Tuesday, March 29, 2016

Akibat Workaholic!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sepanjang Cik Timm kerja di Pavilion ni, baru hari ni Cik Timm MC. Sebelum ni demam ke, sakit ke, selagi dapat tahan, memang Cik Timm tahan. Kekadang fikir pasal orang lain. Nanti kesian kena jaga kedai sorang-sorang. Tapi, hidup kerja ni kita tak boleh fikir pasal orang lain. Apabila kita terlalu baik, orang senang dapat main-mainkan kita.

Untuk mengelak badan Cik Timm macam tempe basi, MClah hari ini. Mana tidaknya semalam tak tahan sangat, dengan perut sakit senggugut, muntah-muntah, kepala pusing-pusing, gigi bongsu nak tumbuh ni pun buat Cik Timm demam.

Balik naik bas RapidKL semalam punyalah ramai orang sampai naik pening & loya dibuatnya. Turun dari bas dah macam orang mabuk. Terus ke klinik yang berdekatan. Nasiblah menyewa di area yang semua kemudahan disediakan.
Susulan dari dua hari lepas, muka makin cengkung, agaknya sebab badan dah mula penat dan minta rehat kot. Takpe, hari ni rehat puas-puas.
Ada ke patut doktor tu check perut sebab ingat Cik Timm pregnant! Agak-agaklah..siap nak scan bagai. Haih, sangatlah pelik dan tak mungkin sama sekali. Minta maaflah, lepas ni Cik Timm taknak pi klinik tu lagi.
Pipi bulat yang makin hilang, kulit mula jadi kusam. Huwa!!

p/s: ZZZZZ je hari ni..malas makan ubat..

2 comments:

  1. Moga Cik Timm cepat sihat yer...

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh timm....keja kena rehat sama k

    pipi bulat hilang rasanya ramai wanita yang impikan....

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com