas kunci untuk masuk, dah masuk lif pun kena guna pas.
  • Kemudahan. Ada gimnasium, kolam, home theater, playground. Itu je yang aku nampak pun. Tapi belum berkesempatan lagi nak try semua. 
  • Baju cepat kering. Walaupun hujan, still baju cepat kering sebab angin kot. Tingkat 9 kan, boleh dikatakan 1 condo kenal budak-budak Nando's tinggal sini. Mana taknya ada pekerja yang dah berapa tahun tinggal sini. 
Benda yang tak best?
  • Tak ada tanah. Sebagai seorang anak jati kampung, rasa pelik tau duduk rumah tinggi-tinggi ni. 
  • Tak kenal jiran. Biasalah, mana-mana pun sekarang ni memang tak wujud dah sifat kejiranan ni. 
Bagi aku condominium sesuai untuk orang-orang bujang yang busy kerja. Senang, tak payah fikir banyak-banyak. Semuanya terjaga :)

P.s. saya rindu kedah...
Read More

Monday, August 24, 2015

KLCC di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah seminggu lebih aku tinggal di ibu negara Malaysia ni. Cabaran gila nak cari kedai duplicate kunci. Aku rasa berlambak wujud, cuma mungkin tak perasan kot. Aku kan newbie. Lagipun kawasan tempat tinggal aku ni macam pelik sikit. Roomate pun cakap sini kawasan panas *ada kumpulan gangster.

Mak ada call 2 hari lepas. Rindu la tu. Mak sentiasa pesan, solat jangan tinggal, keluar rumah baca 3 Qul. InSyaAllah semua pesanan mak aku akan amalkan. 

Selamba badak je ke Alamanda Putrajaya semata-mata untuk duplicate kunci. Pertama kali tengok Putrajaya depan mata. Cantik & tersusun, tapi tak ramai orang. 

Dua hari lepas pun aku ke KLCC. Pertama kali jejakkan kaki setelah beberapa tahun yang lepas. Lama sangat tak mai sini. Kali ini mai KLCC dengan public transport je. Nasib baik ada kawan matrikulasi sanggup teman di KLCC. 
Kawan pun nama je kerja area sini, nak mencari fountain pun tak jumpa. Fountain? Air terjun sebelah KLCC yang cantik warna warni tu. Tapi sini tak payah risau sebab kaunter reception ada di setiap penjuru. Tanya ja depa sedia membantu. Kami solat Maghrib dulu. Puaih berjalan untuk cari surau. Punya la ramai manusia, guard pun ada tunggu walaupun dalam surau. Lepas tu, takeaway KFC terus ke fountian.
Ramai sangat pengujung sebab malam hujung minggu!
Kuala Lumpur di malam hari. Selalu nak pergi kerja dapat tengok dari jauh je :)

P.s. sentiasa rindu family di Kedah..
Read More

Thursday, August 20, 2015

Kehidupan warga baru Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam masa seminggu hidup aku 100% dah berubah. Kenapa?
Sebab aku dah meninggalkan rumah di Kedah untuk bekerja.
Alhamdulillah aku dah berjaya masuk ke kelas Induction selama 4 hari di Citta Mall (headquarters). Penat memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Penat nak adapt kawan baru, tempat baru, kerja baru..
Benda penting yang sentiasa ada dengan aku;
PETA. Nampak je berserabut, tapi senang sangat. Alhamdulillah aku tak pernah tersilap lagi.

KAD TOUCH & GO. Senang untuk naik lrt, bas rapid, blablabla..

GOOGLE MAP. Aku sentiasa tengok untuk tau kat mana lokasi aku. Biasalah, orang tak biasa kan..

