Wednesday, August 12, 2015

Day 4: Street Art Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

5 Mei 2015

Dah sampai Pulau Pinang. Excited macam jauh sesangat, sedangkan sekentut pun dah sampai. Sesampainya di stesyen keretapi KTM Butterworth, kami rehat dan solat Subuh dulu.

Pukul 6:30am baru kami naik feri ke seberang sana. Best dapat hirup udara segar pagi-pagi. Dapat jugak bersarapan di stall bawah Komtar. Selepas perut kenyang, kami ke Pasar Karat. Nak tengok apa yang dijual disana. Bersebelahan ja dengan Stadium Pulau Pinang. 
Banyak jugak barang-barang antik dijual kat sana. Barang-barang tembaga, syiling lama, segala mak nenek yang dulu mak aku pernah simpan semua ada jual. Kalau aku tau benda ni boleh jual, aku simpan lepas tu jual dekat pasar malam. Hehehe. Bila aku tengok segala barang ni teringat pulak zaman aku kecik-kecik.

Selepas seronok tengok barang sini, kami ke Rumah P.Ramlee. Masuk free je. Ada rumah P.Ramlee, galeri pun ada. Banyak lagi koleksi peribadi beliau dalam tu. Tapi tak dapat nak ambil gambar dalam tu. 
Dah syok tengok galeri, perut lapar. Langit pun semacam ja, macam nak hujan. Kami naik bas RapidPenang ke Komtar balik. Tengok-tengok hujan lebat gila. Kami rilex-rilex makan KFC dulu sementara tunggu hujan berhenti. Sekarang nak cari kedai yang menyewa basikal, baru boleh jalan-jalan ambil angin di Penang. 
Jalan punya jalan, nasib baik jumpa kedai basikal ni. Sangatlah ok, sekepala dia ambil RM10 untuk sewa satu hari. Akhirnya dapatlah kami cari street art penang yang famous ni.
Ada yang ambik dari jauh je sebab panas pulak. Memang hangit kami dua-dua tengah panas ni. Puas bergambar kami nak cari Time Tunnel yang boleh ambil gambar 3D.
Mula masuk macam boring je sebab cerita pasal penubuhan Pulau Pinang. Kira semua tentang sejarah, dah masuk dalam, baru jumpa tempat yang menarik!
Paling menarik!
Akhirnya dah tau dah kat mana depa dok ambil gambar cantik ni dekat mana :)
Cuaca sejuk, kami pusing-pusing Padang Kota. Sambil ambil angin laut.
Selepas kami pulangkan basikal, kami terus naik feri untuk balik. Badan penat untuk ambil gambar semua street art. Cukuplah untuk hari ini. Tapi berbaloilah penat tu. Alang-alang bercuti kan. Kita bercuti bersungguh-sungguh. Kalau masuk kerja, kerja bersungguh-sungguh. Betul kan?

Akhirnya berjaya habiskan entry travel backpacker! Cuti yang seterusnya? Ada, insyaAllah kalau ada kesempatan akan diupdate lagi :)

p/s: Aku sudah pun resign kerja dengan Secret Recipe sebab dapat kerja baru. InSyaAllah kerja yang lebih baik walaupun jauh. Lagilah tak dapat nak join BloggerUtara kalau ada event. Huhuhu..

Day 1: Ke Melakakah Kita?
Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala
Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!

18 comments:

  1. seronok pulak baca entry ni..padahal akak ni dok kat penang..tp byk tempat lg blom p..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya jenjln kat Penang, entah bila la dpt pi cna

    ReplyDelete
  3. Bestnya jenjln kat Penang, entah bila la dpt pi cna

    ReplyDelete
  4. Bestnya..makin teringin nak g sini..

    ReplyDelete
  5. Hai tim singgah sini. Sebenarnya sebelah stadium bandaraya pulau pinang lebih dikenali sebagai Rope walk, atau lorong kulit

    ReplyDelete
  6. Dah pernah singgah Street Art tapi tak ada gambar rasmi

    ReplyDelete
  7. mcm best je penang ni. Takpernah jejak kaki lg in sha Allah one day ^^

    http://anies-msletoes.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Pasar Karat teringat JB.. sini orang panggil Rope Walk...

    ReplyDelete
  9. adoi...org penang pon x cari2 lg street art & muzium 3D tu...malunya...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam zai,
      samaaaa la
      aternya panaih2 nak bergambor dengan si boboboy
      idaaakkk ler he3

      Delete
  10. kalau bab sejarah sis JM pun boring

    ReplyDelete
  11. Assalam timm,
    ini tidak adil
    terjah penang tak kabor kat #bloggerutara
    sampai ati timm
    sob3

    ReplyDelete
  12. syoknya tengok timm berjalan2 bila la kak ekin nk sampai sana ya... gmbr pun comel sangat

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com