Wednesday, November 23, 2016

Pengalaman Seminggu bersama Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, dah genap seminggu Cik Timm pakai braces ni. 
Ramai yang tanya sakit ke? Lambatnya makan? Kenapa makan sikit? Macam tak nak senyum je sekarang, nak gelak pun kurang. Macam moody je?
Haih..


Di sini Cik Timm nak share experience kalau ada kawan-kawan di luar sana berkeinginan  memakai braces ni,
  • Ulser atau mata ikan
Yes, dalam seminggu pakai Cik Timm dah kena ulser 2 kali. Atas satu, bawah satu. Mana tidaknya bracket yang ada hook ni selalu cucuk mulut. Jadi, nak kurangkan geseran tu, sentiasa Cik Timm guna orthodontik wax letak dekat bracket tu.


  • Selera makan berkurang
Cik Timm memang kuat makan. Tapi, disebabkan ada braces, Cik Timm dah kurang makan sebab agak sukar untuk mengunyah sebab gigi dah macam hilang fungsi. Garfu dengan pisau memang jadi best friend kalau tengah makan. Makanan semua kena potong kecik-kecik, gigi depan memang dah hilang fungsi. Makanan yang dah dipotong semua kena masukkan dalam gigi belakang, itu je yang mampu nak kunyah. Kunyah pun ala-ala je asalkan dapat telan makanan. 

Untuk seminggu ni, kena makan makanan yang lembut macam bubur. Kalau makan nasi pun dengan kuah atau sup. Air kosong memang sentiasa ada. Bagus untuk orang yang nak kurus atau diet 😘

  • Nak senyum ke tak nak?
Awkward sangat nak senyum sebab mulut penuh dan macam pelik. Tambah Cik Timm kerja dalam f&b, sentiasa kena bercakap dengan customers. Memang customers akan ushar je mulut tu sebab ada besi. Kekadang nak cakap pun macam tak jelas. Jangan sampai bersembuq aiq liuq sudah. Jadinya kalau nak gelak pun cover je memanjang 😷

  • Gosok gigi lama
Haha, dulu tak sampai seminit dah settle. Sekarang 5 minit tak pun 10 minit baru selesai gosok gigi. Kalau pakai braces memang kena jaga gigi extra care. Selepas makan kena berkumur, belek-belek gigi dekat cermin kot-kot ada sayur yang bersidai dekat archwire tu. 😱

  • Mulut kering
Mulut Cik Timm sentiasa kering. Jadi Cik Timm sentiasa standby vaseline atau lip balm. Air pun berbotol-botol minum sampai asyik kena berulang alik dari tandas 😝


Tapi, setiap orang lain penerimaannya. Ada yang tak sakit langsung pakai, ada yang sampai berdarah-darah bagai,. Jadi terpulang kepada diri sendiri sama ada berani atau tak. Kalau gigi dah cantik tak perlu nak laburkan duit untuk braces. Bagi Cik Timm sendiri memang dah lama pasang niat untuk pakai. Dari sekolah lagi, tapi simpan dulu niat tu sampai dah ada duit sendiri baru jalankan misi. Hahaha!

Lagi satu, ada satu lagi orang panggil fake braces. Fake braces ni lebih murah, tapi tidak digalakkan sebab dipasang oleh orang yang tak ada pengalaman langsung dengan orthodontic. Dan boleh membawa maut sebab besi yang digunakan tak sesuai untuk mulut. Janganlah mengada-ngada nak berbraces dengan fake braces ya.

p.s. beauty is pain, haih..

23 comments:

  1. nk cantik punya pasal kan.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk kpuasan dri sndri pha is..
      Mcm pha is dgn #gadisbertudungbiru hihi..

      Delete
  2. betul2,fake braces bahayakan diri je kan..tak de penyakit cari penyakit..hihii
    jemput jpin giveaway miza ye ^ ^
    http://dorayakino.blogspot.my/2016/11/giveaway-miniature-photography-by-waza.html

    ReplyDelete
  3. warghhhh! beauty is pain..maksudnya sakit laa tu kan..
    hurmmmm.. husna nak pakai jugak.. tp tgh tunggu saving jap.. risaunyaa.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, save je dlu..mna tau kot2 nnti dh brsedia, ongkos dah ada..

      Delete
  4. tak sakit ke masa pasang benda ni dear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time psang xsakit pun cik itah..
      Sakit slpas psang je..haha

      Delete
  5. Sis in asa nit tau nk pasang..dh try g tanya harga..mak aih! Beribu ko! Pastu gigi sis JM rapat2 dr ckp kalau nk buat kena cabut beberapa batang gigi..adeh terus x jadi..

    ReplyDelete
  6. Kaalu mcm tu mmg kena mkn makanan lembut laaa daging ayam, daging kena elak sbb susah nk kunyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam ok g, daging mmg xdpt ler nk nolong..huhu..

      Delete
  7. Nak cantik kan kena tahan sikit laaa kan

    ReplyDelete
  8. Timm berapa kos pasang bracess tu eh

    ReplyDelete
  9. Sakit sgt pakai braces masa awal2. Masa pakai braces dlu almost setiap malam mengalir air mata gak lah tahan sakit

    ReplyDelete
  10. sy penah tgk room mate pakai braces dulu. dlm tempoh semggu dia trs nmpk kurus...dia kata sbb x byk mkn...mulut sakit... kesian dia...

    ReplyDelete
  11. Kak tim rasa sakit tak bila pakai ? Ada tak niat macam nak give up hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi klau dah giveup dik sebb lama2 pkai xrsa apa dah, hehe..

      Delete
  12. Akak brg2 pembersih braces nie nak dapat kat mane ea??

    ReplyDelete
  13. Akak brg2 pembersih braces nie nak dapat kat mane ea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. watson or guardian pun ada adik syazwanie, klau interdental brush DIY pun ada, lgi murah..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com