Tuesday, September 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger. Maaf sebab lama menyepi, komitmen kerja buat Cik Timm terlalu busy. 



Tarikh hari raya haji pun CT tak ingat langsung. Tau-tau rupanya dalam jadual CT cuti di hari raya. Alhamdulillah, kekadang perancangan Allah memang terbaik.



CT busy pun sebab staff ramai dah resign sebab nak sambung study. Terkontang kanting nak jaga restoran, cari staff baru, pening sangat. Lepas tu, direct 3 hari CT kena kerja 9am-11pm bermula Jumaat lepas. Mata memang rabak, badan letih Allah saja yang tau. 



Malam raya CT sampai rumah 11pm lebih, sempat tolong mak balut ketupat. Kesian mak raya tahun ni, CT tak sempat nak buat apa pun. Nasib baik rendang Abang Cik dah settle masak. Untung ada abang pandai masak, adik dia je FAILED!



Inilah cerita hari raya Qurban Cik Timm tahun 2016. Tahun-tahun yang mendatang tak tahulah macamana kan. Masih solo jugak ke, dah ada orang kat sebelah ke, mana tau kan, hehehe..


Baju pun recycle, jubah bridesmaid kenduri kawan dari Norhir Collecton. Kalau berkenan jubah kosong yang selesa, tak melekap di badan, dan kain boleh terbang ala-ala cinderella boleh tengok situ ye.


Cerita raya anda??
Jom kongsi :)

7 comments:

  1. salam aidiladha.
    saya raya haji kat rumah jer, sebab parents pon kat sini. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng.. beraya kat rumah je sbb rumah pun dah kampung. x de kampung lain pun nk balik.. balik rumah sendiri je.. hehehe

      Delete
  2. salam aidil adha.. patut rasa macam pnah nmpak jubah tu.. kes tak boleh move on jadi bridesmate lagi la nih.. hahahah

    ReplyDelete
  3. okay dah tu.. lepas dah nk jadi menantu org kedah.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Cik Timm ketuoat ada lagi dak? Kirim mai Perlis sikit tak jumpa ketupat lah raya lepas

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidiladha dear..even da lambat hehhee

    ReplyDelete
  6. peritnya kak timm 9-11.. mujur lah 9 bukan 8.. moga cepat dapat pekerja baru.. :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com