Thursday, March 24, 2016

Cara Pembayaran PTPTN Menggunakan Maybank2u

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pembayaran yang paling senang dan cepat, dalam bas boleh, tengah baring-baring nak tidur pun boleh. Dunia sekarang kan dihujung jari kan. Disini Cik Timm nak berkongsi dengan anda semua Cara Pembayaran PTPTN Menggunakan Maybank2u.
Ramai kawan-kawan mula bertanya cara untuk membayar sebab leceh kalau nak rushing ke pejabat PTPTN kan. Kekadang sesetengah tempat pejabat PTPTN tak ada, lagi haru nak membayar kan?
1. Anda mestilah ada akaun Maybank. Pastikan anda daftar Maybank2u sekali. Selalunya untuk orang baru yang nak buka akaun, dia akan Tanya, 'Cik nak daftar Maybank2u sekali tak?'. Cepat-cepatlah hangguk yer, NO geleng-geleng.

2. Bukak laman web Maybanku2 yang sah! Login >> Username >> Password

3. Seterusnya, Bill Payment >> GO
4. Cari Make a one-off payment >> Select from list >> Education and education loans >> Continue

5. Seterusnya, Select from list >> PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan >> Continue >>
Masukkan amount atau jumlah bayaran yang kita nak bayar >> No ic kita >> No telefon >> Continue

Selesai!
Senang kan? Jadi, tak ada alasan dah kot untuk para peminjam merungut susah nak bayar hutang.

Alang-alang nak guna cara pembayaran ni, masukkan ptptn loan ni dalam 'favourite payee'. Tak payah susah-susah ikut step atas kalau nak buat pembayaran seterusnya. Nak tau cara buat favourite payee? Next entrylah pulak kan..*dah malas nak menaip, nak mandi ni.. -__-'

Toddles¬¬

2 comments:

  1. hutang ptptn takde,tapi hutang kereta je duk bayar sekarang ni..huhu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com