Tuesday, September 22, 2015

Tips Menghilangkan Kulit Gatal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah sebulan aku di KL. Sebulan jugak aku menderita gatal-gatal seluruh badan. Sampai sekarang aku tak tahu punca sebenar.

Seumur hidup aku, tak pernah pulak ada sejarah pantang pape. Pantang nampak ada la, asyik bedal apa yang ada depan mata.

Mula-mula ingatkan sebab pepijat atau hama ditilam. Biasalah rumah sewa kan..
Jadi setiap minggu aku jemur tilam dengan bantal, sarung bantal dengan cadar rendam dalam air panas, lepas tu sanitize dengan Dettol pulak. 

Gatal still ada lagi, merenyam-renyam satu badan. Punyalah garu sampai luka dan berparut.
Nak jumpa doktor, malas. Bukannya beliau dapat detect aku alergik benda apa. Bertanya la pulak dengan #bloggerutara ni. Masing-masing mak budak kan, memang tangkas la dalam bab-bab macam ni. 

Salah satunya losyen dari Cosmoderm. Gagahlah ke farmasi dalam Sogo tu sebelum balik. Tanya promoter situ, auntie tu suggest losyen tu dengan sabun mandi sekali. Bolehlah asalkan gatal aku kurang..
Harapnya berkesan la produk ni. Dalam gambar bintat-bintat tu mula-mula naik dekat tangan, sekarang melarat dekat kaki dengan belakang badan pulak..

Aigooo..
Kita hanya mampu tawakal..
Allah juga yang mampu sembuhkan penyakit kita..
Update 5 Okt 2015: seriously berkesan! Kulit dah tak gatal! Tq Cosmoderm.

P.s. mak,,saya rindu..
Orang lain sibuk buat persiapan raya,,
Aku?
Sorang-sorang termangu belajar management..
Sambut besday pun terkebil-kebil la kat sini..
Read More

Friday, September 18, 2015

Penyakit Anjing Gila?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam tengok berita, ada 3 negeri yang diisytiharkan penularan penyakit anjing gila. Di Perlis, Kedah dengan Pulau Pinang. Tergaru-garu kepala sekejap, penyakit ni apa eh?

Rupanya penyakit ni disebabkan oleh virus RABIES yang akan menjangkiti manusia kalau kena gigit dengan haiwan yang ada penyakit.
Sumber: encik google
Sumber: encik google
Manusia yang terkena boleh jadi demam, pening-pening, lumpuh ataupun halusinasi yang boleh buat seseorang jadi agresif. Wah! Dahsyat kan..

Tengok sidang media semalam, depa cakap langkah pencegahan adalah dengan menghapuskan anjing liar? Serius? Macam terdetik dalam hati aku, kesiannya anjing-anjing ni. Walaupun depa berpenyakit, memang ini je caranya ke? Kekadang kalau kita pandang dari sudut lain, salah manusia jugak kan sebab tak control pet macam ni. Kiranya macam kucing jugak, pandai bela, pandai la jaga. Ini kalau dah taknak, buang merata-rata. Anak sendiri pun orang sanggup buang, inikan pulak kucing dengan anjing!

Untuk maklumat lanjut boleh ke Myhealth.

Oh, teremo pulak pagi-pagi. Bukannya apa, sekadar pendapat dari seorang marhain biasa :)

P.s. hari ni closing shift..semoga keluarga di utara sihat-sihat saja dan terlindung dibawah jagaanNya..huhu..
Read More

Wednesday, September 16, 2015

Assistant Patrao's Day Out

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekali sekala ada event macam ni memang best. Asyik kerja 24jam pun boleh stress kan?
Seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman. Masing-masing dapat meluahkan apa yang terpendam. Kiranya juz-Saylah!
Petangnya selepas lunch ada game bowling. Dapat lagi kawan-kawan baru sebab kami dibahagikan lagi untuk kumpulan yang lebih kecil. Nak kata teror main bowling tu, taklah sangat. Sekadar nak kena 1 atau 2 tu bolehlah. Punya lama tak main, rasa macam addict balik pulak. Dulu kan syok main dalam universiti macam kat sini & sini. Rindunya Unimas oi!
Punyalah lama tak pijak kaki di Berjaya Times Square. Last ke sini waktu aku sekolah rendah. Waktu tu yang ada cuma tempat game yang tengah-tengah tu. Kedai dan shoplot pun semua belum siap. 
Betapa pembangunan memainkan peranan kan..
Beza sangat dulu dan sekarang..
P.s. 1st time pakai baju management.hopefully dipermudahkan segalanya..
Read More

