Monday, May 22, 2017

Best Ke Guna Astro Njoi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Njoi, Free satellite tv from astro

Dah masuk 5 bulan Cik Timm menonton TV menggunakan ASTRO NJOI. Dengan hanya bayaran sebanyak RM385, Cik Timm dapat sekali dekoder dan juga upah pemasangan. Dah lama dah Cik Timm nak pasang, tapi asyik tertangguh sampailah satu hari aerial tv kena sambar kilat sampai nak tengok tv pun tak nampak. Kesian mak tengok tv tak syok.


Cik Timm dah terlupa dapat nombor telefon dealer ni dari mana, rasanya dari Google kot? Jadi kalau orang Kulim nak pasang boleh WhatsApp nombor ni;
019-523 9944
Sekejap je depa reply, Cik Timm bagi detail nama, alamat, no ic dengan no telefon. Proses pemasangan dalam 2-4 hari selepas Cik Timm bagi detail. Dalam 4 hari selepas tu, depa hantar mesej untuk pemasangan. 


Macam-macam siaran yang dapat, walaupun siaran tak semeriah Astro, tapi bolehlah. Orang dekat rumah ni selalu bukak TV3 or TV1 je. Kalau pasang Astro rugi, bukan tengok tv sangat pun. Tapi, kalau hujan, sama juga macam Astro, tak dapat nak menonton.


Antara rancangan free yang dapat;

njoi, astro

njoi, astro, rancangan njoi

Kira oklah kan, kalau rasa nak tengok cerita yang best, boleh beli rancangan TV berbayar yang lain. Kawan-kawan cakap boleh beli macam kad prepaid tu dekat kedai-kedai yang terpilih macam 7 Eleven atau Petronas. Disebabkan Cik Timm malas nak keluar, Cik Timm guna Maybank2u jer. Nanti Cik Timm sambung entry cara untuk beli prepaid Njoi guna online banking. Lagi mudah dan simple!


Dalam 2 bulan Cik Timm guna, Cik Timm dapat rancangan Astro Warna, Astro Bella & Astro Citra secara percuma. Pulun tengok la sebab rancangan dia best! 


Lepas Cik Timm pasang Njoi ni, semua yang datang rumah nak tukar dari Astro ke Astro Njoi sebab lebih menjimatkan. Betul jugak, kadang-kadang channel banyak-banyak bukan tengok sangat. Sekarang ramai yang rela layan handphone dari tengok tv, kan? Lepas tu, Astro ni selalu mengulang cerita yang sama selama sebulan. Cik Timm pun sebelum ni pernah pakai Astro. Itu pun kakak yang pasang sebab teringin tengok Astro. Lepas beliau kahwin, kakak amiklah decodernya pasang di rumah beliau di Pulau Pinang. 


Hampa di rumah pasang apa dekat rumah untuk menonton tv? Meh le share~

4 comments:

  1. best sebab tak payah bayar bill..hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahun 2019 berapa ye harga njoi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. njoi ikot promosi juga, ada rm300 lbeh klau normal rm400 mcm tu 😊

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com