Wednesday, December 25, 2013

My 10 Review in 2013 (Facebook) - PART 1


Korek-korek Facebook perasan tak dia buat "See Your 2013 Year in Review" dekat profile. Segala kenangan bermain-main kat kepala bila tengok balik..

 
1. Gambar ni time Majlis Penutup Kem Tahunan terakhir aku sebagai kadet PALAPES Udara UNIMAS. Peh, annual camp yang sangat dahsyat sampai kami masuk paper sebab banjir di tempat latihan sampai diselamatkan dengan JPA. Tema untuk malam tu, masquerate (bertopeng). Kalau nak tengok entry ni boleh check-out [sini] & [sini].

 
2. Status ni keluar sebab tengah serabut dengan mid-term exam dengan pta (Projek Akhir Tahun). Biasalah, mana ada kerja yang senang kalau kita nak buat sesuatu projek tu. Dengan supervisor yang sentiasa mengajar aku untuk sentiasa berdikari. Segala references aku cari sendiri, kalau tak faham sangat saja aku jumpa supervisor. Kalau tak, memang beliau suruh cari sendiri tau! Agak stress sebab kawan-kawan lain supervisor tolong. Tolong ikot waktu sampling, tengok sample, aku? Everything by myself..

 
3. Time ni masa sangatlah penting. Hidup aku dalam makmal 24 hours! Sebab samples aku sangatlah banyak. Lagipun kerja aku banyak main dengan mikroskop. Mau nak juling mata tengok diatom. Housemate susah sangat nak tengok aku di rumah. Pukul 8:00 am dah keluar ke fakulti masuk makmal (Botany Lab), pukul 11:00 pm baru balik rumah. Balik rumah semata-mata nak tidur dan mandi je. Nak tengok apa benda yang aku buat untuk PTA? Check [sini].

 
4. Rajin pulak aku keluarkan status sempena hari guru ni. Aku pun kurang ingat sangat.. =__=".. Kalau ingat balik kan, cikgu-cikgu tadika, sekolah rendah agak penting dan bawak banyak pengaruh untuk student. Dioranglah yang jadikan macamana aku sekarang. Bukan senang nak mengajar mengeja, mengira. Cikgu dulu-dulu garang, sentiasa rotan dekat tangan. Kalau tak siap kerja, tak dapat jawab soalan, tak bawak buku, kena berdiri atas kerusi, cubit perut, ketuk ketampi, piat telinga. Kalau zaman sekarang? Mau disaman cikgu tu.. Terima kasih cikgu!!

 
5. Menarik sangat, ada pelangi merentasi kampus dari barat ke timur. Setahu aku, hujung pelangi tu atas sungai kan? Orang tua-tua percaya dekat hujung pelangi tu ada harta karun! Waktu ni, aku sentiasa makan di Student Pavillion untuk makan wafer petang-petang. Sekadar nak keluar dari makmal sebab sejuk. Selalu sangat duit habis untuk makan-makan-makan. Badan duk lagu tu jugak..

 
6. Akhirnya setelah bermati-matian siapkan thesis PTA, pagi tu berjaya hantaq thesis! Memandangkan ramai dalam makmal Prof. Shabdin tu (port lepak bebudak akuatik sebab Wifi kuat..) yang mana yang ada petang tu, kami beramai-ramai makan KFC! Semata-mata nak raikan kerja makmal yang dah habis. Alhamdulillah, rasa lega masa tu. Walaupun 8 orang, kami berjaya muatkan semua dalam 1 kereta jip. Kalau tak silap time ni KFC promosi Spicy Korean Crunch Burger. Emm, sedapnya..

 
7. Ha! Ini adalah konvokesyen pertama aku sebagai PSSTUDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia). Waktu ni tengah bersiap-siap untuk hari besaq esoknya, Pentauliahan Diraja oleh Sultan Kelantan. Sedih jugak sebab family tak dapat hadir sebab jauh sangat di UMS, Sabah. Waktu kat sana, jumpa semua kawan-kawan matrikulasi dulu. Menjerit-jerit kalau jumpa. Time ni muka memang terbakaq habis dah macam arang. Sampai sekarang muka aku ni berbalaq macam pakai topeng. Nanti kalau aku rajin aku buat entry tentang pentauliahan ni. Punya malas sampai publish entry bergambaq sekeping ja kat [sini] & [sini].Yea! Alhamdulillah, sekarang dah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTUDM.


8. Haa, ni time Mess Night di Sutra Harbour Resort waktu malam terakhir kami di Sabah. Mess Night ni untuk Pegawai Leftenan Muda PSSTUDM yang baru ditauliahkan. Malam ni baru kami sesama kenal dengan skuad dari universiti lain. Lagipun kami dari Sarawak & Sabah ni kurang dikenali sebab kami tak pernah join latihan dengan universiti di semenanjung *sapa nak bagi ongkos kitorang naik kapal terbang ke semenanjung.. Pertama kali makan beradab dengan bengkung ketat. Alahai, susah benar nak makan. Cover sungguh. Tapi, pengalaman yang sussah nak cari. Alhamdulillah.. ;)

 
9. Sambutan Hari Raya Aidilfitri! Punya risau sebab muka hitam. Gedik sungguh, orang datang nak beraya, bukan nak meminang. Acece, lega sangat raya ni sebab semua kerja dah habis. PTA pun dah siap hantaq. PALAPES pun dah habis, study ja belum. Dua semester lagi tinggal untuk habiskan. Orang yang mai beraya pun semua tanya dah habis study atau belum. Pejam celik, pejam celik, aku dah habiskan 1 semester dah. Tinggal 1 ja lagi. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedar..

 
10. Dalam masa sebulan berjaya buangkan rentung muka dengan bantuan Safi Balqis yang [sini]. Memang produk yang boleh dipercayai. Tapi sebab boring, tukaq pulak produk yang [sini]. Raya tahun ni aku tak menang tangan sebab yang ada dekat rumah, ada mak, Kak Ina & aku ja. Fuh, memang aku terperuk di dapur je untuk buat aiq + hidang kuih & ketupat. Ketupat tak payah bagitau, memang akulah tukang pembalut. Kuih raya pulak, Kak Ina dah buat doh, aku pulak yang kena siapkan kuih raya bagi habis. Itulah rutin harian raya untuk tahun 2013..


Jumpa lagi di PART 2 pulak ye..
p/s: tangan dah tak larat karang, nak sambung study balik..

3 comments:

  1. Kadet Pelapis Udara????

    Tetiba takut pulak hahahaa... :P
    Rentung di muka berbaloi kot dengan title leftenan :D
    tabik springg nie..!!!!

    ReplyDelete
  2. wah segak bergaya
    cntik dlm persalinan mess nite tu cik tim

    ReplyDelete
  3. @time traveller: amboi..brsungguh ngat aih..
    tq @ciksu..hehe..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com