Sunday, May 08, 2016

Selamat Hari Ibu MAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Keliru! Itu sahaja luahan hati Cik Timm sekarang ni. Semalam boss besar, Mr. R turun untuk berjumpa CT berkenaan keputusan CT untuk resign. 

Sekali beliau offer untuk transferkan Cik Timm branch restoran yang dekat dengan rumah, Memang itulah impian CT sepanjang posting di Pavilion ni. 

Tetiba rasa keliru pulak dengan keputusan sendiri, sama ada CT nak resign jugak atau stay. Sebab Mr. R tanya,

"Kalau saya transfer awak ke area Aeon Bukit Mertajam, awak jadi resign tak?"

Aku, krikkrikkrik kejap..

"Ok, saya tak jadi resign..", dengan angkuhnya, kembang kempis hidung hah..

Sepanjang CT buat kerja semalam, kepala rasa tak tenang menunggu hari Isnin atau Selasa minggu depan. Penentuan sama ada CT akan kekal kerja dengan company ni atau resign. 

Lepas tu, Cik Timm fikir balik, sebab utama untuk Cik Timm resign adalah,

 Untuk menjaga mak!

Sebelum ni, waktu study tak rasa apa-apa pun walaupun sentiasa tak lekat di rumah. Ke asramalah, Perlislah, Sarawaklah..

Tapi, bila dah mula bekerjaya ni rasa semacam. Mak pulak selalu call waktu CT mula-mula ke KL ni, pelik  bin ajaib tau. Dulu jejauh kat Sarawak mak tak pernah call pun. Lagipun, Cik Timm ni memang pelik sikit. Tak macam orang lain, sentiasa call mak, call family. Cik Timm memang jenis sendirian berhad. Ada hal penting saja baru call.

Luluh kot rasa hati CT waktu balik emergency minggu-minggu lepas, mak tanya,

"Maksu nak balik dah ka?", fuh, merentap sanubari bila mak tanya gitu oii..
mother's day, selamat hari ibu

SELAMAT HARI IBU MAK! 
Ini je pengorbanan yang mampu Cik Timm buat, Cik Timm tak mampu nak bagi rumah banglo, kereta ke, memang tak mampu lagi..minta maaf mak selalu abaikan mak..

p/s: touching dengan entry sendiri..huhu..huwa!!!

8 comments:

  1. hurmm.. kita makin besar, tanpa sedar diorang pon makin tua.. T_T

    ReplyDelete
  2. Timm kerja kat pavilion ye, ok nanti akak terjah..tu pun kalau tak resign la ye.

    ReplyDelete
  3. good luck in making your decision ye..semoga mak timm sihat walafiat

    ReplyDelete
  4. smoga dapat transfer ke sini... boleh join gathering geng blogger utara.. hahahaha..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cik tim
    kaknoor ronda2 malam ni sampai lah ke rumah cik tim
    ucap selamat hari ibu dari kaknor utk mak cik tim ya

    ReplyDelete
  6. Mungkin mak rindukan cik timmm tu yg cll tu

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com