Friday, October 09, 2015

Officially 24 yo!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selalu suka peram entry kan. Alhamdulillah 29 September lepas, genaplah umur aku 24 tahun.
Baru nak feeling-feeling sedih sebab sorang-sorang di KL, malam tu dah teruk aku dikerjakan dengan staf-staf ni.
Kejam gila, aku sangkakan air mop dalam kedai je. Jenuh la tukar baju. Dah bawak baju spare dah sebab dah tau agenda depa ni. Tapi, paling aku tak expect, keluar je dari bangunan nak ke LRT, teruk aku kena dengan telur & tepung. Memang speeechless!
Maka, baliklah dengan LRT bertepung dan bertelur. Masuk LRT adalah budak-budak Nandos dari tempat lain. Semuanya suka betul tengok manager kena macam tu ye..
Terima kasihlah sebab made my day. Orang sedih sebab duduk perantauan. 

Untuk azam aku pada umur 24 tahun, benda yang aku nak kecapi adalah;
1. Kerja tetap, alhamdulillah sekarang dah dapat! Cuma kena tunggu conformation.
2. Braces, rasa nak pakai. Sebab? Baru seminggu lepas aku ke klinik gigi sebab gusi membengkak. Masalahnya bila aturan gigi kita tak teratur, nak berus gigi pun susah. 
3. Kenderaan sendiri, cukuplah dengan motosikal. Lesen kereta belum ada lagi. Bila nak amik pun tak tau..

P.s. mak, terima kasih sebab susah payah lahirkan maksu di dunia ni. Tanpa mak, siapalah saya 😀
Read More

Sunday, October 04, 2015

Mini Reunion bersama Pengantin Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seronok dapat berjumpa kawan lama. Tambah pulak, secara diam-diam classmate dua orang ni menyulam kasih senyap-senyap tetiba terus kahwin!
Sweet kan?
Paling kelakar, part nak cari hadiah untuk pengantin baru. Pusing punya pusing Berjaya Times Square, tau tak benda apa yang dibeli? "FIRST AID KID"

Siapa cakap benda ni tak penting. Lagi penting tau, sepatutnya dalam setiap rumah kena ada satu. Tapi memang ni hadiah kahwin paling rare! Tapi berguna tau..

Dapatlah berjumpa dengan 3 orang coursemate zaman matrikulasi Peghlih*perlis dulu. Pastinya kami berempat adalah orang Kedah. Seronok jumpa orang kampung di KL.
Disebabkan tak pi kenduri depa, kali ni kami belanja pengantin baru ni habis-habisan. Makan-makan & enjoy sampai kekenyangan. Alang-alang aku ada staff meal punya kad, jomlah makan Nandos! Kita lanje.. ☺
Sampai terduduk kenyang. Masing-masing pun blur sebab tak biasa dengan Times Square, jenuhlah dok baca peta macam dalam Running Man. 
Pastu Din pulak belanja kami main bowling. Kiranya dah dua kali aku main bowling sini. Hari tu datang sini untuk Assistant Patraos Day Out. Kelakar, asyik masuk longkang. Nasib baik orang yang main sebelah kanan & kiri kami pun lebih kurang je.. 

Lepas tu, pusing-pusing Times Square, memang seronok cuci mata sini. Semua barang dia mampu milik, kiranya harga dia semua berpatutan! Memang satu tempat yang menarik kalau nak shopping! Bahaya keluar time ada gaji ni. 

Dulu semua macam budak-budak. Mengadap buku 24jam, student matrikulasi pulak. Sekarang masing-masing ada kerjaya, bina rumah tangga. Tak terlambat lagi kot untuk ucap, 
Selamat Pengantin Baru kepada Hanim & Izham

P.s. InsyaAllah jumpa lagi nanti ya..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com