Thursday, November 10, 2016

Resipi: Kek Mentega Marble

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Lama dah tak post resipi masak memasak. 
Jom try buat kek simple :)

Bahan-bahan:

Bahan A:
250gm mentega/seketul mentega + 200gm gula kastor + 1 sudu kecil serbuk penaik/baking soda

5 biji telur
220gm tepung gandum
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar serbuk koko


Cara-caranya:
1. Campur bahan A dan pukul sampai kembang.

2. Lepas tu, masukkan telur satu satu, dah kembang baru masukkan tepung pulak sikit sikit dan esen vanila. Kacau-kacau bagi sebati,

3. Bahagi adunan kepada dua, satu adunan campur dengan serbuk koko, satu adunan lagi kosong.

4. Kaup balik adunan coklat bagi sebati. Dah settle, boleh sapu loyang dengan mentega dan lapik kertas minyak. 

5. Selang seli adunan original dengan adunan coklat. Cik Timm tambah dengan coklat coin, saja nak menambah hiasan.

6. Panaskan dulu ketuhar dalam 170C dalam 10minit sebelum masukkan kek. Bakar dalam 45minit atau sampai masak, selalu Cik Timm cucuk dengan cake tester atau lidi kat tengah kek nak tengok dah masak atau belum. 


Dah keluarkan, letak atas redai bagi sejuk, bolehla ngap dengan teh o panas petang-petang. Memang 'kick'!


Selamat mencuba! Ha, resipi Cik Timm cuba dari buku KEK MENTEGA: DULU & SEKARANG, karya NORBAINI RAHWI. Banyak lagi resipi kek mentega yang simple dalam tu, tapi memang senang buat!

9 comments:

  1. 1. Macam2 nama kek sekarang.
    2. Gambar profilr cantik.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. lauk lauk..yes sy boleh masak tapi kalau bab kek biskut ni semua memang sy fail haha..

    ReplyDelete
  3. senang tapi mood malas ada..susah nk buat

    ReplyDelete
  4. nice.. tapi saya x makan kek.. hahahaha..

    ReplyDelete
  5. serius lapar bila tengok gambar ni =)

    ReplyDelete
  6. cantik kejadian kek..lembut je nampak kalau makan mau tak hingat donia ni..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com