Sunday, May 24, 2015

Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
3 Mei 2015
Sumber: Google
Ya! Akhirnya sampai di Masjid Selat untuk menunaikan solat dulu sebelum berjalan-jalan. Seriously Masjid Selat sangatlah cantik! Seni binaan dia sangat unik, waktu kami ke sana ramai pelancong di sana. Bukan orang islam je, orang bukan islam pun ada.  
Selepas solat, kami pun berphotography. Baru perasan, pintu masjid ni ada security guard untuk pastikan pelancong yang nak masuk dalam masjid mematuhi etika berpakaian. Baru perasan jugak ada satu almari yang penuh jubah kalau pakaian kita terlalu menjolok mata. Kan tak sesuai nak masuk masjid macam tu..
 Selepas itu, kami terus ke tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka.
Sangatlah ramai manusia. Agaknya sebab cuti umum kan..
 Frozen je memanjang tema beca ni hah. Pengaruh sungguh, tengok pengayuh beca pun muda-muda belia. Bukannya orang tua pun..
 Dengan berbaju kurung, anak-anak sedara pun berjubah bagai ghabat jugak naik A'Famosa ni teman maksu yang excited punya pasai. Sanggup, inilah benda yang agak gila pernah buat. Kak Pah memang stay bawahlah, tak sanggup nak naik tangga..

 Ya, saya berbaju kurung. Sangatlah pelik antara pelancong-pelancong di situ. Dari jauh nampak baju dengan tudung aku je..aiyak..
Di kawasan Christ Church, memang kiri kanan umat manusia saja. Tak nampak macam lautan manusia nak surut pun. Makin ramai adalah.

Melaka pun ada River Cruise macam di Waterfront, Sarawak. Rindu pulak dengan Sarawak..
Tak kan nak tengok je kapal ni dari jauh. Alang-alang dah sampai kan, masuk dan redah je.
 Melayanlah maksu depa yang ngek ni..haha!
Habis hilang kecomelan gadis melayu pakai baju kurung sebab dok panjat-panjat kapal ni. Fuh, rasa macam ala-ala Jack Sparrow dalam Pirates of Caribbean.
Perut lapar sebab puas berjalan. Makan-makan dulu di Johnny's Restaurant.
Lepas makan, terus dari Melaka-Hulu Selangor. Abang ipar sorang ni kalau bawak kereta memang macam Fast & Furious ya. Dalam pukul 1am lebih dah sampai pun rumah. Fuh, balik memang tidur dengan lenanya. Kesian anak sedara sorang tu. Esok paginya kena bersiap-siap balik ke UiTM.

Day 1: Ke Melakakah Kita?
Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala
Day 3: A Journey with a Train..again..
Read More

Penghargaan dari PTPTN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Lama tak mengemaskini, clear segala inbox bagai dalam hotmail, scroll punya scroll, perasan 1 emel yang menarik perhatian.
 
"PENGHARGAAN BAYARAN BALIK PINJAMAN"
 
Oih, benda apa pulak ni..?
Oh, sebab aku dah bayar secara konsisten selama 5 bulan kot. Acece, baru 5 bulan bayar dah excited. Apa boleh buat, nama pun pinjaman. Kenalah bayar kan?

Agaknya kalau bayar secara konsisten boleh dapat pengurangan tak? Anyone yang kerja PTPTN boleh jawab??
 
:'(
Read More

Tuesday, May 19, 2015

Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
..sambungan dari Day 1..
3 Mei 2015
Orang semua dah turun dari bas aku baru tersedar dari tidur. Kelam kabut lari angkat beg, nasib baik telefon sentiasa di tangan. Tengok-tengok Kak Yu dah miscall, ada mesej. Semuanya aku tak sedar.
Berpisat-pisat aku keluar bas, tak tau nak ke mana.
 Oh, my..kena cari surau dulu. Nasib baik Melaka Sentral dah buka. Abang Cik ada pesan kalau bas sampai awal sangat, pintu tak buka. Terkocoh-kocoh ke surau solat Subuh dulu. Cantik dan bersih suraunya, memang 5 bintang.
Dalam setengah jam macam tu, abang ipar datang ambil. Rasa canggung sebab dah lama tak pi kenduri orang. Tambah pulak orang yang langsung aku tak kenal. Walaupun badan penat sebab 9 jam perjalanan dalam bas, tak kan nak duduk saja di majlis kenduri orang kan.

Selepas mandi, tolonglah apa yang patut. Kenduri di Melaka best sebab semuanya masak sendiri. 
Paginya dapat bersarapan di bumi Melaka. Rupanya kampung sini sangatlah dekat dengan Johor. Betul-betul sempadan, dan aku dah pun jejakkan kaki di Johor sekejap! Excited tengok Gunung Ledang pertama kali. Sangatlah cewi(jakun) aku di situ.

