Thursday, October 27, 2016

Cara Mengaktifkan Kad Melalui Maybank2u

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ha, sambungan dari entry ini Cara Menukar Kad Debit Online, semalam Cik Timm dah terima kad baru melalui pos.  




Sekarang, kita nak aktifkan kad baru pulak. Ada 2 pilihan boleh try, guna Maybank2U ataupun mesin ATM. Dah alang-alang duduk rumah je kan, guna je MaybankU2.


1. Masuk MaybankU2 dan Log In akaun anda.


2. Pilih --> Card Management.
3. Pilih --> ATM/Debit Card
 
4. Cek dulu no. 4 digit belakang kad baru dengan kad lama. Pastikan betul, baru Tekan --> Activate Now

5. Lepas tu, masukkan 8 digit terakhir kad baru anda. Tick kotak cumil tu, Request for TAC. Tunggu no. TAC send ke message. Masukkan no. TAC dan settle!


Selamat Mencuba!
Read More

Thursday, October 20, 2016

Semakan Senarai Hitam PTPTN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bayar punya bayar, akhirnya Cik Timm dah terlepas dari senarai hitam PTPTN. Alhamdulillah. Untung ada kawan sendiri kerja dengan PTPTN. Bolehlah tanya kalau ada sebarang kemushkilan kan.


Kalau nak check boleh ke sini;
Semakan Senarai Hitam PTPTN
Masukkan maklumat yang diminta tu, klik HANTAR


Lepas tu, boleh klik untuk Jabatan Imigresen Malaysia, nak check kita boleh ke luar negara tanpa halangan ke, ada problem ke. Bulan-bulan lepas Cik Timm check memang ada problem. Tapi sekarang dah TIADA HALANGAN. Yea!

Untuk PTPTN pulak, Cik Timm dah tak disenaraihitam dah. Lega..

Settle bayaran yang tertangguh dan tertunggak. So, lepas ni Cik Timm boleh bayar ikut jadual yang ditetapkan. Alhamdulillah..

p.s. untuk anda-anda kat luar sana yang ada kemusykilan, bolehlah berjumpa pegawai PTPTN, dah banyak kiosk yang bukak. Dekat AEON Bukit Mertajam pun ada kiosk satu..
Read More

Wednesday, October 12, 2016

Cara Menukar Kad Debit Maybank Online

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kekangan masa kerja sekarang buat Cik Timm malas nak beratur di Maybank untuk mendapatkan kad baru. Jadi Cik Timm guna online je. Ada dua cara sekarang ni, nak tukar kad ada gambar sendiri atau yang biasa. Cik Timm dah apply untuk bergambar punya, tapi kita kena ambil sendiri kad tu di branch yang 'TERPILIH SAHAJA'. Disebabkan branch Kulim tak tersenarai, jadi Cik Timm malas dan apply kad biasa je. 

1. Log in dulu Maybank2U.


2. Tukan gambar sebelah kiri bawah tu..

3. Pilih ATM/DEBIT CARD..

4. Bagi dia email dengan alamat, cek tengok semua betul ke tak. Selepas bagi verification TAC, dah Successful dalam masa 14 hari sampailah kad baru. 

Cik Timm pun kena tunggulah kad baru ni. Stay TUNED!


Read More

Sunday, October 09, 2016

Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Rutin harian bekerja je, akhirnya Cik Timm mintak cuti weekend ni untuk join Hari Sukan Negara. Tahun ni peringkat negeri Kedah buat di Kulim. Memang dekat dengan rumah, rugi tak join. 


Cik Timm pi pun bukan sekadar melawat je, Cik Timm join Aerobathon. Aerobik selama 2 jam. Haha! Semangat tau sampai beli baju hari sukan negara online dan kasut sukan. 


Orang sangat ramai, macam semut hurung gula. Kiranya memang meriah, paling ramai bebudak sekolah. Dengan persatuan-persatuan macam-macam sekitar Kulim ni semua join pagi ni. Semangat semuanya pakai baju sukan. Agaknya bahang sukan olimpik dan paralimpik masih terasa kot. 


Pelancaran hari sukan negara dimeriahkan lagi dengan skuad bola sepak Kedah turun padang. Hahaha! Memang tak dan nak beramah mesra sebab orang sangatlah ramai. Lagipun join competition pulak, huwaa!!

Gambar ni je yang mampu -__-"

Selepas dirasmikan, baru semua game boleh start. Ada banyak lagi game dan booth yang ada, bola jaring ada, explorace, futsal, cabutan bertuah, kiranya memang banyak aktiviti boleh join. 



Setelah struggle bawah panas selama 2 jam, dan break dalam 5 minit setiap setengah jam sebab tukar instructor, berjaya jugak Cik Timm! Yea! Dari reramai yang join, tinggal bape ketul je. Kesannya muka burn gila, sampai hari ni pedih muka. Jenuh letak moisturizer dekat hidung. Huhuhu..

Memang berjaya Hari Sukan Negara tahun ni, sebab ramai yang join kan? Diharap tahun depan Cik Timm dapat join lagi walaupun akan dibuat di kawasan lain pulak. :)

Cerita anda? Jom kongsi kat sini, nak jugak tau hampa semua buat apa weekend-weekend ni.
Read More

Wednesday, October 05, 2016

Wordless Wednesday @23

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Read More

Saturday, October 01, 2016

Officially 25 yo!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah, masih bernyawa dikala tahun menginjak ke 25 pada 29 September lepas!


Terima kasih diatas semua ucapan dan doa anda sekalian.

Tengs Sir belanja di Vivo, sangat-sangat craving spagetti, hehehe..

Diharap tahun-tahun yang akan mendatang, Cik Timm makin matang, makin pandai masak, mula nak buka hati ke, kerjaya makin stabil sikit, dan sentiasa sihat!


How time flies, ni cerita tahun lepas --> Officially 24yo . Masih juga sambut hari lahir di Nandos, cuma tempat je berbeza, di Sogo. Tahun lepas masih blur-blur sebab masih dalam training. Teruk kena dengan staff sana sebab ganas-ganas. Staff sini fikiran masih suci murni. Hahaha!

Baca balik azam tahun lepas. confirmation kerja dah dapat. Motosikal sendiri pun dah dapat, satu je lagi yang belum. Braces belum buat, haha! Tengoklah kalau rajin, kekeke..


p.s. aku ni masih nak mencari kerja lain ke? hurm...
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com