Friday, May 27, 2016

Kuala Lumpur di dalam Kenangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cik Timm akan merindui kawan-kawan, staff-staff, adik-adik di Kuala Lumpur ni! Kurang seminggu lagi CiK Timm akan balik kampung dan mula bekerja dekat dengan rumah.

Bukan senang nak dapat pengalaman kerja di Kuala Lumpur. Sebelum ni, macam-macam perkara negatif di fikiran apabila orang sebut Kuala Lumpur. Alhamdulillah, macam-macam pengalaman pahit dan manis di sini. Jumpa orang yang bermacam-macam perangai. Aduhai, paling tak lupa dengan kerenah staff-staff sini.

Bermula di Nandos SOGO, semua staff perempuan. Macam-macam perangai, pakat-pakat melawa kalau bekerja. Lipstik merah tak pernah tinggal langsung, sampai manager pun kena paksa pakai. Dulu orang sebut SOGO 24. Sebab? Dari manager sampai ke assistant manager & management trainee macam Cik Timm umur 24. Sempat Cik Timm sambut birthday di sana dengan meriah di Officially 24.

Selesai training di sana, Cik Timm dipostingkan ke Nandos Pavilion. Agak culture shock sebab environment dia lain. Customer lain, staff pulak semua lelaki. Dekat sini lagi challenging sebab SALE agak gempak, customers lebih demand, dan hari-hari kena speaking omputih tu. Sangat tough dekat sini, sebab tukar boss lagi. Dah lama baru rasa selesa.

Dan, selepas ni tukar boss lagi. Dengar cerita boss yang lagi demand? Emm, its ok. Just be yourself dan gunakan segala ilmu di Palapes yang sentiasa kena torture mental dan fizikal. In Sya ALLAH. Jika betul niat kita, maka everthing will be ok kan?

 Adik adik yang akan sambung study, tak tau bila lagi nak jumpa.
 Sambil break sekejap, sempat lagi tu punya boring.
 Sentiasa rajin tengok midnight movie, mentang-mentang panggung wayang GSC atas je tingkat 5.
 Staff semua lelaki, manager-manager semua wanita. Memang pening kepala dibuatnya!
Tiba-tiba time rajin nak mengemas office yang macam sarang tikus. Lepas seminggu semak balik. Adoih..

Nampaknya tahun ini, CiK Timm akan berpuasa dengan keluarga lagi! Alhamdulillah. Rezeki dan nikmat yang Allah bagi tu. Tahun lepas, berpuasa di Secret Recipe. Tahun ini di Nandos pulak.

Perancangan Cik Timm selepas ini?

Just go on dengan apa yang ada di depan mata.

p/s: Kekadang rasa macam buat keputusan yang salah untuk transfer..
Read More

Wednesday, May 25, 2016

Wordless Wednesday @22: Cute Sweater Collections

Assalamualaikum & Salam Sejahtera









p/s: Cik Timm sangat gila dengan sweater!
Tapi belum ada koleksi yang rare macam ni, macam malu je nak pakai..
Read More

Kerana MLM, Sanggup Hilang Sahabat!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Cik Timm hari ni bangun tidur je rasa panas je ulu hati ni. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi sakit hati tu.

Ceritanya bermula apabila kawan lama mula contact Cik Timm dalam Whatsapp. Cik Timm pun dah lupa sejak bila Cik Timm berkawan dengan insan ni. Biasalah dulu bukan main aktif dengan media sosial. Cewi katakan..

Tapi kan, lain macam tau. Asyik nak ajak jumpa je. Macam tak menyempat. Dahlah Cik Timm ni kerja shif. badan penat, kekadang stress dengan kerja yang tak pernah habis.

Dipendekkan cerita, semalam Cik Timm bersetujulah nak jumpa. Sebab kononnya nak ajak Cik Timm pi makan dekat Boat Noodle. Siap nak datang ambik lagi. Wah, kita pun excited orang nak belanja makan. BELIAU tu pun bawak sorang lagi kawan perempuan dia. Apa salahnya kan, tengah-tengah bulan pulak. Hari ni pulak OFFDAY.

Dengan NOOBnyer, kami ke satu lokasi di area Menara H*A. Kawan BELIAU cakap ada barang tertinggal dekat Menara H*A tu. Si BELIAU tu pulak tengah cari parking kereta. Cik Timm dah mula KRIKRIKRIK. Hati ni dah mula tak sedap hati..

Kawan BELIAU bawak Cik Timm masuk office, dia tunjuk ada sijil-sijil KPDNKlah, lesen Perniagaanlah, ada Annual Month yang orang dapat hadiah..