Dalam tengahari, semua lauk pauk dah dihidangkan. Semua dah siap, tetamu dah datang. Kak Pah (kakak sulung) dengan familynya dan Bang Cik pun dah sampai.
Family Kedah memang tak pernah buat kenduri akikah. Kiranya ini kenduri akikah yang pertama aku tengok*cewi lagi..
Orang masjid lelaki mai rumah baca doa, ada selawat. Lepas tu, pakat-pakat makan kenduri. Memang sedap sebab semuanya masak sendiri. Ada stew kambing, asam pedas ikan pari, rojak, ayam goreng..
Paling aku suka asam pedas melaka! Memang 2 thumbs up. Daging kambing yang aku tak makan pun aku sapu sebab tak berbau & sedap!

Selesai majlis, aku ikut kakak sulung balik rumah beliau dulu di Lembah Beringin, Hulu Selangor. Kiranya aku mai Melaka semata-mata kenduri je. Dalam kereta, abang ipar tanya,
"Maksu pernah datang Melaka tak,"
Aku dengan muka innocent, "Tak pernah, datang Melaka pun lalu sebab rombongan sekolah je.."

Dengan simpatinya kepada adik ipar kecik dia sorang ni, terus kami ke Bandaraya Melaka!

..bersambung..

Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!
Day 3: A Journey with a Train..again..
Read More

Wednesday, May 13, 2015

Nak jugak Tudung Satin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Boleh tajuk cenggitu?
Punya teringin punya pasal macam dalam entri Bawal Satin pulak.., belilah satu tudung nak dipakai untuk ke Melaka haritu. 
 
Pusing-pusing Kulim Landmark Central, Butik Syok juga yang disinggah. Dapatlah beli satu tudung satin. Sekadar untuk mencuba. 
Tudung satin agak best sebab senang untuk jadi. Tak payah nak betul-betulkan sangat. Tapi! Kena pinkan supaya tak melurut dan mengembang. Waktu kenduri je aku pinkan. Selepas tu, otw nak balik duduk dalam kereta tanggal semua pin. Sebab tu jadi sememeh macam gambaq kat ataih. Hahaha!
 
Lepas ni nak try pakai tudung ni naik motosikal pulak. Kita tengok apa jadi kalau tudung ni kena kemek dengan topi keledar.. :)

p/s: rajin-rajinkan diri blogwalking~
Read More

Tuesday, May 12, 2015

Day 1: Ke Melakakah Kita?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
2 Mei 2014
Aku masih bekerja pada hari Sabtu sebab tak cukup staff. Sangatlah penat dengan customer yang langsung tak berhenti masuk. Paling geram, semua pakat-pakat nak minum blended. Aduhai, nak tercabut tangan..
Mana tidaknya orang semua pakat-pakat cuti 3 hari berturut-turut, bermula dari 1 Mei, Hari Pekerja sampailah lusa, 3 Mei, Hari Wesak. Mestilah banyak kenduri kan. Minta maaf kepada kawan-kawan yang melangsungkan kenduri kahwin dan aku tak dapat datang. Minta maaf sesangat!
Aku tak rehat pun kerja hari tu sebab nak balik awal. Kang tak pepasal tak boleh balik awal, Melaka ke mana, aku ke mana. Dah la tiket RM55. Dalam pukul 8:30pm aku dah betolak balik. Kenderaan pun tak sibuk dan tak banyak pun. Cepat sampai ke rumah, mandi, packing sikit-sikit barang yang tinggal. Dalam hati nervous sebab tak pernah naik bas express jejauh ke Melaka. Huwa!!
9:30pm kakak Ina dah hantar aku ke Stesen Bas Kulim. 
Punya tunggu semua penumpang datang, dalam 10:45pm baru bertolak. Sepatutnya pukul 10pm. Paling kelakar masa aku nak cari seat sendiri, pelik sebab 11 12, belakangnya 14 15. Oih, mana seat aku ni sebenarnya. Rupanya..seat 13 aku tu single. Teruknya aku..hampeh -__-"
 Punya mengantuk, tapi susah nak tidur. Dalam pukul 11:45pm bas berhenti ke Stesyen Bas Butterworth, sejam kemudiannya sampai di Stesyen Bas Parit Buntar. Selepas tu, aku dah lena dibuai mimpi sampai bas berhenti berehat sekejap di mana tah. Aku pun blur-blur, turun sekejap sebab nak cari topup. Satu kedai pun tak jual. Hu..

Aku terus terlena selena lenanya sampailah bas sampai ke Melaka Sentral, dan semua orang turun dan aku still lagi tertidur!

Read More

Thursday, May 07, 2015

Top Commentator April 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Sekejapnya masa berlalu, sekarang dah masuk bulan Mei! Bulan depan dah berpuasa. Wah! Semua dah ganti puasa ke belum?
 
Punya lama baru ada masa untuk buka blog. Sangatlah penat dengan bekerja dan baru je habis bercuti. Nantikan entry backpacker yang seterusnya..
 
Top Commentator pun dah ada blog baru, maksudnya ada kawan-kawan blogger yang baru. Selamat Berkenalan yer!
 
IzzeydaAmanina Mads | Siti Yang Menaip | Cetusan Minda | Eka Tikah | Khairin:Anies | Gee Lion | Dunia Zumal | Syida Mujahir | Kucen Master

Terima kasih semua yang sudi berkomen dan juga yang menjadi silent reader :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com