Tuesday, April 25, 2017

Cik Timm Join I Love Penang Run!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pulau pinang, fun run

Aktiviti: I Love Penang Run
Tarikh: 09.04.2017, Ahad
Lokasi: Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, Bagan Luar, Butterworth
pulau pinang, fun run


For the first time Cik Timm join aktiviti larian anjuran ramai-ramai macam ni. Ni semua Cik Lyana Ishak punya kerja mengajak. Semangat pulak gegadis tu nak join aktiviti peluh-peluh bucuk camni kan, hehehe.




Cik Timm bawa bodyguard join jugak. Malu sorang-sorang, dah la jalan pun tak tau. Tapi yang bestnya, kami boleh parking kenderaan di Bandar Sunway dan ada bas RapidPenang (shuttle bus) bawa ke sana. Ku sangkakan tak ramai yang join, tudia, penuh bas shuttle. Tapi bas ni ulang-alik banyak kali dari 6 am-7.30am disebabkan jalan dekat sana dah ditutup. 

rapid penang


Kami start larian pukul 7.30am, terkedek-kedek je lari. Actually bukan lari sangat pun, berjalan sambil bersembang je dengan Yana & Zya ni. Selfie yang banyak, berjalan sejauh 6km pun dikira senaman hokeh! 

pulau pinang, fun run, butterworth


Sembang punya sembang abang dah ke depan nuh. Dah sampai 3km, tetiba ramai dok usha-usha belakang kami. Eh, kenapa pulak kan?
Rupanya ada CM Lim Guan Eng dekat belakang tengah ala-ala joging gitu.

fun run, penang, butterworth

fun run, butterworth

fun run, pulau pinang


Ramai tanya, amboi I love Penang, aii orang Penang ke? Cik Timm anak jati Kedah. Mak je orang Penang. Kira boleh la kan, yang penting tshirt & medalnya cantik. Hehe..


6km tak terasa sebab menyembang je kami bertiga. Akhirnya sampai juga di garisan penamat. Terus ke meja urusetia dan koyakkan gelang yang kami pakai dan ditukarkan dengan medal. 

fun run, pulau pinang

pulau pinang, fun run

pulau pinang, fun run


Air mineral pun dapat, booth untuk bergambar pun besar dan banyak. Bolehlah bergambar kenang-kenangan. Acara kali ini memang sangat ramai, 15942 orang peserta dan memecah rekod peserta teramai dalam fun run dalam Malaysia Book of Record. Walaupun ada desas desus dan kempen "I love Penang" ini berbaur politik, Cik Timm join untuk suka suki je nak dapatkan medal dan tshirt comel dia!



Pukul 10am Cik Timm dengan abang dah naik shuttle bas untuk balik ke Bandar Sunway. Paling tak jadi kerja, kami naik motor ke sini balik untuk cari Pasar Rope Walk pula. Memang jumpa dan memang tempat larian kami tadi.


Kami sampai pun awal, ada yang belum buka lagi. Macam-macam ada sini, barang-barang tembaga, potret gambar pelakon zaman P. Ramlee, keris lama, semuanya barang-barang antik!

butterworth, pasar karat

butterworth, pasar karat, barang antik


Tengok jam alahai, Cik Timm kerja hari ini, cuma shif petang. Beli sikit makanan untuk isi perut, lepas tu lepak tepi pantai di R&R. Memang layan, jajan biasa pun syiok makan sampai kena angin laut. 

bagan ajam, pantai, butterworth

Done for today!

p.s. nasib baik balik tak ada sengal-sengal kaki, almaklumlah lama tak exercise..
Read More

Saturday, April 22, 2017

Day 3: Bawa Kereta Sendiri ke Langkawi dengan Ro-Ro Ferry Services

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ha, waktu Cik Timm balik dari Langkawi baru sempat merasa naik bot yang bawa kenderaan untuk pergi-balik Langkawi. 
Pagi selepas Subuh kami dah bersiap-siap untuk ke Jeti Tanjung Lembung, bukan turun dekat Kuah tau. Itu untuk bot yang bawa penumpang sahaja. 

langkawi, motel murah
Cik Timm memang recommend Dhania Motel kalau ke Langkawi. Kami sampai ke jeti memang awal, kami orang pertama yang naik bot tu. Abang ipar memang dah tempah sebulan awal sebab untuk bot ni ada limit. Jadi kalau nak berurusan tempahan semua boleh ke sini ya -->
 Langkawi Ro-Ro
langkawi, jeti feri kereta
Bye bye Langkawi!
Amboi, kereta front line sekali. Bot ni memang lambat dari bot biasa, 2 jam perjalanan dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis. Walaupun lambat, tak boring sebab tingkat atas bot ada kerusi untuk duduk tengok movie, atas sekali pulak boleh ambil angin. Siap ada kaunter jual jajan lagi, memang tak boring kan.
Ni dari tingkat atas sekali, angin kuat gila! Seriau tengok lori bawah tu kan 👇
langkawi
Sambil ambil angin, sambil boleh tengok pulau yang mengelilingi tasik dayang bunting yang Cik Timm tak sempat nak pergi. I'allah nak bercuti di Langkawi lagi! 

Akhirnya duduk lepak dekat situ sambil dengar lagu. Bot kami berselisih dengan bot penumpang biasa yang Cik Timm share video dalam IG tu. Duduk dekat situ memang rasa hati tenang je. Hilang semua masalah.

Bot kami pukul 12 pun dah sampai, tapi disebabkan air laut surut. Kami kena tunggu dalam sejam lagi untuk pastikan air laut pasang, baru bot boleh berlabuh.

langkawi, langkawi naik kereta
  
Atas tu bot untuk transport ke Langkawi jugak, yang tu Langkawi Auto Ekspress. Dalam pembacaan Cik Timm ada dua perkhidmatan ini sahaja untuk bawa kenderaan ke Langkawi. Kalau ada lagi syarikat lain boleh share di sini ye.
Abang-abang sado tengah buka tali untuk pintu depan. 
So, kiranya cuti kali ni memang betul-betul #shortvacay . Sekurang-kurangnya ada juga waktu untuk release tension, asyik kerja memanjang otak dengan badan jadi lemah dan lesu. 
Bye semua!
Day 1: Langkawi, Here We Come
Day 2: Langkawi Skycab & Shell Out
Read More

Wednesday, April 12, 2017

Pengalaman 150 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ya, entry yang tertangguh dari bulan Mac lepas. 

13.03.2017-Appointment untuk kali ke-4. Kali ni Dr. dah pasang fully dari belakang sampai depan. Rasa mulut penuh je. Bracket yang tercabut pun Dr. dah tampalkan. 

Satu bracket ganti RM50 tau. Jadi, jaga lah bracket anda baik-baik tau. Tak pasal-pasal kena bayar extra money untuk tampal balik. Untuk seminggu memang Cik Timm berpuasa sebab rasa gigi ketat jer. Untuk bulan ni Cik Timm try warna oren pulak. 

Lama lagi la nak tunggu gigi ni bersambung. Ada 4 lubang, 2 atas, 2 bawah sebab bekas cabutan hari tu. Menunggu lama la gigi tu nak ditarik ke dalam. Huwa! Kalau senyum lebar akan nampak lubang dekat tepi. Tak cantik gambar jadinya. 


Antara banyak-banyak warna getah yang Cik Timm suka warna hijau metalik bulan lepas. Warna dia tak luntur langsung. Memang recommend! 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com