Lepas tu kami naik ke Tingkat 2.

Sekali aku nampak orang dok bagi taklimat yang semacam je..

Cik Timm dah tepuk kepala, dalam hati dengan mulut ni memang maki semaki-makinya dalam HATI!

Orang sebelah, orang belakang, orang depan YA RABBI excited NAUZUBILLAH bila orang tu buat speech kat depan. Cik Timm dah rasa nak blah time tu jugak. Tapi kang, nanti nampak macam tak sopan pulak. Duduklah situ dengan muka NOOB blur..

Dalam hati Allah sahaja yang tau, berbakul-bakul DOSA Cik Timm semalam. Dah habis taklimat dalam pukul 10pm, perut Cik Timm laparlah pulak. Depa kenalkan Cik Timm dengan orang yang mungkin dah lama berkecimpung dengan bab-bab gini. Dia bawak Cik Timm round-round office, tunjuk jual barang apa dekat situ, ada siap Spa lagi, lepas tu tunjuk la ada beberapa manusia yang dah berjaya, orang tu siap bawak Hammer beb!

Cik Timm dah mula KRIKKRIKKRIK.

Habis pusing office, bawak pi Kedai Makan pulak. Dekat situ memang port depa rasanya. Ada sorang mamat NOOB baru join, dok tengok tengah isi borang. BELIAU tu duduklah semeja dengan Cik Timm. Cik Timm dah mula nak sound dia dah. 

"Saya dah bagitau awal-awal kan, saya tak suka benda-benda macam ni. Awak bawak saya tempat macam ni kenapa!?", Cik Timm dah mula nak sound dia ni dah.

Tetiba ada sorang mamat ni duduk sebelah Cik Timm mula nak membasuh Cik Timm. Tanya gaji, berapa duit bulan-bulan kasi family. Cik Timm tengah dok HANGAT hati. Ikut hati, nak kasi PELEMPANG je mamat ni. Dia cakap kerja Petronas dekat KLCC. Tapi, cakap pun macam orang terencat jer. Dia tunjuk slip gaji kerja, slip gaji join F****** lagi. Waulah amount dia kan, dekat 6K tu. Cik Timm pun dah mula perli, oklah dapat bagi famili rezeki yang HALAL.

Jam dah menginjak pukul 12pm. Cik Timm cakaplah Cik Timm kerja pagi esoknya. Tapi , depa ni macam tak ada tanda-tanda nak beransur pun. Telinga dah letih dengar benda yang Cik Timm memang tak berminat. Buat pertama kali Cik Timm dak dapat nak jado hipokrit langsung. Sebelum ni kerja, handle complain customers memang dengan hipokrit senyum comel. Malam semalam memang muka Cik Timm bengang sangat-sangat. 

Cik Timm Whatsapp staff suruh amik dekat situ, siap dah bagi Location bagai. Makin lama, makin sakit kepala stay lama-lama situ. Depa offer nak hantar Cik Timm balik, baru tanya, selesa ke Cik Timm lepak ramai-ramai macam tu. Gila LAME punya pertanyaan kau!

Kalau ikut hati yang kurang ajar, Cik Timm nak baling je duit dekat meja dan blah macam tu. Tapi, Cik Timm ni masih berperikemanusiaan. Biarlah, orang nak belanja minum kan. Cik Timm bagitau staff dah otw nak ambil Cik Timm balik. Muka Cik Timm time tu dah merah macam biji naga. Semua tengok Cik Timm macam takut je. Cik Timm cakap balik dulu. Terus Blah!

Sebelum balik, minta tolong staff bawak Cik Timm pi makan sat. Lapaq + tension. Pandai pulak kawan Cik Timm tu tanya, dah sampai rumah ke, ok je tak?

Terus Cik Timm call, free-free kena MAKI & cakap JANGAN CONTACT LAGI!

Pengajaran di sini,

Mungkin setiap kita ada minat masing-masing. Bagi golongan macam ni mungkin suka dengan cara mendapatkan rezeki cara ini. Yes, tak salah. Tapi mungkin cara itu yang salah. 

Btw, please respect orang lain. Dalam kes Cik Timm, Cik Timm sendiri dah bagitau, jangan nak kenalkan Cik Timm dengan benda macam ni. Cik Timm tak suka.

Lainlah kalau Cik Timm tak cakap, betul tak?

