Friday, May 12, 2017

Pengalaman 180 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa yang rasa geli tengok boleh scroll lelaju, heheh~

Cik Timm tak sangka entry braces ni ramai yang cari ye. Ramai juga yang pm tanya pasal braces ni. Dapat juga Cik Timm bantu apa yang perlu. Tapi untuk detail lagi kena refer dengan doktor gigi lar ye, hehe..



11.05.2017 - Appointment kali ni Doktor tukar dawai yang lebih tebal. Liat betul gigi sebelah kiri ni nak bergerak tau! Gigi sebelah kanan gap dah makin rapat. Alhamdulillah, gigi makin tersusun. Lepas tu, ulser jugaklah mulut ni sebab gigi ni mula bergerak ke tempat baru. Selepas pasang fully braces ni, tak ada pun bracket yang tercabut. Agaknya sebab gigi dah tersusun. Kengkonon makan buah kena potong, Cik Timm rembat gigit je, tahan pulak braces ni.

At least, 1 gambar selfie walaupun muka sememeh kan~

Hari-hari dok kira hari, bila agaknya boleh bukak benda ni ye. Tak sabar betul, hehe. Kadang-kadang syiok pulun makan terlupa ada braces. Jenuh cuci, tak senonoh tau. Paling tak best, makan sentiasa air liur bersembur-sembur. Sangat tak senonoh!

Good luck untuk kawan-kawan yang akhirnya berani untuk pakai braces selepas bersesi soal jawab dengan Cik Timm. Semoga berjaya!

p.s. Letih aih ulang alik kerja tempat baru ni, hurm..

5 comments:

  1. wow Timm.. tatau pun da pakai braces.. lama da tu da 180 hari..
    akak takot nak pakai.. skrang ni concern yang pakai braces tipu tu kan.. bahaya..

    ReplyDelete
  2. Pasni bertambah segak laa cik timm kita..raya nanti mesti berseri2

    ReplyDelete
  3. hi,sy bace pglman awk pakai braces dr awal sbb sy pn baru nk pakai braces..huhu..bru ade kekuatan jugak..tp skg ni sy bru lepas surgeri gigi bongsu..tak sabar rasanya nk pakai braces..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com