Wednesday, July 27, 2016

Review: Bekam Queen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Tau kan kesihatan sangat penting sebab tak boleh dijual beli. Walaupun duit kita berlungguk sekalipun, if kesihatan tak dijaga. Free-free je duit melabur untuk rawat penyakit.

Jadi, mencegah lebih baik dari mengubati kan.
Di sini Cik Timm nak share tentang BEKAM.

Bekam ialah salah satu cara membuang toksik dari badan dengan menggunakan kaedah mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Selain itu, ini juga adalah salah satu kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Antara kebaikan berbekam adalah;
Cik Timm pun pertama kali try bekam minggu lepas menggunakan perkhidmatan Bekam Queen. Benda paling best adalah Cik Timm tunggu dekat rumah je, Bekam Queen datang terus ke depan pintu! Orang yang buat rawatan ni Kak Dewi, tak payah risau sebab beliau adalah jurubekam klinikal, mentee dari Prof Dr. Aziz Al Safi Ismail yang merupakan pengasas Neo Beqam.

First impression Cik Timm, bekam ni agak menakutkan sebab tengok dalam gambar Google, darah-darah keluar, macam scary je..

Semasa rawatan, memang tak rasa sakit langsung. Macam gigit semut je. Mula-mula rawatan adalah bekam kering, proses untuk mengeluarkan angin. Lepas tu, baru bekam basah, kulit tadi tu dicucuk dengan jarum steril pastu disedut dengan cupping set. 

Antara alatan yang digunakan;

Cik Timm punya rawatan menggunakan 7 cup, darah kotor pun banyak jugak keluar. Nampak tu, tak semestinya badan kurus kering, fit nampak sihat. Dalaman kita tak tau!


Jadi, kepada orang-orang Kulim especially hanya untuk wanita, apa kata try Bekam Queen. Harga pun berpatutan dan kesannya pun sangat bagus!


Untuk keterangan lanjut, anda semua boleh ke,
Facebook: Bekam Queen



Alhamdulillah, Cik Timm sekarang dah rasa badan ringan. Boleh bekerja dengan badan yang fresh, almaklumlah, Cik Timm kan kerja shif. Memang memenatkan..InSyaAllah Cik Timm nak jadikan amalan berbekam ni satu rutin setiap bulan. TQ Kak Dewi sebab memperkenalkan bekam!


p.s.: pernah try bekam dak? hoho..jom share kesannya..
Read More

Sunday, July 17, 2016

Tips: Newbie untuk Pemakaian Contact Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, Cik Timm dah mula berjinak-jinak dengan contact lens berwarna. Diingatkan tak semua orang sesuai untuk memakai contact lens. Tak sesuai disebabkan pemakaian contact lens atau kanta lekap ni memerlukan penjagaan yang rapi, perlu jaga kebersihan.


Pernah terjadi satu kejadian kawan Cik Timm sendiri sewaktu study dulu, mata terkena infection dari kanta lekap. Seminggu warded dalam hospital. Semuanya jadi gara-gara tangan tidak dicuci bersih selepas kelas di makmal mikrobiologi. Kuman bakteria yang kami buat eksperimen dalam makmal transfer dari tangan ke kanta sentuh dan mata!


Bahaya kan?


1. Jadi, Cik Timm berjumpa dengan pakar optometri dulu sebelum mencuba kanta lekap di Kristal Optometrist. Cik Timm memang recommend orang sekitar Kulim ke sini sebab servis dia memang best, pemeriksaan mata dia pun terperinci. Semua masalah mata, rabun, silau semua dia dapat detect. Rupa-rupanya Cik Timm mempunyai masalah silau..


2. Sentiasa membersihkan tangan sebelum menggunakan kanta lekap. Selepas tangan kering, sapukan tangan dengan solution kanta lekap.


3. Jangan pakai kanta lekap sewaktu tidur dan lebih dari 8 jam. Mata pun perlukan rehat jugak.


4. Sentiasa membersihkan casing kanta, dan kanta lekap sebelum memakai dan selepas pemakaian.  


5. Jangan membeli kanta lekap yang diragui. Contohnya yang terlalu murah, ataupun tak original. Better beli di kedai cermin mata. Kanta lekap ada bermacam-macam jenis, yang jenis layer, jenis tak layer. Kita pun tak pasti sama ada sesuai atau tak dengan mata kita.


