Friday, January 27, 2017

Pengalaman 60 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



11.01.2017: 2nd appointment dengan klinik gigi. Doktor cuma tukar getah je. Kali ni Cik Timm pilih warna pink. Tapi dalam gambar macam ungu pulak. Hehehe..

Kalau nak tau getah ni boleh bertukar warna kalau kita tak jaga makan. Hehehe. Dua bulan pemakaian gigi bawah di tengah-tengah mula align. Tapi, tak dapat nak bersusun elok selagi Cik Timm tak cabut gigi sebelah kiri. Kiranya gigi Cik Timm masih berlapis-lapis. 

Doktor Juliana suruh settle cabut gigi next week. Tapi Doktor tak ada sebab pi bercuti, jadi akan ada doktor ganti.....


24.11.2017: Cik Timm offday, memang bersiap awal untuk ke klinik gigi. Sekali encik Njoi nak datang rumah pasang pagi tu. Terlambat Cik Timm pi klinik, memang berjanggut tunggu sementara nak sampai giliran. 


Cik Timm tengok hari tu semua patient datang untuk rawatan cabut gigi. Nasib baik la ruang menunggu ada tv, bolehlah layan dulu sambil layan kecut perut nak cabut gigi. 

Doktor ganti lelaki, alahai, makin takut Cik Timm dibuatnya. Sakit betul ubat bius yang dicucuk di lelangit sampai pembantu tu pegang bahu Cik Timm. Berair mata Cik Timm, malu pulak. Dalam 5 minit baru doktor pulas-pulas gigi ni hah. Gigi bawah senang tercabut, gigi atas mak aih, degil nauzubillah sampai terbang gigi Cik Timm dibuatnya 😖


Kali ni darah memang banyak keluar, otw balik rumah naik motor memang darah tak menyempat-nyempat. Orang ushar pelik je budak sorang ni. Balik rumah Njoi sudah pun settle dipasang. Sakit + nyilu punya pasal dengan gigi, Cik Timm tidur je depan ruang tamu tu sementara tunggu Njoi loading dalam 2 jam, baru dapat siarannya. 

Petang sikit minta tolong Abang Cik belikan aiskrim untuk surutkan bengkak. Baru boleh makan benda-benda lain. Sakit gigi ni bukannya apa, serang kepala sekali tau macam migraine jadinya. Huhu..

Berminat dengan braces jugak? Tapi tak tahu nak sediakan kos? Boleh ke entry kos pemasangan braces yang perlu anda tahu. Ini je yang Cik Timm dapat bantu. Kalau rajin boleh selak-selak entry Cik Timm yang terbaru. Banyak cerita pasal memula Cik Timm pakai benda alah ni sebab ramai tanya benda yang sama. Hahaha!

11 comments:

  1. member pernah pakai dy kata rimas...

    ReplyDelete
  2. faham sangat perasaan ni...lagi-lagi kalau cabut lebih dari sebatang. Kalau tak telan painkiller memang tak boleh tido

    ReplyDelete
  3. wah..i br seminggu je pakai braces.oh..kene cbut gg jugk ye..even dh pakai braces.sakit nyer...:(

    ReplyDelete
  4. ini part paling tak best ni.. nak kena cabut plak.. wuarghhh.. 😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak cabut gigi, periksa pun dak. hehe

    ReplyDelete
  6. teringin nk pakai braces ni ,,,,gigi CCL pun tak sama.... siung kiri kanan ..huhuh

    ReplyDelete
  7. kejap je, rupanya dah 60 hari.. rasa macam baru semalam ni cik timm start pakai.. hehehe

    ReplyDelete
  8. jumpa dr gigi la paling malas...sejak dari darjah 1 kena cabut gigi sampai sekarang rajin berus gigi....ehehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com