Kes semalam memang orang tu minta maki la kot, nasib baik tak bagi KAKI kan.

p/s: Jagalah selepas ni, kalau kawan lama ke, baru kenal ke, wat perangai spesies macam ni memang Cik Timm MAKI dulu kot.
Read More

Sunday, May 22, 2016

Shyfull Photography, Photographer Terbaik di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Majlis Perkahwinan, Akikah, Baby Shower, memang trend untuk mengupah jurugambar profesional kan?
Bagi yang tinggal di daerah Kulim, apa kata cuba ambil khidmat dari Abang Shyfull ni,

Orangnya sporting dan bersahaja, cuma kalau betul-betul nak Abang Shyfull or sifunya sendiri yang ambil gambar, silalah tempah awal-awal ye. Macam-macam pose kami minta Abang Shyfull, dia pun ikut saja ha, sporting habis!

Ini adalah sedikit contoh gambar dari Majlis Perkahwinan Mas & Fuad yang Cik Timm attend minggu lepas.

photographer, kulim, kedah

kulim, kedah, photography

kulim, kedah, photographer

kulim, kedah, photography

kulim, photography

photography, kulim

kulim, photography

kulim, kedah

photographer, kulim, kedah

Nak gambar anda cantik dan gorgeous macam ni jugak?
Apa lagi, cepat-cepat contact Abang Shyfull untuk tempahan!

Untuk dihubungi:

Facebook: Shyfull Suzie
WhatApps: + 6 0111 888 5008
Call: +6 017 416 2001
Wechat: Shyfull-2529
Emel: Shyfull6111@gmail.com
Alamat: NO. 534 Jalan KS/8 Kulim Square,
09600 Lunas, Kedah.

p/s: Dapat murah kan Abang Shyfull, letih jadi Lighting GIRL tau..haha!
Read More

Saturday, May 21, 2016

Bridesmaid? Layakkah Aku..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh: 14 Mei 2016, Sabtu
Lokasi: Dewan Putra Kulim
Event: Majlis Perkahwinan Mas & Fuad

Bayangkan Cik Timm sanggup ambil cuti sehari sahaja semata-mata untuk ke majlis perkahwinan beliau ni. Bukannya apa, dah berjanji. Kesian kawan tu dah excited tempah baju, tudung, ..

Selepas Cik Timm balik kerja, terus ke TBS ambil bas yang paling cepat ke Kulim. Walaupun bas paling cepat, disebabkan banyak betul dia berhenti. Sangat lewat Cik Timm sampai, pukul 3 am! Cantik sangatlah tu, TBS - kULIM, 7:30 - 3 AM..

Esok paginya, mata dah mula macam panda..
Pukul 1.30pm baru CT ke dewan kenduri. Dengan jubahnya, shawlnya, selamba badak CT naik moto Kriss. Pelik je orang ushar-ushar gadis ayu muslimah merempit. Haih..
Dekat sana baru jumpa dengan 4 orang lagi bridesmaid. Itulah ceritanya excited kena balik jugak untuk ke kenduri sebab dah jadi bridesmaid. Hahaha!
Sepatutnya ada 7 orang bridesmaid, tapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielak, tinggal kami ber-5 saja. Photoshoot pun tak semua ada, indoor pulak tinggal 3 orang sahaja.
Pengantin bergambar, kami pun sakan dok berselfie. Nasib baiklah sebelah Dewan Putra Kulim punya scene cantik, untuk outdoor photoshoot kami ke sebelah je. Dekat dan cepat kerja siap. Jadilah lighting girl CT kat situ. Tolong abg Shyfull photographer tu, lepas ni kalau nak guna pakej abg Shyfull dapat murah lanie. *gelak jahat, huahuahua
Suka sangat dengan jubah yang Mas pilih ni, betul-betul ngam dan cantik flowy, tak jarang pulak tu. Punya dahsyat sampai boleh bawak baik motor tau!
Dah petang dalam pukul 6pm, selesai photoshoot, dah siap teman pengantin semua. CT pun beransur pulang. Sebelum balik, singgah Kulim Landmark Central dulu cari barang dapur sikit. Memang WAULAH CT berjubah gitu bershopping di Giant. Muslimah sangat masa tu, hahaha!!
Esok pagi, CT terus bertolak ke KL, sebab CT kerja shif petang T__T
Sanggup kan..kawan punya pasal..

TAHNIAH MAS!
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR USIA!
Terima kasih untuk semua pengalaman manis kita di Secret Recipe dulu!
Read More

Sunday, May 08, 2016

Selamat Hari Ibu MAK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Keliru! Itu sahaja luahan hati Cik Timm sekarang ni. Semalam boss besar, Mr. R turun untuk berjumpa CT berkenaan keputusan CT untuk resign. 

