Wednesday, February 03, 2016

Hiking di Bukit Saga, Ampang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi: Bukit Saga, Ampang

Ha, sekarang ni macam trend pulak ber'trekking'. Dalam fb semua ada gambar ala-ala posing atas bukit kan. Aku pun tak terkecuali. Dah lama sangat tak keluarkan peluh, ajakan dari geng-geng palapes memang tak dilepaskan macam tu je.

Dari Subuh lagi, kami bertolak ke lokasi dan berjumpa di sana. Dapatlah jumpa kenalan baru. 
Kawan sendiri dua org je, yang lain semua kawan baru. Sampai ja sana, banyak kereta-kereta parking. Lagipun hujung minggu, memang ramailah manusia sini. Tapi creepy betul jalan untuk naik bukit, macam ada kawasan setinggan.
Agak mencabar jugak trek dia, macam nak pancit je, biasalah 'first time'. Peluh memang keluar mencurah-curah macam ke ladang gandum! Rupanya dekat atas ada tempat untuk rehat-rehat, ada buaian, macam playground pulak. Dapatlah berehat lepaskan lelah & kumpul energy untuk ke air terjun pulak!
Dari pukul 7.30am kami di bawah, pukul 9am baru sampai atas. Rehat kejap dalam sejam, kami ke trek untuk ke air terjun. Wah! Memang sangat seronok dapat rendam kaki yang penat tu dalam air yang sejuk. Segar je badan walaupun tak mandi, geng-geng lelaki ni je mandi manda.
Memang sangat ramai orang lepak sini, air terjunnya pulak kecik comel je, tak cukup nak tampung semua manusia kat sini. Jadi semua bergilir-gilir mandi. Nampak parents bawak anak-anak kecik datang sini, terfikir macamanalah diorang boleh bawak trekking kawasan macam ni, dahsyat!
Alhamdulillah, dalam pukul 1pm kami dah sampai bawah. Sangatlah panas kawasan sini, tapi nampak Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila kita dekat dengan ciptaan-Nya, makin dekat kita dengan Allah. Betul kan?

Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan sampai bila-bila.

Bye semua! Jumpa lagi di entry yang akan datang.

12 comments:

  1. seronoknya hiking..sy da lama x pergi hiking :(

    ReplyDelete
  2. Seronoknya.. dah lama tak buat qeja2 macam ni....

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya berhiking, tak pernah try lagi tapi teringin juga ^-^

    ReplyDelete
  4. wah wah..bestnye..saya duk berangan nak panjat bukit keledang masih kekal angan-angan he he he

    ReplyDelete
  5. Tak pernah hiking bila tengok gambar-gambar memang teringin la jugak nak cuba. Hurmmm.. ntah bila la menjadi kenyataan agaknya huhuuuu...

    ReplyDelete
  6. bestnyaa.. lama tak turun trek nih.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. lama tak datang sini.. saya pon lama sangat dah tak masuk hutan.

    ReplyDelete
  8. tahniah.. saya baru je hiking minggu lepas kat penang..

    ReplyDelete
  9. rajin jugak la Timm nak hiking... kalo akak hewhew.. hiking waktu tidooo je lalalla..

    ReplyDelete
  10. selalu p ampang..tapi tak tahu pulak ade jungle trecking area situ..thanks..info..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com