Sunday, January 08, 2017

Bagaimana Cara Ibu Bapa Menyemak Keputusan Peperiksaan Menggunakan SAPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
SAPS? Gapo dio tu? Ok, SAPS adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. 
Sekarang semua dihujung jari kan, ibu bapa pun senang nak pantau keputusan peperiksaan dengan hujung jari. Kan senang, zaman Cik Timm dulu-dulu, gagah bawak balik buku kaler biru (report card) dekat arwah ayah untuk tandatangan. Dapat keputusan matematik teruk, confirm kena marah dengan arwah. HAHA! Agak-agak macam takut nak bagi parents baca, pulun tipu sign, ngeh-ngeh-ngeh. Tapi Cik Timm tak pernah buat tau! 😀
Seiring dengan zaman teknologi sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online untuk menyenangkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan. Sistem ini adalah Sistem SAPS Ibu Bapa khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. 
Sebelum adanya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu menghadiri sesi tandatangan report card untuk memeriksa keputusan anak-anak selepas  musim peperiksaan. Dengan ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing, hal ini memakan masa dan tenaga.
Sistem SAPS juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), NKRA pulak National Key Result Area. Dengan adanya sistem ini, pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan dapat menyimpan data dan menyenangkan proses untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara kita!
Untuk check secara online, boleh klik di sini --> SAPS Ibu Bapa
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda menerusi laman web tersebut supaya tidak terjadi masalah website down ataupun Laman tidak dapat diakses. Cuma klik laman di atas dan ikut arahan yang seterusnya. 
Kalau nak guna dari website lain pun boleh, tapi lebih sukar kerana server lain yag menamung pengguna yang lain dalam satu masa. Diharap dengan website diatas lebih memudahkan anda semua untuk menyemak keputusan peperiksaan ank-anak anda. 
Selain itu, Saps Semakan Ibu Bapa boleh juga diakses melalui online. Antara maklumat yang anda dapat check adalah keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid Darjah 1 sehingga murid Tingkatan 5. Paling menarik, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. 
Dengan wujudnya sistem ini, anda sebagai ibu bapa mampu untuk menjadi lebih prihatin dengan tahap pendidikan anak-anak anda. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan teknologi yang sedia ada dengan sebaiknya. Diharap dengan adanya sistem ini, tiada lagi masalah murid yang tercicir dalam pelajaran atau sorok keputusan peperiksaan. 
Semoga artikel ini akan membantu orang ramai tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini. 

1 comment:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com