Sekali beliau offer untuk transferkan Cik Timm branch restoran yang dekat dengan rumah, Memang itulah impian CT sepanjang posting di Pavilion ni. 

Tetiba rasa keliru pulak dengan keputusan sendiri, sama ada CT nak resign jugak atau stay. Sebab Mr. R tanya,

"Kalau saya transfer awak ke area Aeon Bukit Mertajam, awak jadi resign tak?"

Aku, krikkrikkrik kejap..

"Ok, saya tak jadi resign..", dengan angkuhnya, kembang kempis hidung hah..

Sepanjang CT buat kerja semalam, kepala rasa tak tenang menunggu hari Isnin atau Selasa minggu depan. Penentuan sama ada CT akan kekal kerja dengan company ni atau resign. 

Lepas tu, Cik Timm fikir balik, sebab utama untuk Cik Timm resign adalah,

 Untuk menjaga mak!

Sebelum ni, waktu study tak rasa apa-apa pun walaupun sentiasa tak lekat di rumah. Ke asramalah, Perlislah, Sarawaklah..

Tapi, bila dah mula bekerjaya ni rasa semacam. Mak pulak selalu call waktu CT mula-mula ke KL ni, pelik  bin ajaib tau. Dulu jejauh kat Sarawak mak tak pernah call pun. Lagipun, Cik Timm ni memang pelik sikit. Tak macam orang lain, sentiasa call mak, call family. Cik Timm memang jenis sendirian berhad. Ada hal penting saja baru call.

Luluh kot rasa hati CT waktu balik emergency minggu-minggu lepas, mak tanya,

"Maksu nak balik dah ka?", fuh, merentap sanubari bila mak tanya gitu oii..
mother's day, selamat hari ibu

SELAMAT HARI IBU MAK! 
Ini je pengorbanan yang mampu Cik Timm buat, Cik Timm tak mampu nak bagi rumah banglo, kereta ke, memang tak mampu lagi..minta maaf mak selalu abaikan mak..

p/s: touching dengan entry sendiri..huhu..huwa!!!
Read More

Friday, May 06, 2016

Klinik Idzham vs Klinik J....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

klinik idzham, pandan jaya, klinik, ubat

Cik Timm sangkakan beli ubat sendiri di farmasi, hilanglah selsema ni. Walaupun cuti hari ni, CT tidur sepanjang hari sebab kepala berat. Malamnya, kepala rasa semacam je..

Tak boleh jadi ni, CT ke Klinik Idzham. Siapa cakap produk melayu tak bagus? Lagi bagus CT ke klinik ni waktu sakit perut hari itu. Harga pun murah dari klinik tersebut, servis pun bagus. Patutlah ramai orang ke klinik ni dari yang satu lagi tu..
klinik idzham, klinik 24jam
Doktornya melayu, Dr Khairanizam, dia cakap tekak dah merah & paru-paru banyak lendir. Jangan minum ais dan air buah. Dengan muka blur, 
"Air buah pun tak boleh eh??,"
"Ye, tak BOLEH! Lepas ni berpantang sikit..,"
>..<
"Ok..," dengan muka seposen.
Kejap je jumpa dalam 5 minit. Cuma nak menunggu masuk bilik doktor & ambil ubat lama sikit, sebab agak ramai di klinik walaupun dah lewat malam. Ramai orang sakit sekarang ni. Nak tau pengasas Klinik Idzham, cer ke sini.
p/s: Cik Timm tidoq dulu, semua perkataan dah jadi macam dua...
Read More

Wednesday, May 04, 2016

Wordless Wednesday @21

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


p/s: asyik makan luar je..
Read More

Sunday, May 01, 2016

Best Movies in May 2016 | SHOULD WATCH!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gaji dah masuk walaupun lambat >..<
Benda paling Cik Timm suka dikala hidup di KL ini adalah menonton wayang.

Antara cerita yang Cik Timm excited nak tengok adalah;

1. Marvel's Captain America: Civil War

2. The Huntsman: Winter's War

3. Fan

4. Ada Apa Dengan Cinta 2
 

Ada banyak lagi cerita di panggung wayang bulan ni, Tapi, cuma 4 ni saja yang masuk dalam list *KENA TENGOK. Hahaha!

p/s: Selamat Hari Buruh, 
aku rasa dah kerja macam buruh kasar je sini, sabar,,
2 bulan saja lagi..
awak kuadd..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com