Tuesday, April 25, 2017

Cik Timm Join I Love Penang Run!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pulau pinang, fun run

Aktiviti: I Love Penang Run
Tarikh: 09.04.2017, Ahad
Lokasi: Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, Bagan Luar, Butterworth
pulau pinang, fun run


For the first time Cik Timm join aktiviti larian anjuran ramai-ramai macam ni. Ni semua Cik Lyana Ishak punya kerja mengajak. Semangat pulak gegadis tu nak join aktiviti peluh-peluh bucuk camni kan, hehehe.




Cik Timm bawa bodyguard join jugak. Malu sorang-sorang, dah la jalan pun tak tau. Tapi yang bestnya, kami boleh parking kenderaan di Bandar Sunway dan ada bas RapidPenang (shuttle bus) bawa ke sana. Ku sangkakan tak ramai yang join, tudia, penuh bas shuttle. Tapi bas ni ulang-alik banyak kali dari 6 am-7.30am disebabkan jalan dekat sana dah ditutup. 

rapid penang


Kami start larian pukul 7.30am, terkedek-kedek je lari. Actually bukan lari sangat pun, berjalan sambil bersembang je dengan Yana & Zya ni. Selfie yang banyak, berjalan sejauh 6km pun dikira senaman hokeh! 

pulau pinang, fun run, butterworth


Sembang punya sembang abang dah ke depan nuh. Dah sampai 3km, tetiba ramai dok usha-usha belakang kami. Eh, kenapa pulak kan?
Rupanya ada CM Lim Guan Eng dekat belakang tengah ala-ala joging gitu.

fun run, penang, butterworth

fun run, butterworth

fun run, pulau pinang


Ramai tanya, amboi I love Penang, aii orang Penang ke? Cik Timm anak jati Kedah. Mak je orang Penang. Kira boleh la kan, yang penting tshirt & medalnya cantik. Hehe..


6km tak terasa sebab menyembang je kami bertiga. Akhirnya sampai juga di garisan penamat. Terus ke meja urusetia dan koyakkan gelang yang kami pakai dan ditukarkan dengan medal. 

fun run, pulau pinang

pulau pinang, fun run

pulau pinang, fun run


Air mineral pun dapat, booth untuk bergambar pun besar dan banyak. Bolehlah bergambar kenang-kenangan. Acara kali ini memang sangat ramai, 15942 orang peserta dan memecah rekod peserta teramai dalam fun run dalam Malaysia Book of Record. Walaupun ada desas desus dan kempen "I love Penang" ini berbaur politik, Cik Timm join untuk suka suki je nak dapatkan medal dan tshirt comel dia!



Pukul 10am Cik Timm dengan abang dah naik shuttle bas untuk balik ke Bandar Sunway. Paling tak jadi kerja, kami naik motor ke sini balik untuk cari Pasar Rope Walk pula. Memang jumpa dan memang tempat larian kami tadi.


Kami sampai pun awal, ada yang belum buka lagi. Macam-macam ada sini, barang-barang tembaga, potret gambar pelakon zaman P. Ramlee, keris lama, semuanya barang-barang antik!

butterworth, pasar karat

butterworth, pasar karat, barang antik


Tengok jam alahai, Cik Timm kerja hari ini, cuma shif petang. Beli sikit makanan untuk isi perut, lepas tu lepak tepi pantai di R&R. Memang layan, jajan biasa pun syiok makan sampai kena angin laut. 

bagan ajam, pantai, butterworth

Done for today!

p.s. nasib baik balik tak ada sengal-sengal kaki, almaklumlah lama tak exercise..

5 comments:

  1. Kawan saya ada join the run.

    ReplyDelete
  2. memang suka suka lari je eh? takda time dia ke? ruginyaaa tak join mcm best jaaa huuu

    ReplyDelete
  3. Amboi gegadis sekalian... gigih ye...

    Akitiviti menyihatkan ni...

    ReplyDelete
  4. tahniah Cik Timm.. rajin dia join benda2 cemni.. bilala akak nak fit balik.. makin melebar je keje hehe..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com