Tuesday, June 14, 2016

Resipi: Sambal Kicap Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Suka dengan sambal kicap?

Cik Timm nak kongsikan satu resipi sambal kicap yang simple tapi memang sedap makan dengan nasi panas atau bubur kosong. Terangkat tau!

Bahan-bahan:
1 tangkai cili merah
10 tangkai cabai melaka*cili kecik yang pedas tuu..
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Kicap manis
Kicap masin*lagi sedap kalau kicap masin
Sedikit garam dan gula
Sedikit jus limau


Cara-caranya:
1. Cili merah + cabai melaka + bawang putih goreng dulu dengan sedikit minyak sampai layu.
2. Bawang merah pulak kita potong kicik-kicik dulu goreng macam buat bawang goreng tu.

3. Dengan menggunakan blender, masukkan semua bahan. Campur dan blend jer..

4. Ikutlah tahap mana nak bahan tu hancur. Siap!


Memang sedap sangat sebab ada bawang goreng, rasa crunchy-crunchy pedas. Semalam makan dengan nasi panas dan sayur fucuk. Hari ni makan dengan kanji or bubur. Memang bertambah-tambah!



Paling bestnya sambal ni tahan lama sebab kita dah goreng semua bahan dia.

Selamat Mencuba!

Kawan-kawan blogger semua berbuka dengan juadah apa hari ni?

12 comments:

  1. Uishhh! Memang membangkitkan selera sambal kicap nih!

    ReplyDelete
  2. sambal hitam! benda paling wajib kalau makan bihun sup.. dapnyeee..

    ReplyDelete
  3. cepat.. time nak makan, dah ada dah.. senang.. hehe

    ReplyDelete
  4. memang terangkat pun sambal kicap ni bila makan bubur... tambah2 lg bulan puasa ini.. kalau saya sambal belacan la jdi penyedap rasa ketika makan dengan nasi.. hehe

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  5. boleh terangkat ni.. hehehe
    mesti pedas kan.

    lawa blog baru tim.. kak fiza mmg pandai edit

    ReplyDelete
  6. cicah ikan bakar pun sedap... uish terliur cerita.

    BENARKAH MUSLIMAH BERKACAMATA VINTAGE LEBIH ANGGUN?
    + Optom. berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
    + Kalau tak percaya jemputlah ke www.optom.my.

    ReplyDelete
  7. tak minat sangat sebab pedas.. tapi kalo colek sikit2 tu oklah hehe..

    ReplyDelete
  8. Letak dalam bihun sup nie.. pergghhh

    ReplyDelete
  9. Akak x makan pedas..tp klu boh sket ok ler kut..bagi pecah liur

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com