Monday, August 01, 2016

Cabaran | Kenderaan Idaman Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kenderaan ye..
Buat masa sekarang Cik Timm ada motosikal kapcai boncai je. Cukup sekadar tenggiling tunggangan ke tempat kerja. Niat di hati nak Yamaha LC, or Nouvo LC. Tapi, difikirkan balik dengan badan kerempeng cenggini, macam tak mampu nak tongkat double stand jer. Skuter pulak banyak benda kena jaga, mau banyak keluar duit untuk maintenance. Kemalangan dulu pun dengan skuter, haih fobia, fobia..


So, 
Cik Timm berjaya beli motosikal yang sangat simple, ringan sampai nak terbang dibuatnya kalau speed. Hadoii..


Ini kenderaan Cik Timm sekarang, Honda Wave Alpha 110. 
Lampu sisi depan dia macam pelik sebab tersembul keluar kan, nasib baik tokey tu tukar lampu kecik somel sikit. Tak ada la terjojol macam mata Oscar. InsyaAllah, lagi simple motosikal tu, lagi ciput budget untuk jaganya. Hopefully..


Benda yang best dengan motor ni ringan dan jimat minyak. Benda tak best, enjin kalau sejuk susah betul nak start. Dah la Cik Timm tak pandai sangat bab-bab motor ni. Baiklah, selesai untuk bab motosikal.
Antara koleksi motosikal dekat rumah, macam-macam no. plat ada.


Cik Timm ingat lagi zaman sekolah rendah dulu, arwah ayah hantar dengan moto honda kapcai lampu bulat yang dulu-dulu tu. Tapi Cik Timm duduk dalam raga tau, bukan seat belakang sebab arwah ayah letak tempat letak barang yang macam baiya jual roti dengan motor tu. Nasiblah Cik Timm ni kecik sesangat orangnya. Bayangkan darjah 1, berat 19KG jer.. 


Kerete...
Lagi Cik Timm tak gheti! 
Tapi, Cik Timm suka kereta yang comel, tak terlalu besar, dan jimat minyak. Lagipun belum ada lesen lagi. Huwaaa!! InsyaAllah, dalam perancangan jugak nak amik lesen. Mana tau kot-kot emergency. Ada lesen Auto pun jadilah kan..


Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman

8 comments:

  1. salam...
    salam kenal dari saya jiwatani

    ReplyDelete
  2. okay, no. 3 setel.. next entri plak.. hahahaha
    owh, ni la teruna berjubah putih tu yer.. hahaha
    sama la.. kat rumah ada 4 moto jugak... moto arwah ayah dulu (suzuki), mota saya ngan adik lelaki (dua2 honda wave 125x) dan Gadis bertudung biru.. hehehe

    ReplyDelete
  3. syukur ada motor...nak jaga motor ni kena pastikan minyak hitam kena tukar sebulan sekali,brek berfungsi,spoket tak haus,memang kalau sejuk susah nak start so pagi-pagi kena start lepas tu biar enjin tu start dalam beberapa minit baru bergerak...tayar kena pastikan tak botak..maksud dia bunga tayar tak haus..kena check angin tayar takut pancit,elakkan jalan berlubang nanti tiub motor senang bocor, rantai motor kena bubuh minyak hitam supaya rantai tak cepat putus... eh banyak pula komen... hahaha sory ae =)

    ReplyDelete
  4. Langkah yang bijak akak. Pakai yang mentenen murah je.. nanti boleh kumpul duit beli rumah siap-siap. Boleh ajak Khayla sekeluarga pergi raya! :P

    ReplyDelete
  5. mana entri cabaran no. 4 nih..? tunggu lama dah nih.. HAHAHAHHAHA

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com