Wednesday, September 09, 2015

Wordless Wednesday @18

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Motivasi, harian, quote
Read More

Sunday, September 06, 2015

Top Commentator August 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Wau, nampaknya kebanyakan blogger yang meninggalkan jejak adalah dari #bloggerutara

Khairin anies | Zai Zamree |ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH | izzeyda | Asha Lya | husna zahidi | Shahida Dzulkafli | Siti Nurzafirah | aRz MoHa | Murniwati Awang 

Terima kasih daun keladi,
Ada masa blogwalking ke sini lagi.

P.s. rindunya rumah bila tengok gambar ni, kesian sikenit amni kena kurung..haha!
Read More

Thursday, September 03, 2015

Akibat Penyakit Lupa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih muda tapi nyanyuk, sesuai pepatah ni untuk empunya tuan blog. Punya excited nak check gaji, skali masuk kad di mesin atm, berulang kali beliau kata password salah. Apa punya turr..kena buat kad barulah gayanya.

Disebabkan Bank Islam ni jarang-jarang ada di area KL, gagahlah menggoogle cawangan dia yang terdekat. Antara semua tempat, KL Sentrallah tempat yang paling dekat dengan train. Kalau tempat lain yang kena naik bas aku belum pakar lagi dengan selok belok jalan -_-"

Dengan konfidentnya ke Lrt Maluri, korek beg baru teringat aku lupa bawak kad Touch & Go. Alahai, nak beli koin malas nak beratur. Jadi belilah kad rapidKL yang berharga RM15. RM5 untuk kad, RM10 untuk reload. 

Sampai di KL Sentral, jalan je berpandukan hati dan gambar ini yang diculik dari encik google..
kl sentral, map, kuala lumpur
Sekali pandang ke luar terpapang di signboard Plaza Sentral. Yea! Jalan kaki dalam 5 min dah pun sampai. Nasib baik Bank Islam betul-betul depan tangga. Dalam 10 min urusan aku dah selesai. 

Tengok jam memang masa untuk isi perut. Apa pun pi solat dulu di surau NU Sentral. Pusing-pusing singgah di Secret Recipe untuk makan. Rindu dengan zaman bekerja di sini. 
secret recipe, grill blackpepper chicken, ice passion tea
Sekali sekala merabakkan poket. Bukannya selalu. Dalam pukul 4pm terus aku ke Lrt Gombak-Masjid Jamek-Lrt Ampang-Maluri. Sebelum naik condominium, singgah 99Speedmart beli barang sikit. 
Inilah ceritanya seorang insan pelupa..😒

P.s. cuti yang akan datang nak berjalan mana pulak ye..
Read More

Wednesday, September 02, 2015

Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Secara kebetulan Hari Kemerdekaan Isnin lepas aku masuk kerja pukul 1. Dapat pi Dataran Merdeka!

Pertama kali dapat tengok perarakan secara live. Walaupun agak lewat aku sana. Dapat jugak tengok abam-abam ashkar berkawad..
31ogos, sehati sejiwa, hari kebangsaan
Nasib badan la, memang jenuh terhendap-hendap disebalik orang sebab nak tengok orang berkawad. 
31ogos, hari kemerdekaan 2015
Punya pusing nak cari tempat duduk penonton. Akhirnya dapat jugak view cantik punya..
31ogos, hari kemerdekaan 2015
Selesai perarakan, aku ke tempat dimana bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan pada malam 31 Ogos 1957.

Info Dataran Merdeka;
  • Dulu dikenali sebagai padang kriket Kelab Selangor, Padang Kelab Selangor.
  • Tiang bendera setinggi 95m iaitu tiang bendera tertinggi di dunia.
  • Bangunan Sultan Abdul Samad yang cantik itu dibina pada tahun 1897 dengan seni bina Moorish. *info dari Berita Harian

31ogos, hari kemerdekaan 2015
Sementara ada di Kuala Lumpur, redah je apa yang ada. Punya ramai manusia, bukan orang Malaysia saja, warga asing pun ramai sungguh untuk memeriahkan suasana. Baru nampak warga kota ni hidup. Kalau tak semua sibuk dengan kerja-kerja-kerja.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2015.

P.s: apa cerita anda cuti merdeka ni? Cer kongsi..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com