Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hujung minggu lalu berkesempatan untuk ke Sunway Pyramid dengan menggunakan public transport. Tak tau macamana? Serius senang & simple.
Ambil 1st point di Bukit Bintang bus stop. Tunggu bas GOKL Purple Line (free jer..) untuk ke Pasar Seni. Then, sampai Pasar Seni tunggu bas rapidKL 770 atau 771 (dulu U63 & U67) di platform B2. Bas tu memang akan stop depan Sunway Pyramid, kalau tak confiden pun memang akan Nampak gedabak singa tu dari jauh.
Memang pertama kali ke sini, kebanyakan semuanya kedai berjenama. Tapi banyak SALE! Ada kedai yang buat Closing Shop sale, semua harga jadi 50% dan 70%. Memang ramai gila orang serbu! Forever 21 pun ada SALE jeans yang beratus jadi RM90, RM70. Padini pulak tshirt boleh dapat harga RM39 kalau beli dua..
Bahaya anak-anak kalau keluar waktu gaji dah masyuk. Diulangi, sangat merbahaya ya hakak-hakak sekalian. Huhuhu..
Pusing punya pusing, perut lapar. Singgah di Restaurant Italiano Capricciosa Pasta & Pizza. Ada promotion Buy 1 main course, free 1 main course! Promosi ni sah dari pukul 3-5pm sahaja tau. Bukan setakat pasta, pizza pun ada. Ala-ala restoran Itali kan.
Gelas minuman dia sangat comel dan unik. Makanan dia boleh tahan, portion banyak dan sedap. Cuma makanan agak lambat sampai. Mau berkeriut jugak perut tengok orang sebelah makan. Huhuhu..
Sekali sekala nak makan mahal sikit dari biasa. Bukan selalu, kalau selalu rabak poket anda.
Bertolak balik dalam pukul 8pm, tapi kena naik jambatan untuk seberang jalan. Nak balik kan, tepat-tepat Cik Timm turun jambatan, bas rapidKL dah ada. Lega tak payah nak tunggu lama. Sampai Pasar Seni pun cepat sebab tak ada traffic jam. Dah sampai Pasar Seni, lambat pulak GOKL ni. Saja ambil angina malam berjalan kaki dari Pasar Seni ke Bukit Bintang. Kecik je KL ni sebenarnya -__-"
mak oii..tgok gambar terus jadi lapar....
ReplyDeletewahhh macam best
ReplyDeletetu dia..sdpnya..
ReplyDeletelain kali ajaklah akak..kot free boleh lepak.hehe
ReplyDeletekecik sgt ke kak timm?? yg xtawu jalan ni pon boleh sesat taw klau kena lempar masuk keyel.. huhuhu..
ReplyDeletelast naik smua nimasa cik en blaja di UNIKOP.. rasanya 10 tahun lps.. hihiih
ReplyDeleteYummy =)
ReplyDeletefaa suka makan pasta. elok2 pulak baca entry ni masa tgh lapar , haih mengundang betul haha
ReplyDeletegodaan di bulan puasa betul laa cik timm ni ;-)
ReplyDelete