Saturday, December 31, 2016

Kenangan 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah, 31 December 2016, hari terakhir di tahun 2016 sebelum melangkah ke tahun 2017. Ya Allah, sekejapnya masa berlalu!

Cik Timm nak throwback balik apa yang Cik Timm dah achieved untuk tahun ini.


JANUARI, FEBRUARI, 
Cik Timm berhijrah ke Kuala Lumpur sebab bekerja di sana. Dapat la merasa betapa lonelynya hidup dengan rutin harian kerja-kerja-kerja. Bayangkan dalam bas RapidKL tu benda paling best tidur. Pernah sekali sampai terlepas dari bus stop. Gelabah kau, nasib baik ada staff duduk area situ tolong ambik. Kekekeke..

Waktu ni kerja di outlet Pavilion, ehehe, macam-macam pengalaman kerja dekat sini. Dengan kerenah customer dari luar, dari Malaysia, dari retis-retis, bangsawan-bangsawan Brunei. Macam-macam..

Hari-hari rindu Kulim. Hari-hari rindu mak. Lain perasaan dia, dulu zaman study walaupun nun jauh dekat Sarawak, tak rasa sunyi sebab ramai kawan-kawan. Dah masuk alam pekerjaan ni, memang kau kena kuat untuk survive sorang-sorang. 

Aha, bulan Februari ada Annual Dinner company. First time pi event di Berjaya Times Square Ballroom. First time jugak tengok arak serve secara terbuka. No komenlah. 

MAC, APRIL, MEI
Bulan dimana Cik Timm membuat keputusan untuk resign kerja sebab mak kurang sihat. Tiba-tiba mak tak dapat nak bangun sampai kena pakai tongkat. Siapa tak risau kan, minta banyak kali untuk bertukar ke outlet utara. Kata tak ada kekosongan..

Cik Timm kurus sangat time ni, berat sampai 39kg! Makan banyak, tapi sebab stress banyak fikir kot..

Image may contain: 4 people, indoor
Outlet Nandos Pavilion lama, sekarang dah pindah lot pun :)

Secara kebetulan, tiba-tiba selepas surat resign dah bagi, boss luluskan untuk ke Pulau Pinang. Outlet paling dekat dengan rumah di Bukit Mertajam. Ya Allah, seronok dan lega sangat. Tapi memang jauh di sudut hati rasa berat nak tinggalkan Kuala Lumpur ni. 

JUN, JULAI,
Cik Timm dah bertukar ke outlet Pulau Pinang pulak. Tahun ni pun Cik Timm dapat berpuasa dengan keluarga. Rasa tak sunyi langsung sebab ada keluarga teman. Mak pun dah beransur sihat. Rasanya mak ni sakit bersebab tak mau berpisah dengan anak bongsu dia ni. Hmm, azam nak motor sendiri pun tercapai. Bolehlah dari tak ada dengan Honda Wave Alpha 110cc. Tak dapat Honda City, Honda Wave pun boleh, haha!

Buat pertama kali berjumpa dengan Team BU, atau Blogger Utara. Terima kasih sebab sudi berbuka puasa di Nandos teman Cik Timm yang tengah busy kerja. Maaf tak dapat nak layan sebab masih bekerja. 

Image may contain: 11 people, people smiling

Bulan dimana Cik Timm belajar tempek-tempek muka dengan make-up. Kahkahkah! Dah pandai nak transformasi kengkunun. Hihi, nampak tu dah makin matang sikit tu. Lepas tu, Cik Timm dah rajin balik nak ke dapur. Sebelum ni duduk KL, boleh kira dengan jari berapa kali ke dapur. Itu pun maggi semata-mata. Nasib ada abang yang terror masak. Belajarlah selagi termampu. 

Ogos, September, Oktober,
Pertama kali ber'shortvacay' dengan kawan-kawan di Pulau Pangkor. Seronok jugak ber'bagpacker' sekali sekala. Entry pi Pulau Pangkor tu pun tak habis-habis lagi. Punya pemalas nak update..haih,,


Masuk bulan Ogos dah setahun Cik Timm kerja dengan company ni. Buat masa setahun ni, dah 3 kali Cik Timm tukar bos dan outlet. 

Bulan September, dah officially umur masuk 25 tahun. Walaweh, mak kata umur mak gini dah ada 2 orang anak dah. Baik mak, hehehe. 

November, Disember,
Akhirnya, azam kedua dah tercapai sebab dah settle pasang braces. Yea, bertabahlah selama 2 tahun nak hidup dengan menatang ni ye. Beauty is pain. Nasib baik Cik Timm ada kawan yang pakai juga, dia lah yang bagi semangat dan tips semua. 

Diharap tahun 2017 akan membawa banyak lagi kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita semua 💖

11 comments:

  1. Ada suka ada duka kan... Moga Allah terus memberkati kita semua utk tahun2 akan datang...

    ReplyDelete
  2. tahun yang penuh dengan suka suka ye timm..selamat menempuh 2017.semoga lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  3. perkongsian mengenai 2016 yang menarik....

    tahun ni cuma dua kali bertemu timm....

    semoga azam 2017 tercapai

    ReplyDelete
  4. tak kira mn shj kita berada yg penting sentiasa jaga diri jaga maruah... slmt thn baru timm!

    ReplyDelete
  5. bestnya jumpa rakan blogger :)

    ReplyDelete
  6. btw..happy new year 2017 tim :)

    ReplyDelete
  7. good sharing.

    semoga tahun 2017 cik timm akan lebih bermakna, berjaya dan bahagia.

    ReplyDelete
  8. semoga 2017 akan dtg yg baik2 saje utk kite sume.. :)

    ReplyDelete
  9. happy new year, moga azam 2017 tercapai dgn melupakan azam 2016.

    ReplyDelete
  10. Hai cik timm
    Rindunya lama cik kumbang x conteng2 kat sini hihi

    Blum terlambat kot nak wish epy new year !!

    2016 byk pengalaman menarik bg cik timm kn
    Seronok bc
    Tringt zaman muda mudi hihi
    Terasa tua kejap :p

    Ehem ...
    mak dah bg hint da tu keh3 :D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com