Friday, November 18, 2016

Resipi: Pesamah atau Rendang Besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pesamah? Pesamah ialah masakan yang selalu dihidangkan semasa kenduri di kampung pada zaman dahulu. Biasanya kenduri zaman dahulu mengamalkan konsep gotong royong dan masak beramai-ramai menggunakan kawah. 

Jadi, Cik Timm nak kongsi resipi yang akan mengingatkan anda zaman 80-an punya masakan kenduri! Tapi, lagi mudah dan cepat dengan menggunakan A'Needa Pesamah.

Bahan-bahan:

2 bungkus pes rempah A'Needa Pesamah
1/3 ekor ayam (dilumur garam dan kunyit dan digoreng suku masak)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
4 sekawan (kayu manis+cengkih+bunga lawang+buah pelaga)
200ml santan 
3 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Bahan kisar;
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara-caranya:


1.  Tumis bawang besar dan 4 sekawan sehingga garing dan naik bau.


2. Masukkan bahan kisar dan pes rempah A'Needa Pesamah. Tumis sampai pecah minyak, pastikan api perlahan supaya rempah tak hangit.


3. Masukkan ayam tadi dan tambah air kalau perlu.


4. Masukkan kerisik dan santan, kacau sebati. Kalau nak kuah lebih pekat, boleh renyeh lama sikit dan ikut citarasa masing-masing. 


5. Kemudian boleh tambahkan garam dan gula jika ada terlebih terkurang. Cik Timm dah tak masukkan garam dan gula sebab dalam pes ni semua dah lengkap!


Memang sedap pesamah ini dimakan dengan nasi panas, atau dicicah ketupat atau lemang! Lagi sedap kalau dipanaskan berulang kali.



Resipi ini lebih senang jika menggunakan pes rempah A'Needa Pesamah. Selain itu, cara penyediaannya telah pun disertakan dengan pes tersebut. Cuma, kami telah olah sedikit sesuai dengan citarasa sendiri. Jika ingin menggunakan daging pun boleh, cuma daging tersebut perlu diperap dengan rempah dan bahan kisar untuk rasa yang lebih umphh. 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pes A'Needa Pesamah boleh menghubungi,

Anieda Othman (Kak Ani) WhatsApp (013-534 5351)
atau
Rose WhatsApp (011-4038 4640)

11 comments:

  1. Pesamah?pertama kali dengar ni... :)

    ReplyDelete
  2. pergh.. rajin masak.. baru je tulis resepi cara nk buat kerisik.. hehehe.. ada dalam draf x publish lagi.. nk try jugak poblish entri resipi, khabarnya banyak permintaan di enjin carian.. heheeh
    dlu family saya buat perusahaan kerisik untuk dijual kepada peniaga pasar pagi sekitar kepala batas.. tu dulu la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. rajinnya masak.. gigi tu dah boleh pepak ke ayam semua tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, pha is dgn faiz zakaria ni bukan sama je ke..hurm..

      Delete
    2. eh, lain tu.. sapa entah faiz zakaria nih... blog pun lain..

      Delete
  4. sedap ni.. mintakla sikit hehhehe

    ReplyDelete
  5. first time dengar pesamah. rendang juga rupanya

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar pulak masakan pesamah

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com