Wednesday, June 15, 2016

Cabaran | Gadget Idaman Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bermula cabaran kedua, iaitu Gadget Idaman.
Gadget eh, dulu teringin sangat dengan Iphone. Tengok macam wau dan bangga je dapat guna. Agaknya mentaliti zaman remaja kan, seronok tengok orang berselfie depan cermin dengan lambang apple yang kena gigit seciput tu kan, hehe..
Jadi, Cik Timm teringin nak telefon pintar yang camera cantik, tak terlalu besar tapi nampak style!
Akhirnya, Cik Timm sudahpun dapat apa yang diidamkan, iaitu Asus Zenfone Selfie!
Cik Timm beli pun sebab nak reward diri sendiri sebab dapat kerja baru, lepas tu sepanjang kerja di Secret Recipe tak pernah nak belanja diri sendiri sebab tak tau nak beli apa. Macam krikkrikkrik kan..
Time beli pun waktu dia baru release, jadi harga dia memang boleh tahan, RM1OOO+. Kalau sekarang ni, RM800+ pun dah boleh dapat.
Ini antara features;

Sumber: GSMARENA
Sebab itulah CT jatuh hati dengan phone ni. Alhamdulillah, CT dah guna phone ni dari tahun lepas, sampai sekarang masih ok dan tak pernah 'hang', kekadang je kalau tak on wifi or data, lepas tu Whatsapp masuk berduyun-duyun..
Sesungguhnya, sekarang Cik Timm pencinta ASUS!
Hopefully Asus akan mengeluarkan produk-produk lain yang berkualiti supaya mata CiK Timm akan bertambah rambang dan mula memasang angan-angan untuk gadget baru. Hehehe..
Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman
Read More

Tuesday, June 14, 2016

Resipi: Sambal Kicap Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Suka dengan sambal kicap?

Cik Timm nak kongsikan satu resipi sambal kicap yang simple tapi memang sedap makan dengan nasi panas atau bubur kosong. Terangkat tau!

Bahan-bahan:
1 tangkai cili merah
10 tangkai cabai melaka*cili kecik yang pedas tuu..
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Kicap manis
Kicap masin*lagi sedap kalau kicap masin
Sedikit garam dan gula
Sedikit jus limau


Cara-caranya:
1. Cili merah + cabai melaka + bawang putih goreng dulu dengan sedikit minyak sampai layu.
2. Bawang merah pulak kita potong kicik-kicik dulu goreng macam buat bawang goreng tu.

3. Dengan menggunakan blender, masukkan semua bahan. Campur dan blend jer..

4. Ikutlah tahap mana nak bahan tu hancur. Siap!


Memang sedap sangat sebab ada bawang goreng, rasa crunchy-crunchy pedas. Semalam makan dengan nasi panas dan sayur fucuk. Hari ni makan dengan kanji or bubur. Memang bertambah-tambah!



Paling bestnya sambal ni tahan lama sebab kita dah goreng semua bahan dia.

Selamat Mencuba!

Kawan-kawan blogger semua berbuka dengan juadah apa hari ni?
Read More

Monday, June 13, 2016

Cabaran | Rumah Idaman Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rumah impian Cik Timm!

Cik Timm suka rumah di kampung yang jauh dari kesibukan kota. CiK Timm suka rumah yang comel, dan tak terlalu besar. Nanti penat nak mengemas.

Zaman CT kecik-kecik dulu, selalu beli buku matematik yang kotak-kotak tu. Lepas tu lukis pelan rumah idaman. Kadang-kadang lukis nak rumah banglo 3 tingkat, kadang-kadang lukis rumah kampung. Jadi gitu pun sebab terpengaruh dengan majalah Anjung Seri. Berkobar-kobar nak jadi interior designer tau.

Sekarang ni suka layari laman web yang jual atau sewa beli rumah, macam Mudah, iProperty, mana tau satu hari nanti ditakdirkan berpeluang ada aset rumah sendiri!


Abang Cik kat rumah ni pulak suka bawak Cik Timm pusing-pusing kalau ada kawasan rumah baru dibina. Pelik kan hobi masa lapang kami dua ni T__T

Lepas tu, punya minat dengan hiasan rumah ni, Cik Timm masuk group Deco Rumah Ku Syurga Ku. Lagi gila, hari-hari member group post gambar hiasan and deco rumah diorang yang cecantik. Adoi, Cik Timm mampu buat halwa mata jer la. Nak hias rumah lebih-lebih tak sesuai sebab rumah kampung kan. 

Ada satu gambar rumah yang Cik Timm dapat dari Facebook, cantik sangat. Lupa sumber dari mana,

Kalau CiK Timm dapat rumah ala-ala macam ni, tak keluar rumah pun tak apa. Hehe..

Kawan-kawan blogger yang lain pulak?
Ada rumah idaman tak?
Jangan lupa untuk berkongsi dengan Cik Timm eh!

Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman
Read More

Sunday, June 05, 2016

Cabaran Entry | Idaman Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disebabkan kemalasan dan idea yang tiada untuk menulis entry, bulan ini CiK Timm nak pastikan ada juga entry.
CiK Timm nak pastikan ada entry ini untuk bulan Jun;

Cukuplah dengan 4 ini saja, nak tulis satu pun dah menggigil tangan macam kena Parkinson tau. Kesabaran jelah.
Kalau sesiapa nak join pun boleh, silakan. Jangan lupa komen dekat bawah, boleh CiK Timm baca jugak story anda.
Selamat Mencuba!
Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com