Sunday, April 03, 2016

39 Sebab Kenapa Anda Tidak Layak Menerima BR1M

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Awal tahun 2016 aku sudah kemaskinikan  BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)  sebab tahun lepas aku dapat.

Tunggu punya tunggu, status masih dalam proses. Orang lain semua berjoli sakan dengan BR1M. Joli ke? gunakan untuk keperluan yang penting kot. Hehe..
Rupanya, permohonan TAK LULUS!
Disebabkan..

"Semakan rekod agensi/maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000"

 Oh, tak dapat eh?? Hurm, tolak pi, tolak mai, gaji bersih still dapat kurang 2k. Tak apalah, tak ada rezeki. Ada orang diluar yang lebih memerlukan.

Di sini Cik Timm nak kongsikan beberapa alasan kenapa BR1M korang tidak lulus;


01 No. kad pengenalan pemohon tidak melepasi tapisan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

02 Nama pemohon berbeza dengan rekod JPN.

03 No. pengenalan pemohon tidak melepasi tapisan UGAT/PDRM.

04 Nama pemohon berbeza dengan rekod UGAT/PDRM.

05 Semakan rekod agensi/maklumat pada boring mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000.

06 Semakan rekod agensi/maklumat pada boring mendapati pendapatan melebihi RM2,000.

07 Pemohon disenaraikan sebagai menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

08 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

09 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pasangan memiliki kenderaan melebihi melebihi syarat kelayakan.

10 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

11 Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.

12 Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap.

13 Maklumat tanggungan tidak lengkap.

14 Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada boring melebihi RM4,000.

15 Pendapatan bulanan yang dilaporkan pada boring melebihi RM2,000.

16 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon.

17 Permohonan lebih daripada 1 kali.

18 Pemohon wujud sebagai pasangan permohonan lain.

19 Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain.

20 Pasangan telah membuat permohonan lain.

21 Pasangan wujud sebagai pasangan pemohon lain.

22 Pasangan wujud sebagai tanggungan pemohon lain.

23 Tanggungan telah membuat permohonan lain.

24 Tanggungan wujud sebagai pasangan pemohon lain.

25 Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain.

26 Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali.

27 No. pengenalan pasangan tanggungan tidak melepasi tapisan JPN.

28 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod JPN.

29 No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi tapisan PDRM.

30 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod PDRM.

31 No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi tapisan UGAT.

32 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod UGAT.

33 Maklumat pasangan perlu pengesahan.

34 Maklumat tanggungan perlu pengesahan.

35 Pasangan telah disenarai hitamkan.

36 Pasangan meninggal dunia.

37 Dokumen Pasport pasangan perlu pengesahan.

38 Maklumat pendapatan pemohon perlu pengesahan.

Berpeluh-peluh nak habiskan entry.
Akhirnya siap juga.

Selamat membaca!

7 comments:

  1. Alhamdullilah tahun ni dapat..tahun depan tak dapat dah sebab dapat baucer buku pulak hehe

    ReplyDelete
  2. Tudia .__. Banyaknya syaratnya..

    ReplyDelete
  3. hmm kawan yana kena reject gak , ntah mcm mana depa kira ntah sampai dapat 2k , takpa lah bg chance org macam yana dapat .. heee ><

    ReplyDelete
  4. inshaAllah nnt dpr rezeki lain yer timm

    ReplyDelete
  5. husna jatuh kat no 07 tuh.. sob~ sob~

    ReplyDelete
  6. Tak pernah mohon sebab dah tau memang tak layak

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah la.. cik en dapat la tahun ni.. ihihihih

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com