Semoga jalan yang aku pilih adalah jalan yang terbaik. InSyaAllah niat aku cuma 1. Untuk dapatkan pengalaman kerja, nak bayar Ptptn, sekurang-kurangnya ada pengalaman kerja yang lebih profesional. 
Bukannya senang untuk menjadi senang. Bersusah susah dulu, InSyaAllah semoga Allah lindungi aku di sini..

p.s: disebabkan terlalu rindu blog, sanggup beli tab untuk update. tipu kalau cakap aku tak rindu staff Secret Recipe..staff 'nasi kandar hussain'. hehe...
Read More

Friday, August 14, 2015

Selamat Tinggal Kesayangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekarang dah jumpa punca kemalasan untuk mengupdate blog. Rupanya sebab dah boring dengan template lama. Template baru ni nampak tak serabut sangat. Simple sikit ala-ala fatin suhana gitu.

Hari terakhir untuk aku tinggal di rumah. Mulai minggu depan, aku akan bekerja di tempat baru. InSyaAllah training selama 6 bulan untuk memastikan aku layak atau tak dapat jawatan 'tersebut'. Akhirnya setelah lama menunggu tawaran kerja yang belum kunjung tiba.

Nanti mesti rindu baby tecik ni. Huhu, ini satu-satunya anak Wawa yang hidup. Yang lain semua dah mati ikut mama dia.
 Kesian sangat, sekarang ni membesar dengan susu kambing semata-mata. Kenapa kucing kena bagi susu kambing? Sebab susu lembu biasa ada laktosa, kucing tak dapat nak hadam. Kalau kucing dah besar ok kot. Tapi untuk baby tecik ni payahlah sebab takut sakit perut nanti. Badan still tak kuat.
Tapi sikenit ni nasi dengan ikan rebus dia dah balun. Susu ni cuma supplement tambahan sebab baby lagi kan. 
Belilah susu kambing dalam paket ni dekat Pet Shop di Taman Selasih. Murah sikit paket ni dari dalam botol. Hari tu kakak dah beli dalam botol, so susu ni cuma refill balik ja.
video

Si kenit ni pantang nampak orang, asyik nak minta susu je :)

p/s: Dah besaq nanti jaga maktok tau..
Read More

Thursday, August 13, 2015

Panik dapat UNIMAS??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik, pejam celik dah setahun aku tinggal UNIMAS. Rindu? Sangat-sangat rindu. Sekarang ni keputusan UPU dah keluar kan?

Confirm ada yang panik gila dapat sambung di Sarawak. Chill semua chill. Mana taknya, orang sebut Sarawak mesti cakap pergi kelas naik sampanlah, ada orang main sumpit, orang pakai cawat, adoilah, mentaliti orang semenanjung tersangatlah sempit.

Selak-selak Twitter, ada pulak #TipsMasukUnimas yang buat aku sangat-sangat-sangat rindu zaman study dulu..

1. Sangatlah penting sebab sangatlah panas litlit kalau tengahari. Tak pepasal muka burn. Sebab jarak antara satu kelas ke kelas lain tu agak ja-------uh. 

2. Kekadang dalam drama TV semuanya indah-indah belaka. Jumpa boyfriend/girlfiend sebab terlanggar ke sampai bersepah buku kan. Emm, tak ada maknanya. Nota banyak-banyak tu hanya akan muncul kalau waktu nak exam. 
Pendrive sangatlah penting. Kalau boleh belilah bebanyak, tak payah yang 16gb bagai, 4gb pun dah cukup. Asalkan dapat download nota-nota, lepas tu pepakat sharing satu kelas.
3. Sepanjang aku study sini sentiasa pakai sneakers walaupun dah ayu dengan baju kurung. Sebab rutin harian sentiasa berjalan je tau. Tak payah nak ber'wedges' bagai, tak pepasal korang tertonggeng jalan sebab ada jalan berbatu-batu yang berliku..
4. Tempat untuk student bershopping bekalan makanan, baju ke, makan ke. Selalu beli roti kat Kedai Chin Chan. Yumyum. Betul-betul depan kampus timur, lintas je dah sampai.
5. Dekat sini sangatlah ramai yang ala-ala k-pop, dah la semua muka jambu. Hari jumaat ja hampa dapat detect orang tu muslim atau tak. Melting kot tengok yang ala-ala chinese pakai baju melayu berjalan kaki pi masjid. Auww..

