Thursday, December 22, 2016

Bahaya biskut hipster berasap?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kecoh baru-baru ini apabila ada mangsa kanak-kanak yang melecur tangan dan tekak selepas menikmati sejenis jajan yang berasap.


Cik Timm pun macam, "Eh, ni makanan yang aku try waktu pi Pesta Pulau Pinang ni?"



Ya, Cik Timm dah pun cuba dragon cookies dari Dragon Labz ni. Dah lama teringin, excited tengok asap-asap dia. Dengan booth comel dia yang banyak lampu ala-ala disko. Seronok semua bergambar di situ dengan asap ala-ala Lady Gaga. 

Rasa biskut ni biasa je, manis ala-ala meringue atau pavlova tu. Seronok makan sebab keluarkan asap je. 
Isu ini Cik Timm rasa mungkin budak tu main cecair extra yang dalam cup tu kot. Sebab waktu Cik Timm beli pun, sisa cecair nitrogen tu still ada bawah tu. Memang berasap bila kami curah dalam air longkang. Sebagai orang yang ada pengetahuan sikit kan, memang tau benda tu bahaya. Tak payah lah gatal main benda gitu. Atau senang cerita, if parents beli benda gini, pantaulah anak-anak tu atau jangan bagi beli langsung..
Nak beli sekadar nak try tak salah kot. Bukannya hari-hari makan benda merapu gini. Bahaya atau tak kita serahkan kepada mereka yang lebih pakar, Cik Timm sendiri pun tak pasti. 


Dari pembacaan Cik Timm menerusi berita Astro Awani, cecair nitrogen tu perlu meruap sepenuhnya sebelum produk makanan itu dijual. Lagipun, penggunaan cecair nitrogen memang digunakan dalam industri makanan seperti ais krim. 
Jadi, selepas ini peniaga tersebut kena lebih berhati-hati dalam mengendalikan cecair nitrogen tu. 

4 comments:

  1. alamak...macam tak berani nak cuba

    ReplyDelete
  2. seelok ny pjual kena bhemat dlm pyedian mknn jenis ni. Tak smua tahu info mgenai cecair ni =)

    ReplyDelete
  3. sy baca berita je psl biskut tu... x tau apa2 info lanjut psl biskut ni...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com