Sunday, July 17, 2016

Tips: Newbie untuk Pemakaian Contact Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, Cik Timm dah mula berjinak-jinak dengan contact lens berwarna. Diingatkan tak semua orang sesuai untuk memakai contact lens. Tak sesuai disebabkan pemakaian contact lens atau kanta lekap ni memerlukan penjagaan yang rapi, perlu jaga kebersihan.


Pernah terjadi satu kejadian kawan Cik Timm sendiri sewaktu study dulu, mata terkena infection dari kanta lekap. Seminggu warded dalam hospital. Semuanya jadi gara-gara tangan tidak dicuci bersih selepas kelas di makmal mikrobiologi. Kuman bakteria yang kami buat eksperimen dalam makmal transfer dari tangan ke kanta sentuh dan mata!


Bahaya kan?


1. Jadi, Cik Timm berjumpa dengan pakar optometri dulu sebelum mencuba kanta lekap di Kristal Optometrist. Cik Timm memang recommend orang sekitar Kulim ke sini sebab servis dia memang best, pemeriksaan mata dia pun terperinci. Semua masalah mata, rabun, silau semua dia dapat detect. Rupa-rupanya Cik Timm mempunyai masalah silau..


2. Sentiasa membersihkan tangan sebelum menggunakan kanta lekap. Selepas tangan kering, sapukan tangan dengan solution kanta lekap.


3. Jangan pakai kanta lekap sewaktu tidur dan lebih dari 8 jam. Mata pun perlukan rehat jugak.


4. Sentiasa membersihkan casing kanta, dan kanta lekap sebelum memakai dan selepas pemakaian.  


5. Jangan membeli kanta lekap yang diragui. Contohnya yang terlalu murah, ataupun tak original. Better beli di kedai cermin mata. Kanta lekap ada bermacam-macam jenis, yang jenis layer, jenis tak layer. Kita pun tak pasti sama ada sesuai atau tak dengan mata kita.


6. Memakai kanta lekap sebelum bersolek. Supaya tangan kita bersih dari bahan-bahan kimia dalam produk kosmetik. Lagipun tak la cacat mascara sebab dok tenyeh-tenyeh dengan jari nak bukak mata besor!


Antara bahan-bahan lain yang perlu ada;


Dua koleksi lens yang Cik Timm ada;



Jadi, terpulang kepada anda sama ada untuk memakai ataupun tidak. Cik Timm pun pakai kanta lekap sekadar suka-suka untuk mencuba. Sebab Cik Timm ni ada fobia dengan benda yang dekat dengan mata. Sangat sensitif! Paling bermasalah kalau orang nak makeup dekat mata. Menjerit je lebih dengan mata terkebik-kebil. Tapi, Cik Timm berjaya pakai kanta lekap. Itu pun dengan teknik dari vision consultant, huahuahua!!

9 comments:

  1. kristal opto juga pilihan kak zi. Alhamdulillah dah lama dah guna ctc lense.

    ReplyDelete
  2. Dolu-dolu pakai ler, sekarng malas dah... Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani RahmanTerima kasih...

    ReplyDelete
  3. wow Cik Timm.. penampilan lebih berani aceeeeewah =D
    akak pakai kalo kena main sport je dlu. nak lompat2 memang xleh pakai cermin mata..
    tapi prefer cermin mata. penah beli lens hitam lekap.. da macam mata kucing jadinya..

    ReplyDelete
  4. ada sesetengah org mmg cantik kalu lens ni... kena je dgn gaya dan personaliti

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com