Monday, November 28, 2016

Bagaimana Membersihkan Gigi dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, hari ini dah masuk HARI KE-13 dengan braces. 
Benda paling lawak, satu bracket dah tertanggal semalam. Ha! Seronok sangat kunyah rangka ayam semalam sampai tercabut benda alah ni 😅


Oklah, dekat sini Cik Timm nak share cara mencuci gigi dengan braces. Disebabkan ada braces, ruang gigi jadi lebih kecil dan susah untuk memberus gigi secara normal.


1. Pilih berus gigi yang lembut
Hari tu dekat klinik, staff situ ada offer berus gigi RM28 jenis berus lembut. Tapi Cik Timm tak beli pun, Cik Timm beli berus gigi jenama Colgate yang charcoal kaler hitam tu sebab berus dia memang lembut. Berus keras akan merosakkan bracket tu ye..


Lagi satu, interdental brush comel yang ala-ala berus susu botol bebudak tu sentiasa bawa ke mana-mana. Lepas makan, boleh korek-korek dalam toilet. Ngehngeh..


Disini ada Doktor Juliana share cara untuk memberus gigi dengan braces,



2. Floss sehari sekali
Serius sebelum pakai braces tak penah kisah pun dengan flossing-flossing ni. Bila dah pakai braces tu, kesedaran datang sendiri untuk extra care gigi tu tau. 


Cik Timm beli 2 jenis floss, untuk floss pick tu guna untuk gigi bawah. Benang floss tu pulak guna untuk gigi atas. Actually guna benang floss saja pun ok. Sebab Cik Timm pi beli floss pick tu ingat menyenangkan kerja. Tapi, tak dapat guna untuk gigi atas sebab sangkut dengan archwire 😣


3. Berkumur dengan air garam atau mouth wash
Emm, berkumur dengan air garam bilamana ada ulser memang buat mata berair sebab pedih. Tapi, itulah ubatnya. Selain itu, guna listerine pun boleh. Paling-paling malas pun kalau lepas makan, boleh berkumur-kumur je nak buang sisa yang melekat celah bracket. Buruk sangat rupanya kalau tengah dok makan, lidah gedik-gedik meng'check' every celah gigi kalau ada sisa melekat. Mohon tutup mulut dengan tangan..

4. Elakkan guna ubat gigi pemutih
Ha, kang tak pasal-pasal gigi jadi tak sama warna bila dah buka braces nanti.

Itu sahaja tips yang Cik Timm dapat dari pembacaan mengenai cara-cara penjagaan gigi apabila memakai braces. Diharap boleh membantu rakan-rakan diluar yang berkeinginan untuk memakai braces. Ramai juga yang terkejut tengok rupa Cik Timm dengan gigi ber'pagar' ni. Hahaha!

Cik Timm pun baru sangat pakai braces ni. Banyak lagi prosedur yang belum dilalui. Tapi, insyaAllah Cik Timm akan cuba bantu dengan apa yang Cik Timm tau. Kalau ada senior-senior luar sana yang nak tambah info-info pun boleh bagi pendapat juga. Boleh berkongsi, hoho 😄
p.s. Nampaknya satu lagi azam dah tertunai, BRACES, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan 😚

11 comments:

  1. Bg x pakai beaces tu elok jgk kumur ngan air garam sblm tido utk hilangkan bau mulut

    ReplyDelete
  2. Sis JM pun ada angan nak pasang tp bila tanya harga tu gulp! X mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun punya kmpul sbb nk psang sesgt..haha!

      Delete
  3. bgus ada tips mcm ni.skurangnya siapa nak pakai nnti blh gak rujuk

    ReplyDelete
  4. Wahhh sukar jugak ye nak jaga gigi untuk si pemakai braces ni.. terima kasih atas ilmunya..
    Follow sini #416 :)

    ReplyDelete
  5. ini Dr. Juliana yg area Giant tu ea??

    husna pernah tgk member yg pakai braces berus gigi.. mcm2 berus dya ada..:D

    ReplyDelete
  6. Nanti lepas bukak braces tu pon still kne guna floss tau. Sebab lepas dah bukak braces kena pakai retainer pulak. Seumur hidup ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  7. tiap2 hari ke berkumur dgn air garam tu?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com