Monday, June 13, 2016

Cabaran | Rumah Idaman Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rumah impian Cik Timm!

Cik Timm suka rumah di kampung yang jauh dari kesibukan kota. CiK Timm suka rumah yang comel, dan tak terlalu besar. Nanti penat nak mengemas.

Zaman CT kecik-kecik dulu, selalu beli buku matematik yang kotak-kotak tu. Lepas tu lukis pelan rumah idaman. Kadang-kadang lukis nak rumah banglo 3 tingkat, kadang-kadang lukis rumah kampung. Jadi gitu pun sebab terpengaruh dengan majalah Anjung Seri. Berkobar-kobar nak jadi interior designer tau.

Sekarang ni suka layari laman web yang jual atau sewa beli rumah, macam Mudah, iProperty, mana tau satu hari nanti ditakdirkan berpeluang ada aset rumah sendiri!


Abang Cik kat rumah ni pulak suka bawak Cik Timm pusing-pusing kalau ada kawasan rumah baru dibina. Pelik kan hobi masa lapang kami dua ni T__T

Lepas tu, punya minat dengan hiasan rumah ni, Cik Timm masuk group Deco Rumah Ku Syurga Ku. Lagi gila, hari-hari member group post gambar hiasan and deco rumah diorang yang cecantik. Adoi, Cik Timm mampu buat halwa mata jer la. Nak hias rumah lebih-lebih tak sesuai sebab rumah kampung kan. 

Ada satu gambar rumah yang Cik Timm dapat dari Facebook, cantik sangat. Lupa sumber dari mana,

Kalau CiK Timm dapat rumah ala-ala macam ni, tak keluar rumah pun tak apa. Hehe..

Kawan-kawan blogger yang lain pulak?
Ada rumah idaman tak?
Jangan lupa untuk berkongsi dengan Cik Timm eh!

Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman

3 comments:

  1. Ya Allah cantiknya rumah tuuu!!! Sama la, dulu masa kecik-kecik kerja asyik selongkar majalah Anjung Seri,pilih rumah itu ini lepas tu mula la berangan-angan haha.

    ReplyDelete
  2. rumah idaman? of coz rumah di syurga hahahaha ayat ala2 ustajah FB hehehe...


    sy suka rumah kayu tradisional... tp fhm2 je laa rumah kayu ni lbh mahal dr rumah batu waaaaa

    ReplyDelete
  3. opcoz ada rumah idaman masing2.. tp dengan ekonomi tah apa2 ni tatau la mampu miliki ke tak.. tapi x salah brangan kan.. free je.. =D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com