Cukuplah 5 tips tu. Nak tau banyak-banyak pi sendiri baru tau pengalamannya macamana. Pastinya pengalaman yang orang lain tak dapat rasa. Memang rasa macam jauh sangat, rasa nak putus asa sebab jauh dari famili. Tapi, InSyaAllah kalau niat kita betul untuk MENUNTUT ILMU, segalanya akan dipermudahkan. Amin..
Read More

Wednesday, August 12, 2015

Day 4: Street Art Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

5 Mei 2015

Dah sampai Pulau Pinang. Excited macam jauh sesangat, sedangkan sekentut pun dah sampai. Sesampainya di stesyen keretapi KTM Butterworth, kami rehat dan solat Subuh dulu.

Pukul 6:30am baru kami naik feri ke seberang sana. Best dapat hirup udara segar pagi-pagi. Dapat jugak bersarapan di stall bawah Komtar. Selepas perut kenyang, kami ke Pasar Karat. Nak tengok apa yang dijual disana. Bersebelahan ja dengan Stadium Pulau Pinang. 
Banyak jugak barang-barang antik dijual kat sana. Barang-barang tembaga, syiling lama, segala mak nenek yang dulu mak aku pernah simpan semua ada jual. Kalau aku tau benda ni boleh jual, aku simpan lepas tu jual dekat pasar malam. Hehehe. Bila aku tengok segala barang ni teringat pulak zaman aku kecik-kecik.

Selepas seronok tengok barang sini, kami ke Rumah P.Ramlee. Masuk free je. Ada rumah P.Ramlee, galeri pun ada. Banyak lagi koleksi peribadi beliau dalam tu. Tapi tak dapat nak ambil gambar dalam tu. 
Dah syok tengok galeri, perut lapar. Langit pun semacam ja, macam nak hujan. Kami naik bas RapidPenang ke Komtar balik. Tengok-tengok hujan lebat gila. Kami rilex-rilex makan KFC dulu sementara tunggu hujan berhenti. Sekarang nak cari kedai yang menyewa basikal, baru boleh jalan-jalan ambil angin di Penang. 
Jalan punya jalan, nasib baik jumpa kedai basikal ni. Sangatlah ok, sekepala dia ambil RM10 untuk sewa satu hari. Akhirnya dapatlah kami cari street art penang yang famous ni.
Ada yang ambik dari jauh je sebab panas pulak. Memang hangit kami dua-dua tengah panas ni. Puas bergambar kami nak cari Time Tunnel yang boleh ambil gambar 3D.
Mula masuk macam boring je sebab cerita pasal penubuhan Pulau Pinang. Kira semua tentang sejarah, dah masuk dalam, baru jumpa tempat yang menarik!
Paling menarik!
Akhirnya dah tau dah kat mana depa dok ambil gambar cantik ni dekat mana :)
Cuaca sejuk, kami pusing-pusing Padang Kota. Sambil ambil angin laut.
Selepas kami pulangkan basikal, kami terus naik feri untuk balik. Badan penat untuk ambil gambar semua street art. Cukuplah untuk hari ini. Tapi berbaloilah penat tu. Alang-alang bercuti kan. Kita bercuti bersungguh-sungguh. Kalau masuk kerja, kerja bersungguh-sungguh. Betul kan?

Akhirnya berjaya habiskan entry travel backpacker! Cuti yang seterusnya? Ada, insyaAllah kalau ada kesempatan akan diupdate lagi :)

p/s: Aku sudah pun resign kerja dengan Secret Recipe sebab dapat kerja baru. InSyaAllah kerja yang lebih baik walaupun jauh. Lagilah tak dapat nak join BloggerUtara kalau ada event. Huhuhu..

Day 1: Ke Melakakah Kita?
Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala
Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com