6. Memakai kanta lekap sebelum bersolek. Supaya tangan kita bersih dari bahan-bahan kimia dalam produk kosmetik. Lagipun tak la cacat mascara sebab dok tenyeh-tenyeh dengan jari nak bukak mata besor!


Antara bahan-bahan lain yang perlu ada;


Dua koleksi lens yang Cik Timm ada;



Jadi, terpulang kepada anda sama ada untuk memakai ataupun tidak. Cik Timm pun pakai kanta lekap sekadar suka-suka untuk mencuba. Sebab Cik Timm ni ada fobia dengan benda yang dekat dengan mata. Sangat sensitif! Paling bermasalah kalau orang nak makeup dekat mata. Menjerit je lebih dengan mata terkebik-kebil. Tapi, Cik Timm berjaya pakai kanta lekap. Itu pun dengan teknik dari vision consultant, huahuahua!!
Read More

Saturday, July 16, 2016

Senarai Barangan Makeup Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Sebagai seorang perempuan mesti ada seketul dua barangan kosmetik kan?


Seganas-ganas Cik Timm pun, Cik Timm ada juga barangan makeup. Tengok video kat atas rasa berpinau-pinau mata tau.


Tapi Cik Timm ada 6 barang je;


1. CHRISZEN 2 IN 1 Moist Cake 02


2. MAYBELLINE Clear & Smooth Pressed Powder 03 Natural


3. SILKYGIRL Eyeliner Pen Black


4. MAYBELLINE Hyper Curl Volume Express Very Black


5. SILKYGIRL Moisture Balm Lipcolor 07 Cherry


6. METHOLATUM Lip Ice


Cik Timm orang yang simple jer, sebab tak reti bab-bab makeup ni. Cik Timm mula membeli benda-benda ni pun sebab kerja F&B nilah. Perlu nampak sentiasa segar dan cantik. Cantik kerr....


Tips Cik Timm, lipstik tu blusher, lipstik tu jugak eyeshadow. Senang, simple jer, tak payah fikir banyak dan jimat. Eyebrow? CiK Timm tak perlu kot sebab kening dah lebat. Hahaha!!


Hampa pulak, apa senarai barangan makeup yang ada?? 
Cer sharing-sharing, nak tengok jugak.
p/s: Teringat BOS dekat KL, selalu Cik Timm kena berleter sebab bibir tak merah, hehehe..

Read More

Friday, July 15, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Akhirnya..


Baru bercuti Raya, alhamdulillah.


Letih sangat, sale tinggi, customer ramai, jaga kedai lagi. Seriously, I need a break. 
I'm stress out, letih, penat, macam-macam lagi.




So, selamat bercuti for me. Walaupun orang lain dah habis feel mo0d raya dan mula bekerja.


Selamat Hari Raya Aidilfitri !
Read More

Tuesday, July 12, 2016

Resipi: Biskut Almond London

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bahan-bahan A:



250gm mentega *sebiji butter Farmcows
160gm gula
1 biji kuning telur Gred A *2 biji kuning telur Gred C
1 sudu teh esen vanila
150gm badam kisar
60gm tepung jagung
Kacang almond

Bahan B:
Coklat masakan Beryls
Badam cincang
Mentega*agak-agak untuk cairkan coklat
Acuan cup comel

Cara-caranya:
 1. Mentega + gula putar sampai sebati.

2. Masukkan kuning telur + esen vanila putar sampai sebati jugak. Biskut ni guna tangan je, tak payah mesin, tapi disebabkan malas..

3. Masukkan badam kisar + tepung gandum + tepung jagung.

4. Kepal-kepalkan guna tangan macam bentuk oval, dan susunkan.

5. Panaskan ketuhar selama 10 minit. Bakar sampai masak.

6. Lepas tu, panaskan coklat Beryl's menggunakan kaedah bain marie. Campurkan dengan mentega jugak, kacau-kacau sampai cair.

7. Lepaih biskut tu sejuk, celup-celup dengan coklat masakan. Transfer dalam paper cup comel, hiaskan dengan badam cincang.

Done! 

Cik Timm jenis buat biskut dalam tu dulu, simpan dalam container kejap-kejap. Lepas tu, esoknya baru celup-celup. Hehehe..selamat mencuba!!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com