Tuesday, May 19, 2015

Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
..sambungan dari Day 1..
3 Mei 2015
Orang semua dah turun dari bas aku baru tersedar dari tidur. Kelam kabut lari angkat beg, nasib baik telefon sentiasa di tangan. Tengok-tengok Kak Yu dah miscall, ada mesej. Semuanya aku tak sedar.
Berpisat-pisat aku keluar bas, tak tau nak ke mana.
 Oh, my..kena cari surau dulu. Nasib baik Melaka Sentral dah buka. Abang Cik ada pesan kalau bas sampai awal sangat, pintu tak buka. Terkocoh-kocoh ke surau solat Subuh dulu. Cantik dan bersih suraunya, memang 5 bintang.
Dalam setengah jam macam tu, abang ipar datang ambil. Rasa canggung sebab dah lama tak pi kenduri orang. Tambah pulak orang yang langsung aku tak kenal. Walaupun badan penat sebab 9 jam perjalanan dalam bas, tak kan nak duduk saja di majlis kenduri orang kan.

Selepas mandi, tolonglah apa yang patut. Kenduri di Melaka best sebab semuanya masak sendiri. 
Paginya dapat bersarapan di bumi Melaka. Rupanya kampung sini sangatlah dekat dengan Johor. Betul-betul sempadan, dan aku dah pun jejakkan kaki di Johor sekejap! Excited tengok Gunung Ledang pertama kali. Sangatlah cewi(jakun) aku di situ.

Dalam tengahari, semua lauk pauk dah dihidangkan. Semua dah siap, tetamu dah datang. Kak Pah (kakak sulung) dengan familynya dan Bang Cik pun dah sampai.
Family Kedah memang tak pernah buat kenduri akikah. Kiranya ini kenduri akikah yang pertama aku tengok*cewi lagi..
Orang masjid lelaki mai rumah baca doa, ada selawat. Lepas tu, pakat-pakat makan kenduri. Memang sedap sebab semuanya masak sendiri. Ada stew kambing, asam pedas ikan pari, rojak, ayam goreng..
Paling aku suka asam pedas melaka! Memang 2 thumbs up. Daging kambing yang aku tak makan pun aku sapu sebab tak berbau & sedap!

Selesai majlis, aku ikut kakak sulung balik rumah beliau dulu di Lembah Beringin, Hulu Selangor. Kiranya aku mai Melaka semata-mata kenduri je. Dalam kereta, abang ipar tanya,
"Maksu pernah datang Melaka tak,"
Aku dengan muka innocent, "Tak pernah, datang Melaka pun lalu sebab rombongan sekolah je.."

Dengan simpatinya kepada adik ipar kecik dia sorang ni, terus kami ke Bandaraya Melaka!

..bersambung..

Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!
Day 3: A Journey with a Train..again..

6 comments:

  1. Kemduri ni dekat tangkak ke? Jauh tu trn kt bndr pastu g tangkak..

    ReplyDelete
  2. Dapat jalan2 keliling Melaka ke cik Tim??

    ReplyDelete
  3. gaya org kampug mmg mcm tu ... best kan . masak gotong royong . lauk pun banyak . akikah tu mmg dah biasa la ...

    ReplyDelete
  4. 9 jam dalam bas?..oh boleh pitam di tepi pinggan nasi kenduri

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu kenduri tu... Terliur lak ^-^

    ReplyDelete
  6. lama dh xpi melaka.. memang best makanan kt sana. abg ipr rasa kesian tu. heheh

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com