Sunday, March 27, 2016

Gigi Bongsu Tumbuh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah dua hari ni pelik pulak rasa gusi dekat belakang geraham. Pulun gosok gigi ingatkan nasi melekat ke, lauk ayam ke? Tapi pelik kenapa rasa tak selesa lagi.

Pegang punya pegang keras pulak. Rupanya gigi geraham bongsu nak tumbuh da..

Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga yang terakhir dan akan tumbuh di bahagian kiri & kanan rahang paling belakang. Dalam kes aku, rahang atas sebelah KIRI. Harap-harap kes gigi aku ni bukan sampai tahap kena bedah. Tak mau!


Huwaa!! Tak sakit, cuma rasa tak selesa sangat dengan gusi ni. Patutlah seminggu dua ni rasa macam nak mengamuk je. Ingatkan nak period, rupanya benda lain. Iyalah gigi oii..

Baru ingat nak pasang braces, rasanya dah jadi gini. Kena biar gigi ni tumbuh sepenuhnya dulu kot.

p/s: Letih betul menunggu bas RapidKL ni, lambat betul. Dah la nak balik cepat.

4 comments:

  1. Moga cepat hilang rasa kurang selesa tu yer Timm

    ReplyDelete
  2. Memg sakit yg amat tu..lya ari tu smpai skt tongsel

    ReplyDelete
  3. akak pon raya ritu menderita gusi pecah gg bungsu baru nak kuar habis.. sebelum ni dia kuar tunas jer..dah elok nak sambut raya masa tu laa dia nak kuar sepenuhnya..sakit yg amat..nak makan tak boleh..buka mulut pon ayu2 gtu..alhamdulillah ini gg bongsu last..dah 4 batang dah tumbuh..satu batang ambik masa setahun nak tumbuh sepenuhnya..hehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com