Wednesday, January 18, 2017

Resipi: Nasi Kuning / Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni Cik Timm nak share satu resipi nasi yang marvelous, nak makan saja pun sedap! Tambahlah kalau ada side dish yang best-best, memang makan tak pandang kiri kanan. Resipi ini olahan dari Abang Cik *nak harapkan adik dia sorang ni memang kelaut jadinya..

Bahan-bahan:

3 cawan beras
1 kiub Ayam Knorr
3 ulas bawang putih (cincang)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kunyit
3 helai daun pandan
Sedikit lemak ayam
Sedikit garam
Cara-caranya:
1. Tumis lemak ayam dengan api perlahan sampai bertukar jadi minyak.


2. Masukkan bawang putih + bunga cengkih + buah pelaga dan goreng sampai naik bau.


3. Masukkan beras yang dah dicuci dan toskan terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan serbuk kunyit. 


4. Dah sebati semua pindahkan beras dalam rice cooker dan masukkan sukatan air macam nasi biasa. Tambahkan garam + kiub ayam + daun pandan. Kacau bagi rata.
Satu rumah bau wangi kalau masak nasi ni, Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. rajin dia masak.. dah nk menikah pa..

    ReplyDelete
  2. fuh nama nasi ayam simple...tapi menarik nampak...kena pula time tengahari laparrr...


    oo abang cik pandai masak erk

    ReplyDelete
  3. lepas ni boleh ajak Blogger Utara makan kat rumah timmm hehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com