Friday, May 16, 2014

Asam Garam Pelajar


Alhamdulillah, dua tiga hari ini, aku mula mendapat banyak rakan-rakan blogger yang baru, follower baru, komen pun banyak. Semuanya gara-gara The Liebster Award dan Segmen dari Mamaniza. Terima kasih kepada yang berkenaan.

Dua tiga hari ini jugak, rutin aku sebagai pelajar di tahap yang maksimum punya penat! Bermula dari hari Rabu, aku dan 4 orang ahli kumpulan mula shooting untuk video montaj subjek Technology Multimedia. Bayangkan kita perlu selongkar fakulti FCSIT. Habis shooting, petang aku kerja part-time lagi. Balik rumah terus kiok!

Esok paginya, Khamis sepatutnya aku extra rehat sebab kelas bermula petang. Tapi, pagi-pagi lagi dengan sakit kepala ada shooting lagi di depan pintu UNIMAS. Panas pulak hati aku sebab asyik orang yang sama buat kerja sedangkan ahli kumpulan 10 orang..

unimas, pintu masuk unimas, student
Jangan tertipu dengan gambar hokeyh. Konon professional mengambil gambar dan rakaman, sedangkan menggigil tangan. Dukacita juga dimaklumkan dslr Nikon yang cantik itu bukan aku yang punya. Pinjaman semata-mata..

unimas
Tersangatlah penat Tuhan sahaja yang tau. Petang ada kelas pulak, sepatutnya bermula dari 2:00pm. Dianjak pukul 4:00pm, bergegas pulak untuk kelas pukul 5:00-8:00pm. Memang aku rasa kalau dikira berapa jarak aku berjalan bolehlah dibuat rekod!

Balik pulak, 2 bas ke Desa Ilmu penuh! Terpaksa naik bas dalam. Terpaksalah jalan kaki jauh untuk balik rumah. Alang-alang kepenatan, kaki gatai menyinggah Summer Mall membeli Ucha, Coconut Smoothie*ala, blended-blended macam Cool Blog tu..Perut yang lapaq pun minta diisi. Singgah ke Warung 2000 sambaq Kuey tiaw tomyam..
Desa Ilmu, warung 2000, kuew tiaw tomyam, coconut smoothie
Bulan semalam memang tersangatlah cantik sebab full. Ada sesiapa yang nak bertukaq menjadi Warewolf? *nampak sangat termakan cerita Twilight.hehe..

Desa ilmu, bulan penuh
Sekian, cerita semalam..

Happy Friday Guys! Kepada insan bernama lelaki yang gagah perkasa di luar sana, jangan lupa solat Jumaat!
Selamat Hari Guru!!
Kepada: Cikgu + cikgu Tadika Kemas Masjid Sungai Ular, Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kolej Matrikulasi Perlis & Universiti Malaysia Sarawak! *juga kepada cikgu tuisyen PMR dulu, Pusat Mahir Minda..

10 comments:

  1. alahai kesiannya dia.. teman baca pun naik penat dah.. inikan pulak tuan punya badan.. moga ada pulangan yang terbaek dari Allah yea.. dont worry

    ReplyDelete
  2. Best kenal ramai blogger baru

    ReplyDelete
  3. saya pernah pegi penang buat rakaman untuk subjek hubungan etnik.
    bila pegi interview smbil recording rmai plk yg dtg.
    diorg igt dri tv3 kot..hahaha

    ReplyDelete
  4. Take care Dear & Take a break k..jangan breakdown pulak nanti..tak ada pulak yang nak shoot nanti..he..he

    ReplyDelete
  5. ooo.timm asai irg sg ular kulim ye.
    dlu msa lps spm ciksu pernah kja kt kilang asahi kejap..hihi..
    masa tu ddk dekat labu besar kot kalau x silap.lupa dah. ciksu tgh mcri mmber yg kja kat asahi tu, ntah ke mana mnghilangnya..
    rindu sgt kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu free, ciksu mai la kulim..hehe..

      Delete
  6. Timm bill ni orang kedah ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sya..cek ni mai daghi kedah..hehe..

      Delete
  7. argh! warung 2000! rindunya !

    p/s: kenai tak lecturer comey dekat fskpm, Encik Hafiz? kirim salam dekat dia yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkenai sgt lecturer fskpm..sebab pernah ambik 1 kelas ja dekat sna..huhu..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com