Thursday, April 28, 2016

Dugaan Besar seseorang yang bergelar Anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setelah kepala berat dengan berita mak Cik Timm sakit, terpaksa full shif dua hari bekerja, hari ini dapatlah ber'offday' sebentar. Itu pun badan masih jugak penat dan lelah.

Mak Cik Timm sakit?
Iya, minggu lepas Cik Timm terpaksa balik kampung dengan tergesa-gesa ke Kedah. Nasib baik kerja shif pagi. Abang Cik pun wassup waktu Cik Timm nak ke bank untuk bank-in duit. Tak pasal-pasal Cik Timm menangis depan kaunter pak cik tukar duit. Memang dah tak malu dah..

Balik dari kerja, terus Cik Timm ke TBS untuk beli tiket bas yang paling cepat ke Kulim, Kedah. Memang tawakal & gamble sahaja bas apa pun. Alhamdulillah, ada bas pukul 7.30pm. Masih sempat walaupun jam menunjukkan pukul 7.15pm. Akibatnya, baru beli tiket 5 minit, nama terus kena panggil sebab bas dah menunggu. 

Dalam bas fikiran melayang fikir bukan-bukan saja. Lepas tu, baru terfikir sebelum ini Cik Timm tak pernah terfikir mak Cik Timm akan tua, akan sakit. Aduhai, Tuhan saja yang tahu apa dalam hati ni..

Tak pernah rasa macam ni seriously.
Lega tengok mak depan mata, dah makan, dah boleh jalan. Cuma kena pakai tongkat. Perasaan lain sangat sebab sebelum ni tengok mak sihat, tak pernah sakit. Bila tengok mak kita dalam keadaan tu, rasa macam ada sesuatu yang aku terpaksa korbankan. 

Korbankan?
Ya, ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Sebab perasaan ni buat Cik Timm tak nak berjauhan dengan mak..

Cik Timm dah fikir masak-masak dan dah buat keputusan tersebut. In Sya Allah semoga segalanya dipermudahkan..

8 comments:

  1. begitulah yang seorang anak fikirkan bila ibu bapa sudah semakin tua..sedih

    ReplyDelete
  2. inshaa allah... setiap keputusan yang dibuat mestilah yang terbaik utk semua

    ReplyDelete
  3. korbankan apa? kerja ea? sy pun pernah macam ni masa mak sakit disebabkan taknak berjauhkan sy berhenti kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke cik itah, huhu..betul n tepat la tekaan cik itah tu..huhu..

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan Timm dan mendapat pilihan terbaik...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah . semoga terus sihat hendaknya . mmg lebih senang hati klu dapat mak setiap hari ...

    ReplyDelete
  6. akak doa mak timm cepat sihat balik ye..sebab yang samalah akak usaha gak cari kerja dalam area KL, tak nak jauh dari mak ngan ayah

    ReplyDelete
  7. setiap org lain cabarannya...tp andai ada peluang utk dkt dgn mereka, rebutlah sbb bkn semua org berpeluang sebegitu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com