Monday, August 08, 2016

Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, seperti yang anda semua tahu kalau follow IG Cik Timm & Facebook dapat tengok Cik Timm bercuti di Pulau Pangkor. Rasa bersyukur sebab cuti yang sangat puas! Cik Timm bercuti dengan assistant manager Nandos Pavilion, tempat Cik Timm dulu. Dah lama kami rancang nak cuti sama-sama. Tapi, mana boleh dua-dua assistant bercuti sekali. Nasib baik Cik Timm dapat transfer, dapat berjimba sama-sama.
Walaupun Pulau Pangkor di Perak, Cik Timm ke Kuala Lumpur dulu untuk berjumpa dengan kawan-kawan travel yang lain. Lagipun kami berempat ke sana dengan menaiki kereta. Kiranya nak senang kerjalah, semua bergerak sekali. Sebelum ni, Cik Timm dah pernah ke Pangkor. Itu pun lawatan sambil belajar zaman sekolah menengah dulu. Sebetulnya kami rancang nak ke Pulau Perhentian, tapi tak ada rezeki walaupun kami dah booking, orang lain dah buat pembayaran dulu..
3 Ogos, Cik Timm masih bekerja tapi shif pagi. Segala kerja-kerja dokumentasi, fail-fail Cik Timm dah update untuk ESCUDO Audit di restoran. Petang sebelum balik Cik Timm sempat beli kasut sebab Cik Timm memang tak ada kasut langsung!
Bas Cik Timm pukul 11:30PM, dengan syarikat Economy Ekspress berharga RM40. Bas pun cuma berhenti di Butterworth dan terus ke Kuala Lumpur, TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Lena tidur, bas berhenti di Perhentian Bas Duta baru terjaga. Cik Timm sampai di TBS pukul 5AM. Mengantuk punya pasal, lagipun LRT pukul 6am baru buka. Baguih punya terlena dekat kerusi menunggu sampai pukul 7:15AM. 
Day 2: Trip ke Pulau Pangkor
Day 3: Snorkeling & Rendam Time! PART 1

Day 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2

5 comments:

  1. LRT punya aliran dah tak sama sekarang.. makin lambat. Cik Timm macam mana experience? Laju ke lambat?

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Menunggu entry 2nd day pula

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang rasa mcm yakin nak jenjalan sendiri ke kL mcm tu tp rasa mcm tak yakin [on ye jgk.. hahahha..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com